Terlopong mulut Wulan memandang pinggan, gelas, kuali dan peralatan memasak yang lain terkumpul di sinki dapur Pasta Delight Restaurant. Seumur hidup, mana pernah dia membasuh pinggan sebanyak ini. Paling banyak pun pinggan yang selalu dia gunakan di rumah. Tapi taklah sampai macam ni sekali. Boleh pengsan di buatnya.
"Nah, pakai apron ni.!" Raykal datang menghampiri Wulan yang kaku berdiri. Dia menyerahkan apron hitam kepada gadis itu.
Wulan mengambil apron itu dengan teragak-agak. Dia mengaku dia memang sudah gila. Sanggup dia mengambil keputusan untuk kerja di restoran ini sehingga segala hutangnya terhadap Raykal langsai. Sewaktu mengambil keputusan gila ini, tidak pula dia terfikir Raykal akan menyuruhnya membuat kerja mencuci pinggan kotor. Ingatkan kerja masak memasak. Tapi.. masuk dapur pun, dia bukannya reti buat apa-apa. Yang dia tahu makan saja!
"Serius ke you nak suruh I buat kerja ini?" Soal Wulan dengan cuak. Pinggan kotor yang berbukit-bukit itu dipandang dengan rasa takut.
Raykal rasa ingin ketawa saja melihat riak wajah gadis di hadapnnya itu. Dia cuba berlagak dingin.
"Jadi kau nak kerja apa? Kau reti masak?"
Wulan menggeleng.
"Kerja potong memotong sayur dan bawang?"
Wulan menggeleng juga.
"Potong bawang buat mata I pedih." Akui Wulan.
Pernah sekali itu dia membantu mamanya memotong bawang. Malangnya bawang itu telah memedihkan matanya. Sejak hari itu, tidak sesekali dia berani sentuh bawang lagi. Kalau rajin turun dapur pun, dia tolong tengok mama dia masak saja. Memasak dia mana reti. Gaul masakan membuatkan tangannya lenguh. Pokoknya, dia dan dapur tak ada chemistry langsung.
Raykal tidak dapat menahan dirinya daripada tersenyum. Nampak sangat dia ni perempuan yang jarang masuk dapur.
"Habis, apa yang kau reti buat kat dapur?" Soal Raykal sinis.
Wulan senyap. Terasa darah menyerbu ke mukanya saat ini. Malunya sudah tidak terkira. Lelaki itu sudah mengetahui banyak kelemahannya.
'Memang tak boleh jadi ni. Kena buat dia jadi suami aku yang sah sebab dah dia dah tahu banyak benda yang memalukan aku.'
"Woi jawablah..!" Ek eleh.. termenung jauh pula perempuan gila ni.
"I buat kerja cuci pinggan kotor ajelah." Balas Wulan.
Raykal tersenyum sinis. "Memang selayaknya kau buat kerja macam ni. Ada hati pulak buat kerja dapur. Potong bawang pun takut.!
Wulan hanya mampu mengigit bawah bibirnya sahaja. Kebal dah telinga dia mendengar sindiran lelaki itu. Nasib baik dia bukan perempuan yang cengeng. Hati dia sedikit kental. Kental pun sebab ada makna. Dia inginkan chef Raykal menjadi suami walau dengan cara apapun untuk dia dapatkan lelaki itu.
"Tunggu apa lagi? Buatlah kerja kau tu. Hutang kau akan naik dua kali ganda kalau kau didapati sengaja membuat kerosakan kat sini. Ingat tu!" Pesan Raykal dengan tegas.
"Baik sayang.. I akan buat yang terbaik demi you. Sebab you kan bakal husband I.." Dengan selamba Wulan berkata begitu. Apron di tangan disarungkan ke badannya.
"Suka hati kau la nak anggap aku apa. Menyampah aku layan orang gila macam kau..!"
Raykal terus berlalu seusai melepaskan rasa geram yang terbuku di hati.
Wulan terkedu. Err.. tabahlah wahai Wulan.
Pinggan kotor yang agak bertaburan itu dipandang. Kedengaran keluhan berat tercetus di bibir gadis itu.
**************************
Wulan menghempas tubuhnya ke kerusi panjang yang tersedia di belakang dapur restoran itu. Akhirnya kerja mencuci pinggan kotor yang ditugaskan untuknya siap.
Dia mengerakkan kedua belah tangannya yang terasa lenguh. Kakinya turut terasa lenguh akibat berdiri lama. Leher pun rasa lenguh. Dan kalau boleh Wulan ingin akui bahawa semua badannya terasa lenguh.
"Huwaa.. kenapa aku buat kerja macam ni? Habis lenguh badan aku.. sob sob.."
