Bab 48

18.3K 658 43
                                    

"Dah lama tunggu?"

Wulan tersedar dari lamunan panjangnya apabila disergah oleh Raykal. Lelaki itu duduk berhadapan dengannya. Wulan mengambil peluang ini untuk merenung wajah kacak lelaki di hadapannya itu. Walaupun dia hanya mengenakan pakaian biasa sahaja, dia tetap kelihatan sangat bergaya. Wulan tidak dapat menafikan itu.

"Hei.." Raykal melambai-lambaikan tangannya di hadapan Wulan apabila gadis itu tidak berkedip merenung dia.

Wulan dengan segera melarikan pandangannya. Malu sekejap dek kerana terkantoi oleh Raykal.

"Kau okey tak ni?" Soal Raykal sedikit risau. Berbeza sungguh perangai Wulan kali ini. Seperti ada yang menggangu fikiran gadis itu.

"I'm okay.. Kalau tak okey, tak adanya saya ajak awak keluar hari ini." Balas Wulan tanpa sebarang riak.

Berkerut dahi Raykal memandang Wulan.

"Kau makin pelik sejak aku balik ni." Komen Raykal berterus terang. Matanya masih lagi fokus pada wajah Wulan. Kelihatan gadis itu seperti takut-takut untuk membalas pandangannya.

Wulan ketawa. Tetapi ketawa yang saja dibuat-buat. Mana mungkin dia mampu menghamburkan tawa di kala hatinya sedang terumbang ambing sendiri.

"Saya pelik? Awak kut yang pelik chef. Saya okey aje pun." Dalih Wulan bersama senyuman plastiknya.

"Hmm... mungkin perasaan aku aje tu.."

"Apa?" Soal Wulan bingung.

Raykal menggeleng kepalaa. Tersenyum manis dia memandang wajah Wulan.

"Tak ada apa-apalah. Aku tak tahu mengapa, tapi aku rindukan kau sangat-sangat." Ujar Raykal jujur.

Wulan terkesima. Terkejut dengan pengakuan Raykal sebentar tadi. Wulan tahu dia telah melukakan hati Raykal dengan sikapnya yang acuh tak acuh sahaja. Tapi, dia buat semua itu ada sebab. Semuanya bersebab.

"Lupakan sajalah apa yang aku cakap tu. So, hari ni kau nak bawa aku ke mana?" Soal Raykal bila menyedari perubahan pada wajah Wulan. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia begitu kekok untuk berhadapan dengan Wulan tika ini.

"Ada hal yang saya nak bincang dengan awak." Wulan berkata dengan serius. Matanya fokus pada wajah Raykal. Dia kena berani untuk mengambil semua risiko atas apa yang akan dia lakukan selepas ini.

Raykal tergelak kecil.

"Hal apa yang kau nak bincang? Serius sangatlah cik bulan."

"Chef..." Bicara Wulan tersekat di hujung jalan. Terasa sesak dadanya untuk meneruskan kata. Bukan Raykal sahaja bakal terluka tetapi dia juga terkena sama. Dia lagilah dua kali ganda kecewa. Dia yang mengambil keputusan ini. Dia yakin semuanya pasti mengembalikan kebahagian Raykal.

"Chef, sebenarnya..."

"Wulan?"

Wulan tersentak apabila satu suara garau memanggil namanya. Serentak dia dan Raykal menoleh ke arah lelaki yang menyapa Wulan itu.

Wulan terkaku. Kejung dia melihat Zarif yang berdiri di hadapannya. Mengapa harus mereka bertemu di tempat ini dan di saat ini?

"Zarif..." Balas Wulan perlahan. Dia masih terkejut dengan pertemuan ini.

Zarif tersenyum manis lalu melangkah untuk lebih dekat dengan Wulan. Selamba sahaja dia mengambil tempat duduk di sebelah Wulan. Dia sedar akan kewujudan seorang lelaki di meja itu. Sengaja dia menegur Wulan tadi agar lelaki di hadapannya itu tahu bahawa dia Wulan adalah kepunyaanya.

"Kenapa tak jawab call I? I baru nak ajak you keluar dating sayang." Ujar Zarif sambil memandang ke arah Wulan.

Wulan terkedu. Bibir bawanya di gigit untuk menghilangkan rasa debaran di dada ketika ini. Matanya beretembung dengan pandangan tajam Raykal ke arahnya. Ada perubahan pada riak wajah lelaki itu.

"Darling.. apa kata I bawa you tengok wayang lepas ni? You nak tak?" Soal Zarif lagi tanpa mempedulikan Raykal yang sedang memerhatikan mereka.

"Tapi I ada janji dengan kawan I.."

Tersentap Raykal mendengar Wulan membahasakan dirinya sebagai kawan. Apakah semua ini? Dia bukannya buta untuk melihat kemesraan lelaki asing itu terhadap Wulan. Bukan main lagi darling dia ya?

"Oh.. dia ke?" Dengan angkuhnya Zarif menoleh ke arah Raykal. Lelaki itu Nampak biasa-biasa sahaja. Tidaklah begitu bergaya pemakaiannya seperti dia. Tapi bab rupa paras tu yang sedikit merisaukan dia. Boleh tahan kacak lelaki itu.

Perlahan-lahan Wulan mengangguk. Baru sahaja dia ingin memperkenalkan Raykal kepada Zarif, pantas sahaja Zarif menyampuk dan dengan sendirinya memperkenalkan dirinya kepada Raykal.

"Hai saya Zarif, tunang Wulan."

Wulan terpempan. Bergetar tangannya tatkala rahsianya sudah terbongkar dengan begitu pantas. Apabila dia memandang ke arah Raykal, lelaki itu kelihatan terkejut. Mestilah terkejut bila ada orang lain yang mengaku tunangan dihadapan kekasih sendiri. Maafkan saya chef...

"Raykal." Itu sahaja yang dikatakan oleh Raykal. Dia terkelu dengan semua ini. Mati-mati dia ditipu oleh Wulan. Tiada angin tiada hujan, tiba-tiba sudah menjadi tunangan orang. Jadi selama ini dia umpama orang bodoh sahaja untuk terus mencintai Wulan. Sampai hati Wulan buat aku macam ni.. Lepas dia dah berjaya curi hati aku, dia tikam aku dari belakang pula.

"Korang ada apa-apa hal lagi ke nak dibincangkan?" Zarif memandang ke arah Wulan dan Raykal silih berganti. Tiba-tiba keadaan menjadi sunyi sepi.

"Takda apa-apa dah. Kau orang berdua boleh la pergi dating sana. Aku beredar dulu." Pinta Raykal seraya berdiri untuk bersiap sedia beredar.

"Oh okay... Thanks by the way." Ucap Zarif lalu bersalaman dengan Raykal. Nasib baik Raykal faham isyarat yang ingin dia sampaikan tadi. Dalam erti kata yang lain, dia ingin Raykal berlalu dengan segera. Dia tidak akan membenarkan tunangannya berdua-duaan dengan lelaki lain. Lebih-lebih lagi lelaki kacak seperti Raykal. Silap hari bulan dia yang akan berputih mata.

"No problem." Raykal tersenyum tawar. Wajah suram Wulan yang masih tertunduk dikerling sekilas sebelum dia membawa kaki melangkah meninggalkan tempat tersebut bersama hati yang berdarah. Untuk kali keduanya.. dia telah di kecewakan oleh insan yang bernama wanita...

Tabah la wahai Raykal..

Much love..

My Mr. Chef ❤{Completed} Where stories live. Discover now