Wulan memilih untuk berehat di kerusi yang disediakan oleh pihak klinik sementara menunggu Raykal membuat pembayaran. Betisnya yang sudah berbalut itu dipandang.
'Hodoh dah kaki aku. But it's okay Wulan.. ini peluang kau untuk goda chef lagi.' Wulan tersengih sendiri. Tidak sangka Raykal sanggup menolong membawanya ke klinik selepas apa yang terjadi tadi. Tanpa teragak-agak lelaki itu mencempung badannya ke kereta.
Nasib baik ringan! Malulah kalau badannya berat. Dah la chef tu tak berotot sangat!
Raykal datang menghampirinya bersama ubat-ubatan untuk Wulan. Tangan lelaki itu memegang kertas dan sepertinya ia adalah.. resit??
"Siapa nama kau?" Soal Raykal dingin. Serius wajahnya memandang Wulan ketika ini.
"Wulan Raihana.." Jawab Wulan.
"Apa? Bulan gerhana?"
"Wulan Raihana..!" Balas Wulan dengan lantang. Bawah bibirnya digigit tanda geram bila Raykal salah menyebut namanya. Apa kes Wulan Raihana ke Bulan gerhana? Dah berapa tahun awak tak korek telinga sayang?
"Ohh.. bulan gerhana.." Raykal mengangguk kepala sambil tangannya ligat menulis sesuatu di atas kertas tersebut.
Merah padam muka Wulan saat ini. Nama dia sedaplah wei!! Lelaki ini sengaja mempermainkan dia. Tapi.. chef tadi senyum. Ke aku salah tengok? Wulan merenung wajah Raykal. Cuba mencari senyuman yang terukir di bibir lelaki itu tadi.
"Nah..!"
Wulan tersentak daripada lamunannya apabila Raykal menyerahkan sehelai kertas bersama resit pembayaran kepadanya. Berubah air muka Wulan membaca isi kandungan kertas itu.
"Apa benda yang you tulis ni sayang?"
Raykal membuat muka menyampah. "Kau tak reti nak baca ke apa yang aku tulis tu?"
Wulan melipat kertas itu seraya menggeleng. Dahinya dipicit-picit. "Tak lalu nak bacalah sayang.. I pening ni."
"Dah, jangan kau buat-buat pening pulak sekarang ni. Biar aku beritahu kau saja.!" Kertas itu beralih tangan.
Wulan menjeling tajam ke arah Raykal. Ceh, tak ada perasaan betullah lelaki ini. Tak ada belas kasihan langsung!
"Kehadapan cik bulan gerhana.."
"Wulan Raihana.!" Wulan menyampuk untuk membetulkan namanya. Sesedap kari ayam dia saja tukar nama aku pergi bulan gerhana.
"Okay, whatever your name is.. di sini saya chef Raykal ingin menyatakan bahawa cik mempunyai hutang sebanyak lima ribu ringgit Malaysia pada saya dan kenalah dilangsaikan pada minggu hadapan. Kegagalan cik untuk membayar kesemua hutang akan dikenakan tindakan dengan segera. So, cik faham apa yang saya tulis? Masih pening lagi?" Anak mata Raykal tajam menikam anak mata Wulan.
Wulan merengus perlahan. "Buat I tambah pening sajalah.."
Raykal tersenyum sinis. Padan muka! Berani buat hal dengan aku lagi.
"Macam mana I nak bayar hutang sebanyak itu? Dan kenapa tiba-tiba I boleh berhutang dengan you pulak? You saja je kan nak kenakan I?" Tuduh Wulan. Gila wei.. mana nak dapat lima ribu ringgit macam tu saja? Aku bukannya kerja pun.
"Okey.. nampaknya cik masih tak jelas lagi dengan hutang sebanyak itu. Biar saya jelaskan. Lima ribu ringgit yang cik hutang dengan saya adalah termasuk bil pembayaran klinik untuk cik, minyak kereta saya yang terpaksa saya gunakan untuk membawa cik ke sini. Lagi, sebab cik buat hal hari ini, saya terpaksa skip kerja. Gaji saya dah kena potong separuh gaji sebab cik. Dan selebihnya adalah denda sebab cik sudah mengganggu ketenteraman hidup saya. Ada faham?"
YOU ARE READING
My Mr. Chef ❤{Completed}
RomanceTekadnya hanya satu. Dia ingin mencari calon suami yang kaya raya untuk dijadikan teman hidup memandangkan dia seorang yang tidak suka bekerja tetapi ingin hidup dalam kemewahan. Tak kisahlah calon suami dia anak Tan Sri ke, anak Dato ke.. yang pent...