Sedar tidak sedar, sudah beberapa bulan berlalu sejak Raykal ke Dubai dan meninggalkan dia sendiri tanpa sebarang khabar berita daripada lelaki itu. Merajuk sungguh Raykal padanya sehingga membawa diri sejauh itu. Nak dikejar, Wulan sebenarnya malu. Dia tidak mahu terlalu terhegeh-hegeh pada Raykal. Dia risau jika sikap sebegitu merimaskan lelaki itu. Namun, dalam pada masa yang sama dia juga risau jika Raykal menemui perempuan lain di sana. Boleh dikatakan perempuan yang ada di negara Dubai semuanya cantik-cantik belaka. Tidak mustahil untuk Raykal menemui pengganti dirinya di sana. Memikirkan hal itu, Wulan menjadi gelisah.
Pemergian Raykal mengajar dia erti sabar. Sabar menanti orang dicintai kembali ke sisinya. Pengalaman yang lalu juga banyak mematangkan fikiran Wulan. Kerana sikap dirinya yang tidak matang, Raykal pergi menjauh. Dia cintakan Raykal dan dia akan terus setia untuk menanti lelaki itu. Sekalipun dia terpaksa menunggu beberapa tahun lamanya lagi.
Dan benarnya kata orang.. cinta yang benar-benar tulus dan ikhlas sepatutnya menjadikan pemiliknya bertambah matang, beriman dan berperibadi mulia. Jika yang sebaliknya berlaku, ia menjadi tanda bahawa itu bukan cinta sejati yang anda cari-cari.
Cintanya pada Raykal adalah sebuah cinta yang tulus dan kudus. Cintanya yang tidak pernah luak mengajar dia menjadi lebih matang. Dia tidak mahu mengecewakan Raykal lagi. Dia ingin menjadi kekasih yang terbaik untuk lelaki itu. Malah... di masa hadapan kelak, dia ingin menjadi isteri yang terbaik untuk Raykal. Jika diizinkan... jika berjodoh... dia akan menjadikan Raykal lelaki yang paling bahagia dan gembira hidup bersamanya.
***
Mulalah matanya terasa berpinar-pinar melihat orang ramai yang sibuk membeli-belah di mall ini. Nina telah mengajak dia keluar bersama hari ini. Dia dengan baik hatinya menerima pelawaan untuk menemani gadis itu bershopping.
"Nina, kita rehat jap. Kaki akak dah sakit dah ni." Adu Wulan apabila terasa kakinya sedikit lenguh akibat lama berjalan mengelilingi mall pilihan Nina. Gila bebenar budak yang satu ini. Aku pun kaki shopping juga tapi taklah gila macam si Nina. Semua kedai mahu di masuknya.
Nina mengalihkan pandangan ke arah Wulan. Kesian pula tengok Wulan. "Akak dah penat ke? Hmm... kita rehat kat McD ajelah kak."
"Akak tak kesah." Putus Wulan. Apa yang penting ketika ini adalah dia ingin duduk.
"Eh? Itu bukan kak Nia ke?" Ujar Nina tiba-tiba. Wulan segera memandang ke arah tempat yang Nina maksudkan. Kelihatan Dania bersama seorang budak perempuan sedang menikmati hidangan mereka.
"Rasanya itu Dahlia. Eee.. jomlah akak. Nina dah tak sabar nak cubit pipi budak comel tu." Ajak Nina lalu mereka bersama-sama melangkah memasuki restoran McD. Suasana ketika itu agak lenggang. Tidak ramai pelanggan berada di tempat itu.
"Assalamualaikum.." Sapa Nina dan Wulan serentak.
Dania sedikit terkejut dengan kehadiran kedua gadis itu. Tidak menyangka mereka akan bertemu di tempat seperti ini.
"Waalaikumussalam. Nina dengan Wulan rupanya. Ingatkan siapa la tadi yang menyapa saya." Dania segera berdiri berjabat tangan dengan Wulan. Nina pula sudah mengambil tempat bersebelahan dengan Dahlia, anak perempuan Dania. Habis pipi tembam si kecil menjadi mangsa ciuman Nina. Melepas rindulah katakan.
"Rindunya mak ucu dengan dengan Lia ni. Eee... comel sangatlah. Asal pipi Lia dah makin tembam ni?" Terkedip-kedip mata Dahlia memandang mak ucunya.
"Itu sebab Lia dah kuat makanlah mak ucu." Dania menjawab bagi pihak Dahlia. Yalah, budak umur tujuh bulan manalah reti bercakap lagi. Faham pun tidak inikan lagi mahu jawab. Memang taklah!
YOU ARE READING
My Mr. Chef ❤{Completed}
RomansTekadnya hanya satu. Dia ingin mencari calon suami yang kaya raya untuk dijadikan teman hidup memandangkan dia seorang yang tidak suka bekerja tetapi ingin hidup dalam kemewahan. Tak kisahlah calon suami dia anak Tan Sri ke, anak Dato ke.. yang pent...