"Biar umi buat sendiri. Wulan pergi aje rehat sana." Umi melarang Wulan untuk membantu menyiapkan sarapan pagi. Kesian pula dia melihat menantunya itu. Dia tahu, penat Wulan masih belum hilang. Tetapi rajin sahaja Wulan menempel di sebelah dia. Rajin sungguh menantunya itu.
"Tak apalah umi. Wulan tahu umi pun mesti penat. Jadi biar Wulan tolong erk? Tapi.. tolong aje bukan masak." Ujar Wulan seraya tersengih malu ke arah mertuanya. Menantu apakah aku ini yang masih tidak reti memasak? Dah la laki aku tu chef tapi aku tak pandai masak la pulak. Tak apalah... masih banyak masa lagi untuk belajar memasak.
"Tak apa. Angah tu chef, boleh la Wulan belajar masak dengan angah nanti. Dah jadi suami isteri ni, kenalah kongsi kesemua kelemahan mahupun kekuatan masing-masing. Wulan fahamkan maksud umi?"
Terangguk-angguk Wulan membalas. "Wulan faham umi. Wulan janji Wulan akan jadi isteri yang taat dan baik untuk abang. Dan yang pasti Wulan akan belajar masak sampai Wulan dapat kalahkan abang. Umi doakan Wulan tau."
Tersenyum umi melihat telatah menantunya. "Insya-Allah sayang. Jom kita siapkan sarapan dulu."
****
"Wah rajinnya." Puji Raykal setelah melihat isterinya membantu umi di dapur. Isterinya masuk dapur? Biar betul? Bukan dia tak suka ke masuk dapur ni?
"Awak puji saya ke?" Wulan datang mendekat pada suaminya. Raykal baru balik daripada berjoging. Baju yang dipakai lelaki itu basah dengan peluh. Patutlah badan pun nampak sado. Rupa-rupanya rajin bersenam.
"Sudah tentulah saya puji awak." Balas Raykal pula. Dagu Wulan dicuit. Comel sungguh isterinya pagi ini.
Wulan tersenyum malu. "Terima kasih sayang."
"Sejak bila awak suka masuk dapur ni? Dulu bukan main lagi tak sukanya." Raykal mengungkit hal lalu. Ketika di awal perkenalannya dengan Wulan.
"Sejak saya jatuh cinta dengan awak la." Jawab Wulan lancar. Raykal senyum dalam diam. Dia memerhatikan isterinya menyiapkan sarapan. Isteri aku ni memang tak tahu malu erk? Subuh tadi selamba aje dia berbual dengan aku. Aku pula yang rasa segan dan malu atas kejadian semalam.
Hal semalam... Haish! Tak usah diceritakan kut. Biar aku dan bidadari aku tu aje yang tahu. Ceh, gatal kau Raykal!
"Eh angah? Buat apa berdiri kat situ? Nak tolong buat sarapan juga ka?" Umi menyoal tiba-tiba. Dia baru perasan akan kehadiran Raykal di dapur itu.
"Tak adalah umi. Angah rasa penat. Nak naik atas dulu." Balas Raykal pula. Isterinya dijeling. Wulan masih sibuk menyiapkan hidangan. Fokus sangat dia pada kerjanya.
Umi hanya mampu menggeleng kepala. Nak tengok isteri la tu. Bukan dia tidak tahu daripada pandangan Raykal. Dia pun pernah melalui saat-saat seperti ini.
"Wulan.." Panggilnya.
"Ya umi?" Sahut Wulan. Dia menoleh ke arah umi. Raykal pula sudah menghilang. Erk? Aku tak sedar pula dia dah naik atas.
"Wulan naik atas aje. Raykal dah ada tu. Umi boleh buat sendiri. Lagipun ada sanak saudara lain yang boleh tolong. Wulan naik tengokkan angah erk?"
"Tapi Wulan nak tolong umi." Dalih Wulan. Sebenarnya dia segan berduaan dengan Raykal. Walaupun dia bersikap selamba di depan lelaki itu, tetapi di dalam hati sudah bergendang sana sini. Sengaja dia tidak tunjukkan rasa gemuruhnya di hadapan Raykal.
"Wulan nak jadi isteri yang taat kan?"
Wulan mengangguk perlahan.
"Jadi tunggu apa lagi? Naiklah atas. Angah dah tunggu tu." Arah umi sambil tersenyum penuh makna ke arah Wulan.
YOU ARE READING
My Mr. Chef ❤{Completed}
RomanceTekadnya hanya satu. Dia ingin mencari calon suami yang kaya raya untuk dijadikan teman hidup memandangkan dia seorang yang tidak suka bekerja tetapi ingin hidup dalam kemewahan. Tak kisahlah calon suami dia anak Tan Sri ke, anak Dato ke.. yang pent...