"Kal.. aku nak tanya kau sesuatu." Tutur Taufik ketika mereka berada di bilik rehat.
"Tanya apa?"
"Macam mana kau boleh jumpa Wulan erk?"
Raykal tersedak. Apa kes tiba-tiba tanya tentang Wulan? Wajah Taufik dipandang dengan penuh kemusykilan.
"Asal nak tahu pasal dia?" Soal Raykal. Ada nada tidak senang kedengaran di situ.
"Nak tahu aje.. aku peliklah.. muka cun macam dia tapi kerja cuci pinggan kotor. Dia tu siapa bagi kau?"
Raykal berdehem sebelum menjawab pertanyaan Taufik. Soalan yang membawa maut..!
"Dia ada hutang dengan aku.."
Mata Taufik membulat. Tidak percaya mungkin.
"Oleh kerana dia tidak mampu untuk membayar balik semua hutang dia, aku tetapkan syarat dia kena kerja cuci pinggan selama seminggu. Habis seminggu, hutang dia akan langsai." Terang Raykal dengan lagaknya.
"Dia terima macam tu saja?" Soal Taufik seolah-olah masih tidak dapat mempercayai cerita Raykal.
"Terimalah. Dah aku ugut dia bayar tiga kali ganda kalau dia ingkar untuk habiskan masa seminggu untuk kerja di sini."
"Uiks, apasal kau ugut dia?" Taufik tidak berpuas hati. Terpampang wajah manis Wulan di matanya. Kesian dia pada gadis itu.
"Suka hati aku la..! aku yang berkuasa." Balas Raykal selamba.
"Hmm.. kau dengan dia ada apa-apa tak?"
Berkerut dahi Raykal. "Maksud kau?"
"Maksud aku.. kau ada hubungan istimewa tak dengan dia?"
Raykal menjegilkan matanya.
"Aku dengan si bulan gerhana tu? No way..! aku mana ada hubungan apa-apa dengan dia. Aku belum gila lagi la nak suka dia." Dengan angkuhnya Raykal berkata.
Taufik tersenyum. Senyuman yang penuh dengan isi tersirat.
"Kalau macam tu.. boleh la aku masuk line..!"
"Maksud kau?"
"Aku rasa aku dah jatuh cinta dengan Wulan bro..!"
Raykal terpempan. Kaku dia melihat wajah Taufik yang jelas berseri-seri untuk menyempurnakan misi memikat hati Wulan.
Dia tersenyum pahit.
Kenapa dia rasa sakit hati?
****************************
"Hai Wulan.." Kedengaran satu suara menegur Wulan yang ketika itu sedang khusyuk membasuh pinggan kotor.
Dia menoleh. Lantas wajah Taufik yang berdiri berdekatannya menjadi santapan matanya.
"Chef Taufik..!"
Wulan menghadiahkan sebuah senyuman kepada Taufik.
Di restoran ini, tidak semua yang suka membuli dia seperti Syakila dan si buah hati, chef Raykal. Ada juga yang baik hati dengan dia. Contohnya, chef Taufik!
Chef Taufik melayannya dengan baik. Lagipun lelaki itu cukup ramah dan senang di ajak untuk berbual. Muka pun tampan.
Tapi.. tetap tidak mampu menyaingi ketampanan yang dimiliki oleh Raykal. Ceh..!!
"Saya ada masakkan awak nasi goreng ayam. Meh la sini makan..!" Ajak Taufik seraya mengambil tempat duduk di pondok rehat yang tersedia khas di belakang dapur. Di situlah dia suka menghabiskan masanya bersama Wulan. Sejak dia mula terjatuh hati dengan gadis itu.
YOU ARE READING
My Mr. Chef ❤{Completed}
RomanceTekadnya hanya satu. Dia ingin mencari calon suami yang kaya raya untuk dijadikan teman hidup memandangkan dia seorang yang tidak suka bekerja tetapi ingin hidup dalam kemewahan. Tak kisahlah calon suami dia anak Tan Sri ke, anak Dato ke.. yang pent...