Bab 21

19K 799 10
                                    

Semua serba tak kena. Hanya badan yang bekerja sedangkan rohnya melayang entah ke mana.

Raykal hilang fokus memikirkan hal semalam. Tidurnya tidak lena mengenangkan Wulan. Gadis itu marahkan dia. Selepas panggilan ditamatkan, dia cuba untuk menelefon Wulan beberapa kali tetapi malangnya tidak bersambut.

Dia tahu dia salah. Dia sudah menyakitkan hati gadis itu tetapi dalam pada waktu yang sama, dia ingin membantu Taufik. Sudahnya semua tidak berjalan dengan lancar.

"Taufik..!" Panggil Raykal.

"Kenapa?" Soal Taufik setelah berdiri berdekatan dengan Raykal.

"Aku nak cakap tentang hal yang kau minta tolong kat aku tu..."

"Kau dah jumpa Wulan?" Taufik mencelah. Matanya bersinar-sinar, tidak sabar menanti bicara Raykal.

Perlahan-lahan Raykal mengangguk. Lemah sahaja anggukan kepala itu. Selemah hatinya tika ini.

"So, amacam? Dia kata apa?"

Raykal menatap wajah Taufik. Teragak-agak dia untuk menyampaikan balasan daripada Wulan. Nantinya Taufik akan kecewa. Tapi, apakan dayanya untuk memujuk Wulan membalas cinta lelaki itu.?

Orang dah tak mahu, takkan nak dipaksa lagi. Kan?

"Dia kata dia sukakan kau..."

"Yes..!!" Taufik melonjak kegembiraan.

"Tapi, hanya sebagai seorang kawan." Tambah Raykal lagi.

Pegun jadinya Taufik. Riak wajah yang tadinya ceria berubah muram.

Raykal memerhatikan reaksi Taufik. Dia tahu lelaki itu kecewa. Tiba-tiba dirinya dihimpit rasa bersalah kerana gagal membantu seorang sahabat.

"Maafkan aku Fik kalau benda yang aku sampaikan ni tak sama dengan apa yang kau inginkan. Aku dah cuba pujuk Wulan terima kau tapi..." Raykal tidak berani menghabiskan bicaranya. Risau jika Taufik bertambah kecewa.

"Tak apalah Kal. Kau sanggup tolong aku pun, aku dah rasa bersyukur sangat-sangat."

Taufik tersenyum tawar. Tipulah jika dia tidak kecewa bila mengetahui kebenaran bahawa dia hanya bertepuk sebelah tangan selama ini.

"Bro, kau janganlah cepat berputus asa macam ni. Kau cuba berjumpa dengan Wulan. Mana tahu tiba-tiba dia berubah hati terima kau."

Raykal memberi nasihat dan kata semangat kepada Taufik. Kedengaran macam ikhlas tetapi yang sebenarnya dia separuh ikhlas untuk menuturkannya.

Entah mengapa dia rasa sakit di dada. Rasa tidak sanggup jika Wulan benar-benar berubah hati untuk menerima Taufik.

"Haah... bernas juga cadangan kau tu bro. Manalah Wulan boleh terjatuh cinta dengan aku dalam waktu yang singkat, kan?"

Taufik ketawa. Raykal sambut juga dengan tawa kecilnya.

'Wulan tu boleh saja pun jatuh cinta dengan aku dalam waktu yang singkat. Kau aje tu yang Wulan tak boleh...' Bisik hati Raykal.

"Lepas ni apa rancangan kau?"

"Aku akan jumpa Wulan. Biar aku mengaku secara berdepan dengan dia."

"Hmm... baguslah tu..."

"Thanks Kal bagi aku sedar."

"Aku tak buat apa pun la Fik."

Taufik tergelak kecil.

"Tapi secara tak langsung kau yang buatkan cinta aku hadir untuk Wulan."

Raykal kerut dahi.

"Maksud kau?"

"Kau yang bawa Wulan ke restoran ini Kal. Kau lupa ke?"

"Ohh..."

"Dan sebab kau, aku dah terfikir macam mana nak pikat hati dia."

Raykal tersentak. Sebab dia? Memangnya dia buat apa sehingga Taufik boleh mendapatan ilham untuk memikat hati Wulan daripada dia? Sungguh aku tak faham...

"Aku buat apa? Rasanya tak ada pun.."

"Memanglah kau tak rasa sebabnya aku yang terasa."

Taufik ketawa lepas itu. Raykal hanya menunjukkan muka blur. Dia masih tak faham okey..!

"Apa-apa ajelah Fik. Asal kau bahagia."

Taufik tersengih menayangkan barisan giginya.

"Chef Taufik..!"

Syakila tiba-tiba muncul dari arah pintu masuk.

"Ada apa Kila?" Soal Taufik.

"Ada orang nak jumpa chef Taufik."

"Siapa?"

"Cik Wulan."

Serentak kedua-dua lelaki itu berdiri. Taufik memandang Raykal dan Raykal memandang Taufik. Sama-sama terkejut dengan kedatangan Wulan.!

Syakila pula masih terperanjat dengan reaksi kedua lelaki itu sambil mata tidak lepas memandang kedua-dua chef muda lagi handsome yang berdiri di depan mata.

"Dia di mana sekarang?" Taufik menyoal seperti tidak sabar menemui Wulan.

"Dia tunggu chef Taufik dekat meja sepuluh." Jawab Syakila sebelum beredar.

"Panjang umur dia bro. Aku baru nak jumpa dia, dia dah muncul depan mata. Berjodoh sungguh..!" Taufik berseloroh.

Raykal tersenyum kelat.

Buat pertama kalinya Wulan datang ke restoran dengan tujuan lain selain datang untuk menemuinya. Bukan salah Wulan tapi salah dia. Dia yang bertindak bodoh memberi ruang kepada Taufik untuk mendekati Wulan.

"Bro, muka aku dah handsome ke?" Sempat lagi Taufik bertanya walaupun sedang sibuk untuk mengemaskan dirinya.

"Dah... kau memang handsome pun." Puji Raykal.

"Itu aku tahu. Harapnya Wulan nampak betapa kacaknya aku."

Raykal tersengih nakal. Wulan pernah memujinya kacak. Mesti Taufik patah hati jika dia beritahu Taufik tentang hal itu.

"Bro aku masuk dulu. Doakan aku semoga hati Wulan terbuka untuk menerima cinta aku."

"Aku doakan kau. All the best Fik..!"

Separuh hati saja Raykal menuturkannya. Separuh hati lagi melayang hilang entah ke mana. Ke bulan kut!

"Hmm..."

Keluhan berat tercetus di bibir Raykal. Jika Taufik membawa berita gembira selepas ini, dia harus terima dengan hati yang lapang. Bak kata Taufik, dia yang sudah membuka jalan untuk Taufik memikat hati Wulan.

Dia tidak boleh cemburu. Dia sendiri yang memilih jalan ini. Sesal kemudian tiada guna. Apa nak jadi, jadilah. Janji cik bulan pulangkan separuh hati dia yang sudah di ambil oleh gadis itu.

Okey, alang-alang dah terlepas cakap, dia nak buat pengakuan...

Dia sukakan Wulan. Tapi, rasanya dah terlambat untuk dia mengakui perasaan ini. Bersabarlah wahai Raykal. Ada jodoh, tak ke mana juga.

Ya Allah.. semoga Wulan adalah jodoh yang sudah Engkau tulis untuk aku.

Sempat lagi Raykal berdoa dalam hati sebelum memulakan kerjanya kembali.


Much love..

My Mr. Chef ❤{Completed} Where stories live. Discover now