"Man, Taufik mana?" Soal Raykal kepada salah seorang pembantu dapur.
Sedari tadi dia tidak melihat kelibat Taufik di dapur ini. Selalunya jika tiada pesanan, lelaki itu lebih suka berehat di bilik rehat atau mengajaknya berbual kosong. Sekarang entah ke mana lelaki itu menghilang. Dia pula yang tercari-cari.
"Chef Taufik ada kat belakang chef." Jawab pembantu yang digelar Man itu.
Berkerut dahi Raykal. Belakang? Buat apa pula mamat tu pergi sana? Jumpa Wulan lagi ke?
Malas mahu berfikir panjang, Raykal mengatur langkah ke pintu belakang.
Tiba di pintu itu, langkahnya terhenti. Terpaku dia melihat Wulan yang sedang berbual mesra sambil bergelak ketawa bersama Taufik. Wulan kelihatan sungguh ceria dan berseri-seri bila ketawa seperti itu.
Dalam sedar, Raykal mengagumi kecantikan yang dimiliki oleh gadis bernama Wulan Raihana.
Raykal berdiri di sebalik pintu. Akalnya tiba-tiba jahat untuk mencuri dengar perbualan mereka. Raykal diserang rasa ingin tahu tentang topik yang mereka bincangkan.
"Awak ni luculah Wulan.." Kedengaran suara Taufik mentertawakan Wulan. Sakit telinga Raykal mendengar tawa lelaki itu.
"Apa pulak saya? Chef yang lawak sebenarnya.." Balas Wulan pula.
Raykal mencebik. Dengan Taufik bukan main lagi ber 'saya' 'awak'.. dengan aku? 'you''I'. dia ni suka aku ke Taufik? Getus hati Raykal.
Dia cukup tidak berpuas hati dengan cara panggilan itu. Kedengaran sangat manja. Senang-senang saja Taufik jatuh cinta. Dah la dia tu kaki perempuan.!
Raykal.. yang kau pergi membebel sendiri buat apa? Kau tak sedar ke yang kau dah lukakan hati Wulan dengan kata-kata kau tadi pagi? Dasar lelaki yang tidak punya perasaan..!
"Sampai sekarang saya masih tertanya-tanya. Macam mana awak boleh kenal dengan Raykal?"
Soalan Taufik membawa Raykal ke dunia realiti sebenar. Dia menjeling ke arah Taufik dan Wulan. Wulan kelihatan tenang sahaja.
"Jumpa dekat sini jugak.."
"Maksud Wulan? Dan kalau tak silap saya, Raykal pernah bawak awak ke klinik kan? Masa tu awak cedera. By the way, macam mana kaki awak? Dah sembuh?" Bertalu-talu soalan yang diajukan kepada Wulan sehingga menyebabkan gadis itu pening untuk menjawab.
"Banyaknya soalan chef.. pening saya dibuatnya..!" Wulan memicit-micit dahinya. Jujur dia memang pening ketika ini. Tiba-tiba saja.
Taufik ketawa. Dia ingatkan Wulan saja bergurau dengannya tanpa menyedari gadis itu memang memaksudkan katanya tadi. Dia memang pening tika ini.!
"Masa tu awak buat apa sampai tercedera begitu?"
Wulan berhenti daripada memicit dahinya. Lebih baik dia jawab soalan Taufik. Lelaki itu seperti berminat untuk mengetahui kisah pertemuannya dengan Raykal. Dari tadi asyik nak korek rahsia orang saja.!
"Saya cuai masa tu. Sibuk sangat nak kejar chef.. alih-alih dah jatuh. Sakitnya masih terasa tau sampai sekarang. Ngilu kalau nak ingat balik." Ringan sahaja mulut menceritakan kejadian malang itu.
"Awak kejar Raykal buat apa?" Soal Taufik pelik.
"Err.. saya nak jumpa dia tapi chef busy masa tu.." Wulan mencipta alasan. Takkan dia nak mengaku tujuan utama dia mengejar Raykal? Malulah wei..!!
"Busy buat apa sampai buatkan awak terjatuh? Tak patut betul..!" Taufik kelihatan marah.
Wulan menelan air liur tawar.
YOU ARE READING
My Mr. Chef ❤{Completed}
RomanceTekadnya hanya satu. Dia ingin mencari calon suami yang kaya raya untuk dijadikan teman hidup memandangkan dia seorang yang tidak suka bekerja tetapi ingin hidup dalam kemewahan. Tak kisahlah calon suami dia anak Tan Sri ke, anak Dato ke.. yang pent...