Wulan tidak sedar air mata menitis. Sekuat mana pun hatinya, dia tetap perempuan yang mempunyai hati perasaan yang halus. Dia rasa terseksa. Mamanya pun tidak pernah menyuruhnya membuat kerja seperti ini. Ini satu penderaan namanya.
"Jangan nangis Wulan. Kau sendiri yang memilih jalan seperti ini." Wulan memberi kata-kata semangat untuk diri sendiri.
Bekas air matanya disapu menggunakan hujung jarinya. Mukanya yang terasa panas akibat menangis tadi dikibas-kibas.
"Dah habis?" Tegur satu suara.
Wulan menoleh. Tiada secalit senyuman pun yang dia hadiahkan buat si buah hati. Sekarang dia tiada mood untuk berbual dengan Raykal setelah apa yang lelaki itu lakukan terhadap dia.
Sampai hati dera girlfriend sendiri..
"Dah.." Balas Wulan perlahan lalu melemparkan pandangan ke arah lain.
Raykal pelik. Kenapa dengan gadis itu? Selalunya wajah dia berseri-seri bila nampak aku. Tapi ini dah lain pulak jadinya. Marah ke?
Eh, Raykal? Asal kau tiba-tiba mengarut benda ini pula? Hesy, peduli apa dia kalau gadis ini marah.
"Baguslah macam tu. Lepas ni ada lagi pinggan kotor yang akan datang jumpa dengan kau. Tapi, kau boleh rehat dululah." Raykal berkata dengan nada lembut.
Wulan terasa lain sahaja apabila mendengar suara lelaki itu tadi. Kan bagus kalau cara dia bercakap dengan aku macam tadi. Tapi.. semua ini hanya sementara. Tunggu lepas ini, singa jadiannya akan muncul semula.
"Err... aku masuk dululah.." Ujar Raykal dalam usaha untuk menarik perhatian Wulan. Dengan taktik ini, dia tahu pasti gadis itu pasti menahannya seperti selalu.
Malangnya, selangkah dia pergi sehingga tiba di pintu belakang dapur, Wulan masih tidak memandangnya. Jauh sekali untuk menahan dia. Raykal mula terasa pelik dengan perubahan tingkah laku Wulan.
*****************************
Wulan berjalan masuk ke dalam rumah dengan langkah yang lemah longai. Serasa lenguh kakinya di saat ini. Nasib baik masih mampu menampung berat badannya. Kalau tidak, tak tahu lah bagaimana dia nak balik rumah.
Minta hantar dengan Raykal? Ceh,, tak ingin dia. Buat masa ini biar dia letuskan perang dingin dengan lelaki itu. Biar lelaki itu rasa akibat mendera teman wanita sendiri.
Err.. sebenarnya Wulan saja yang memandai mengaku teman wanita Raykal. Raykalnya tak.
Wulan bersandar di kepala sofa. Dia ingin mengambil masa untuk berehat terlebih dahulu sebelum naik ke atas bilik.
"Wulan?"
Puan Hazira muncul dari arah dapur. Dia segera mendekati anaknya yang enak duduk bersandar di sofa.
"Kenapa ni Wulan?" Soal Puan Hazira risau.
Wulan tersenyum tawar.
"Penat ma.." Balasnya pendek.
"Kerja apa sampai penat macam ni? Risaulah mama. Wulan tak payah kerja lagi bagus.."
Wulan terus duduk tegak menghadap mamanya. Sedaya upaya dia memaniskan wajah untuk melindungi kepenatan yang dirasai tika ini. Mamanya tidak boleh merisaukan dia. Tak pasal-pasal suruh dia berhenti kerja. Habis, macam mana nak bayar hutang?
"Biasa aje ni mama.. ala, kan first time kerja, tu yang buat Wulan penat sikit. Esok tak akan jadi macam ni lagi."
Puan Hazira menghembus nafas lega. Namun, rasa bimbangnya terhadap Wulan masih ada.
"Kalau Wulan penat buat kerja, jangan paksa diri. Mama tak paksa Wulan untuk bekerja. Mama masih boleh tanggung Wulan lagi."
Wulan tersenyum mendengarnya. Terasa kasih sayang mamanya yang cukup dalam terhadap dirinya.
"Wulan tak nak susahkan mama..!" Kata Wulan cukup perlahan.
"Wulan tak pernah susahkan mama pun." Tubuh Wulan segera didakap erat.
YOU ARE READING
My Mr. Chef ❤{Completed}
RomanceTekadnya hanya satu. Dia ingin mencari calon suami yang kaya raya untuk dijadikan teman hidup memandangkan dia seorang yang tidak suka bekerja tetapi ingin hidup dalam kemewahan. Tak kisahlah calon suami dia anak Tan Sri ke, anak Dato ke.. yang pent...