Raykal mengerling ke arah isterinya apabila kedengaran keluhan yang tercetus di bibir gadis itu. Dia menyambung kembali kerja sebentar tadi. Tengok kejap lagi, mesti Wulan merengek dengan dia.
"Sayang..."
Tu kan... Raykal dah kata. Suka sangat merengek budak manja ni. Nasib baik isteri aku.
"Hmm.." Jawab Raykal tanpa memandang ke arah Wulan. Matanya tertatap pada laptop sahaja.
"You buat apa tu?" Soal Wulan sambil merenung wajah suaminya yang khusyuk menaip sesuatu di laptop tersebut. Televisyen segera ditutup. Tak ada benda menarik yang boleh ditonton. Kacau my chef lagi bagus.
"Buat kerja." Balas Raykal pula.
"Kerja apa yang you buat? Taip menu baru ke?" Soal Wulan ingin tahu. Kerja chef bukan memasak aje ke? Dah kenapa lagak suami aku macam kerja di pejabat sahaja? Mengalahkan aku sajalah dia ni.
"Hmm.." Itu sahaja yang keluar daripada mulut Raykal. Muka Wulan terus cemberut. Terasa tidak dipedulikan oleh suaminya. Sampai hati awak...
Suasana menjadi sepi setelah Wulan memilih untuk mendiamkan diri. Tidak lama kemudian, dia kembali merenung Raykal sambil berpeluk tubuh. Ini tak boleh jadi ni. Nak juga kacau dia!
"Chef sayang..." Panggil Wulan menggoda. Berharap Raykal akan memandangnya. Tetapi malang, lelaki itu kekal menghadap laptop sahaja. Geram jadinya Wulan.
"Ya cik bulan saya."
"I bukannya tunggul kat sini." Sindir Wulan terus.
Raykal memandang Wulan. Mereka bertentangan mata buat seketika sebelum dia menghadiahkan senyuman manis kepada Wulan. Rambut Wulan digosok berkali-kali seakan-akan Wulan adalah anak kecil. Monyok sahaja wajah isterinya itu. Maaf sayang, chef awak busy.
"Awak nak apa?"
"Nak you layan I la.. I bosan dan you sibuk dengan laptop tu dah kenapa?"
"Kan I dah kata I buat kerja." Raykal masih bersabar melayan karenah isterinya. Dia tahu sekejap sahaja lagi, bakal meletus amarah Wulan. Dah kenal sangat dengan rajuk sekali baran dia tu.
"Chef aje kut. Bukannya CEO yang sibuk sampaikan tak ada masa nak layan isteri." Rungut Wulan bersama muncungnya.
Raykal tersentak. Dia menghela nafas berat.
"Kenapa? Awak menyesal ke khawin dengan seorang chef? Awak menyesal tak dapat lelaki CEO macam abang Zarif awak tu?" Perlahan tetapi cukup mendalam maksud di sebaliknya.
Wulan terkedu. Dia... tersalah cakap ke? Oh my... my chef salah sangka ni. Dia dah terasa hati dengan kata-kata aku tadi. Apa nak buat ni?
"You merepek apa ni? Dah kenapa tiba-tiba you babitkan Zarif sekali?"
Giliran Raykal pula yang terkedu dengan pertanyaan isterinya. Ya tak ya juga. Dah kenapa aku babitkan si Zarif pula ni? Cis, ini semua sebab mimpi buruk aku la ni.
"Sayang..." Wulan mengenggam tangan Raykal. Riak wajah Raykal yang tegang merisaukan hati dia.
"Maafkan I kalau kata-kata I buat you terasa hati. I tak pernah menyesal hidup bersama you. Malah, I bersyukur sangat. Please, jangan pernah tanya I soalan macam tu lagi. I bahagia bersama you. I tak kesah la you bukan CEO sekalipun. I tetap cintakan my chef. Always my chef. I love you not only for what you are, but for what I am when I am with you. Sayang, janganlah buat muka macam ni. Sorry.. " Pujuk Wulan.
Raykal membalas pandangan isterinya. Muka macam mana dia maksudkan tadi? Hailah isteri.. pandai sangat pujuk aku. Nak marah dia pun tak sampai hati.
YOU ARE READING
My Mr. Chef ❤{Completed}
RomanceTekadnya hanya satu. Dia ingin mencari calon suami yang kaya raya untuk dijadikan teman hidup memandangkan dia seorang yang tidak suka bekerja tetapi ingin hidup dalam kemewahan. Tak kisahlah calon suami dia anak Tan Sri ke, anak Dato ke.. yang pent...