Bab 24

18.8K 810 36
                                    

"Dah makin maju kau sekarang Fik... siap panggil Wulan sayang lagi." Perli Raykal. Ketat sekali wajah yang terpamer pada wajah lelaki itu. Apa tak ketatnya... sedap mulut Taufik saja memanggil buah hatinya sayang.

Taufik hanya tersengih. 'Kau tak tahu kebenarannya Raykal...' Bisik hatinya.

"Kau dengan dia memang bercinta ke sekarang?"

"Tak pasti."

"Maksud kau?"

"Alah, kau anggap ajelah kami bercinta sekarang." Taufik berkata dengan malas.

Raykal menjongketkan kening memandang Taufik.

"Anggap je? Cinta kau tak berbalas lagi ke?"

"Bukan tak berbalas tapi.."

"Tapi?"

"Arh, malaslah nak fikir lagi." Taufik meraup mukanya.

"Kau ada masalah dengan Wulan?"

"Bukan urusan kau Kal. Ini urusan antara aku dan Wulan saja."

Raykal sedikit tersentap dengan bicara Taufik.

"Urusan apa yang korang rahsiakan daripada aku?"

Raykal tidak berpuas hati.

"Buat apa kau nak tahu? Kau suka Wulan ke?" Soal Taufik.

Raykal terpempan. Soalan apakah ini?

"Salahkah aku tahu?"

Laju sahaja Taufik mengangguk.

"Memang salah... sebab kau bukannya boyfriend Wulan tapi aku."

"Maafkan aku Fik... aku cuma risaukan kau. Kalau kau ada masalah, ceritalah kat aku. Aku pasti tolong kau."

Taufik tersenyum tawar. 'Banyaklah kau punya risaukan aku Kal... kau sebenarnya lebih risaukan Wulan kan?'

"Thank you Kal. Aku tahu kau memang kawan yang baik."

Raykal hanya membalas senyuman itu. Sama seperti Taufik, senyuman yang terukir di bibirnya juga nampak tawar. Tiada manisnya..!

**********************

"Wulan... sorry..."

"It's okay Fik." Balas Wulan.

"Awak okey?"

"Okey je tapi awak kena janji tak buat lagi tau..."

Wulan memandang wajah Taufik. Taufik mengangguk perlahan seraya tersenyum.

"Promise..." Balasnya.

Wulan menghembus nafas lega. Apa agaknya perasaan Raykal saat Taufik memanggilnya sayang tadi?

Dia cemburu? Rasanya tidak sebab Raykal bukannya ada hati dengan aku. Wulan mengomel dalam hati.

"Wulan... boleh saya tanya awak sesuatu?" Soal Taufik secara tiba-tiba.

Perhatian Wulan beralih kepada Taufik. Serius pula muka mamat ni..!

"Tanyalah. Itu pun kena minta izin dulu ke?"

Taufik tersengih. Hanya beberapa saat sengihan itu muncul sebelum wajahnya kembali serius.

"Kenapa awak tak suka saya panggil awak sayang?"

Wulan terkedu. Terkebil-kebil matanya memandang Taufik.

"Itukah soalan yang awak nak tanya saya?" Soalnya teragak-agak.

"Yalah. Kenapa?"

Wulan menggeleng laju.

Apa dah.. tak ada soalan lain ke? Soalan yang lagi susah. Hish. Buat aku serba salah ajelah. Bentak Wulan dalam hati.

"Saya takut awak marah kalau saya mengaku."

"Taklah... saya yang nak tahu kan? Buat apa nak marah awak."

"Hmm..."

Wulan mengigit bawah bibirnya. Nak cakap ke tidak?

"Wulan?"

"Saya rasa nak termuntah."

"Hah?" Taufik terpinga-pinga.

"Awak tak suka sihat ke Wulan? Kalau rasa nak muntah, muntahkan ajelah. Jangan di tahan."

Wulan gelak dalam hati. Orang tak habis cakap lagilah awak...

"Bukan itulah awak..."

"Habis?"

"Saya rasa nak termuntah bila awak panggil saya sayang." Akui Wulan.

Taufik tersentap. Wulan... jika disuruh berlaku jujur, memang jujur habis. Dia tak kira pun perasaan orang lain. Hmm, menyesal pula aku tanya. Akhirnya, hati aku juga yang sakit.

"Awak? Awak marah saya ke? Sorry awak... saya tak bermaksud nak buat awak marah."

Wulan jadi serba-salah apabila Taufik mendiamkan diri. Tersentap ke?

Taufik tersenyum kelat. Memang tiada harapan langsung untuk dia takluki hati Wulan.

"Saya tak marah. Awak ni terlampau jujurlah."

"Eh, kenalah jujur. Kalau tipu dapat dosa tau. So, awak tanya saya jawablah." Balas Wulan selamba.

"At least jagalah hati orang. Tahu tak perasaan saya bila awak cakap awak nak termuntah bila saya panggil sayang? Sakitnya itu di hati."

Taufik memandang Wulan sambil memegang dadanya. Acah-acah dadanya sakit.

"Lah ya ke? Maaf ya awak. Saya tak tahu ianya akan menyebabkan hati awak sakit. Kalau saya tahu, saya tak cakap. Saya sanggup tipu awak. Saya cakap ajelah saya rasa nak mati bila awak panggil saya sayang."

Jawapan bersahaja Wulan mengundang tawa besar Taufik. Mengekek dia mentertawakan Wulan.

"Bukan setakat hati tapi rasanya seluruh badan saya sakit kalau awak cakap macam tu tadi. Ada pula sampai mati bila kena panggil sayang?"

Wulan sengih. "Saya bergurau."

"Saya tahu. Sebenarnya awak harapkan orang lain untuk panggil awak sayang kan?"

"Mana ada..!"

"Jangan tipu saya Wulan. Awak harap Raykal kan?"

Tidak semena-menanya darah menyerbu ke muka Wulan. Merah padam wajahnya yang cerah itu. Tekaan Taufik memang betul. Hanya Raykal yang layak memanggilnya sayang. Tiada yang lain, hanya Raykalnya.

"Err..."

Taufik tergelak kecil. Dia merapati Wulan.

"Awak ni comellah Wulan." Bisiknya perlahan.

"Saya tahu saya comel."

"Perasan..!"

"Eh? Awak yang kata saya comel."

"Bukan awak tapi baju awak yang comel."

"Cis..!"

Wulan mencebik seraya menjeling tajam ke arah Taufik.

Taufik ketawa. Tidak lama kemudian, Wulan turut menyambut tawanya bersama.

Tanpa mereka sedar, ada sepasang mata yang memerhatikan mereka dari kejauhan.

Tangan digenggam erat dan bibir diketap rapat. Dia tidak suka dengan situasi sekarang. Situasi di mana Wulan sedang bergelak ketawa bersama Taufik.

Serius... dia benci melihat kemesraan antara mereka berdua.

"Maafkan aku Fik. Aku terpaksa ambil hak aku semula. Wulan milik aku bukan kau...!"


Much love..

My Mr. Chef ❤{Completed} Where stories live. Discover now