Bab 9

20.2K 942 40
                                    

Masuk hari keempat bekerja sementara sebagai pencuci pinggan kotor, Wulan semakin arif dalam membuat kerja tersebut. Tidak seperti hari pertama, terkial-kial dia memegang pinggan. Sekarang, cepat sahaja dia melakukan kerja itu.

Tapi yang tidak seronoknya, Syakila si pelayan restoran selalu membuli dia. Pantang nampak Wulan berehat, pasti ada sahaja kerja yang perempuan itu suruh buat. Basuh inilah, basuh itulah. Bengang jadinya Wulan!

"Kenapa banyak sangat kuali kotor?" Soal Wulan pelik apabila Syakila membawa tiga buah kuali yang kotor. Ini sudah masuk kali kelima Syakila bawakan dia kuali kotor. Takkan sekali masak terus cuci? Wulan menjadi tertanya-tanya sendiri.

"Kau tak payah banyak tanya sangat. Tugas kau, cuci aje semua ni..!" Kasar sahaja nada suara Syakila. Eleh, perempuan bajet bagus ni mana pernah bercakap sopan dengan Wulan. Entah apa yang dia tidak puas hati Wulan.

"Tapi asal banyak sangat?" Wulan masih tidak berpuas hati.

"Cuci ajelah..! tak payah nak berkira sangat. Ini baru separuh. Banyak lagi kat dalam sana..!" Ujar Syakila sambil tersenyum sinis. Puas hati dia kenakan Wulan.

"Hah?" Wulan terlongo. Baru separuh? Biar betul?

"Apasal duk berdiri saja? Buatlah kerja kau. Aku report dekat chef Raykal padan muka..!" Tempelak Syakila.

Wulan mendengus geram. Ugutan yang sama saja. Balik-balik chef Raykal dia saja. Macamlah restoran ini si chef punya. Yang peliknya, sampai sekarang tidak pernah lagi Wulan melihat kelibat pengurus restoran ini. Takkan restoran mewah ini tiada pengurus kut?

"Buat muka macam tu macamlah dia cantik sangat..!" Sindir Syakila lalu mengatur langkah masuk ke dapur semula. Menyampah tengok muka Wulan.

Wulan mencebik.

"Dasar perempuan gila..!" Omel Wulan perlahan.

Sempat lagi dijeling tubuh Syakila yang sudah berlalu pergi itu. Hatinya panas!

Chef.. tolong datang jumpa kita. Kita nak sejukkan hati kita ni. Caranya cuma nak tenung muka chef yang kacak sampai puas hati kita.


******************************

Lamunan Wulan mati apabila ada sesuatu benda sejuk mengenai pipinya.

Dia mendongak melihat gerangan yang meletakkan minuman sejuk ke pipinya tadi. Tidak lama kemudian senyuman terukir apabila melihat wajah tampan Raykal yang berdiri di sisinya.

"Nah..!" Minuman tin yang sejuk disuakan kepada Wulan.

"Thank you sayang.." Ucap Wulan bersahaja. Perkataan 'sayang' tidak lagi asing menjadi sebutan mulutnya. Lagipun, si chef ni dah tak melenting kalau Wulan memanggilnya sayang. Kira okeylah tu. Chef, dah jatuh cinta dengan kita ke?

Raykal tersenyum geli hati. Sudah berbuih mulutnya memarahi gadis ini agar tidak memanggilnya sayang. Tapi makin dilarang, makin pula dibuatnya. Sudahnya, Raykal hanya membiarkan saja Wulan memanggilnya begitu. Tak luak mana pun.

Tapi.. kenapa ya tiap kali Wulan memanggilnya sayang, dia menjadi tidak keruan. Dadanya berdebar-debar saja mendengar suara manja itu. Kenapa ya? Ada jawapan tak?

"Kenapa berdiri saja? Duduklah sebelah I."

Wulan mengesot ke tepi untuk memberi ruang kepada Raykal. Minuman tin tadi di buka sebelum diteguk sedikit rakus.

"Huwaa..! Nikmat sungguh air yang you beri ni.." Komen Wulan separuh berseloroh setelah habis separuh air itu di minumnya. Haus sangat si Wulan nampaknya.

My Mr. Chef ❤{Completed} Where stories live. Discover now