Raykal bergegas mendapatkan anak buah kesayangan yang ada bersama dengan adiknya. Sebentar tadi dia telah bertemu dengan salah seorang rakan perniagaannya. Semuanya secara kebetulan. Mahu tidak mahu, dia terpaksa meluangkan masa sedikit dan meminta adiknya untuk menunggu dia sekaligus menjaga si anak buah untuk dia.
"Iyan." Panggil Raykal tatkala melihat susuk tubuh Daiyan yang sedang duduk di sebuah bangku.
"Pak ngah!" Laju sahaja budak kecil itu mendapatkannya. Raykal tersenyum senang.
"Mak ucu mana?" Soal Raykal apabila menyedari kelibat adiknya tiada bersama Daiyan. Akan tetapi, ada seorang gadis bertudung kuning menemani Daiyan tadi. Gadis itu masih berdiri kaku membelakanginya.
"Mak ucu sakit perut." Jawab Daiyan pula.
"Hesy, budak tu kan. Tak patut dia tinggalkan budak kecil ni sendirian. Tunggulah dia nanti." Marah Raykal.
"Iyan nakal tak tadi?" Soalnya lagi.
Daiyan menggeleng kepala. "Iyan tak nakal tapi Iyan jumpa mak ngah." Jari telunjuk ditujukan ke arah gadis itu.
"Mak ngah?" Raykal menjadi pelik. Dia menoleh ke arah gadis yang ditunjuk Daiyan. Siapa pula mak ngah yang Daiyan maksudkan?
Perlahan-lahan gadis itu berpusing menghadap mereka. Dan kelihatan gadis itu seakan terkejut melihat dia. Raykal juga tidak kurang samanya. Dia mengaku dia berdebar saat bertentang mata dengan gadis itu. Mata itu... dia kenal pada mata itu tapi...
Raykal gelak dalam hati. Tak mungkinlah Wulan. Sejak bila pula Wulan bertudung? Mata aku ni masalah betullah.
Raykal memaniskan wajah memandang gadis yang masih terkaku itu. Dia cuba berlagak biasa walaupun hatinya sudah berasa lain. Perasaan apakah ini? Kau jangan Raykal... ingat sikit kau ada Wulan. Jangan pandang perempuan lain. Please please...
"Terima kasih sebab cik temankan anak buah saya tadi. Saya tinggalkan dia dengan adik saya tadi. Tapi, entah ke mana pula dia pergi. Kalau macam tu, kami minta diri dulu." Ujar Raykal dengan cepat. Kalau boleh, dia mahu tinggalkan tempat itu secepat yang mungkin sebelum dirinya tewas untuk terus merenung wajah gadis tadi.
"Kak Wulan!"
Langkah Raykal terhenti. Kelibat adiknya yang sedang menuju ke arahnya dipandang kosong. Otaknya kini memproses nama yang baru meniti di bibir adiknya itu. Aku tak salah dengarkan?
Raykal masih berdiri memerhatikan adiknya yang mengukirkan senyuman lebar. Tapi dia tak pandang aku. Dia pandang orang lain. Mungkinkah gadis tadi?
Serta merta Raykal menoleh ke belakang semula. Wajah gadis itu direnung lama. Bagaimana dia tidak mengenali gadis itu? Perubahan yang ada pada gadis itu yang menyebabkan dia hampir tidak mengenali diri Wulan.
"Wulan..." Sebaris nama yang begitu lama tidak meniti di bibirnya. Dia tidak salah lagi. Memang Wulan gadis bertudung itu!
***
Sedari tadi Nina menjadi pemerhati di antara angah dan Wulan. Si angah yang asyik merenung ke arah Wulan dan gadis itu pula hanya menunduk. Pelik jadinya Nina. Angah dah jatuh cinta ke dengan Wulan?
"Angah, ini kak Wulan. Nina dengan kak Wulan ni bestfriend dan dah kira macam adik beradik angkat gitu. Kak Wulan, ni angah Nina yang baru balik dari Dubai tu."
Wulan masih diam tidak berkutik. Terkejut dengan situasi sekarang ini. Angah yang selalu Nina ceritakan padanya adalah Raykal, kekasih hatinya sendiri. Kecilnya dunia. Tak sangka pula selama ini aku bercinta dengan abang Nina. Raykal pun tidak pernah menceritakan perihal adik mahupun keluarganya sendiri. Alahai malunya. Mana nak letak muka ni.
YOU ARE READING
My Mr. Chef ❤{Completed}
RomanceTekadnya hanya satu. Dia ingin mencari calon suami yang kaya raya untuk dijadikan teman hidup memandangkan dia seorang yang tidak suka bekerja tetapi ingin hidup dalam kemewahan. Tak kisahlah calon suami dia anak Tan Sri ke, anak Dato ke.. yang pent...