Bab 23

19.3K 783 33
                                    

Raykal mengerling ke arah Taufik dan Wulan yang sedang rancak berbual. Keluhan berat tercetus di bibir Raykal. Matanya tersangatlah nakal untuk memerhati gerak geri Wulan yang tidak pernah berenggang langsung dengan Taufik.

Tahu la Taufik tu teman lelaki dia. Tapi, takkan sampai dekat dapur pun nak bercinta? Hesy, aku yang sakit mata melihatnya. Bebel Raykal dalam hati.

Hari ini Wulan akan memulakan tugas menggantikan Syakila yang bercuti selama empat hari. Semuanya Raykal lakukan demi Taufik. Jika bukan kerana lelaki itu, mana mungkin Raykal membenarkan orang asing memasuki kawasan dapur ini. Tambahan lagi orang itu adalah Wulan.

Wulan... Tak apa juga jika berstatus girlfriend dia, malangnya berstatus girlfriend Taufik. Sedih hati dengan semua ini. Salah siapa? Salah dia juga.. sob sob..

"Wulan, cuba rasa ni. Sedap tak?"

Raykal menjeling ke arah Taufik. Kelihatan lelaki itu sedang menyuapkan pasta ke dalam mulut Wulan. Begitulah tabiat Taufik sejak empat jam lalu. Apa sahaja yang dimasaknya, Wulan akan disuap terlebih dahulu untuk merasa masakan itu sebelum dihidang.

"Sedap. Secukup rasa dah chef.." Komen Wulan.

Taufik tersenyum gembira.

"Baik saya hidang sekarang.."

Raykal yang menjadi pemerhati mencebik. 'Agak-agaklah juga kalau nak bercinta. Bercinta kat dapur, apa kes?'

"Wulan tunggu sini kejap. Saya nak hantar pesanan ke dalam."

"Okey chef.."

Wulan menaikkan ibu jari ke arah Taufik. Dan tinggallah dia sendiri bersama Raykal di dapur.

Wulan memerhatikan ke semua sudut dapur. Sah hanya mereka berdua di sini. Pembantu dapur yang lain hilang entah ke mana.

'Masa-masa beginilah juga mereka semua sibuk. Tahu tak aku tak selesa dengan suasana macam ni? Kalau dulu, ya aku suka sebab dapat berdua dengan chef Raykal. Tapi sekarang tak lagi..."

Wulan... dia benar-benar sudah membuang jauh perasaannya terhadap Raykal. Semudah itukah?

"Ehem.!"

Ralit termenung jauh hingga ke hujung dunia, sedar-sedar Raykal sudah berdeham sambil mata tepat memandang ke arahnya. Naik segan jadinya Wulan.

Dia segera memalingkan wajah dan membelakangi Raykal. Tidak betah untuk membalas pandangan lelaki itu.

"Kau tak ada kerja kan sekarang? Aku nak minta tolong." Ujar Raykal mendatar. Nampak seperti biasa sahaja air muka lelaki itu tetapi dalam hati rasa sedikit terkilan bila Wulan enggan memandangnya.

Hodoh sangatkah dia? Tapi Wulan pernah memujinya handsome.

'Lupa kut cik bulan aku ni.!'

Err.. Raykal tersasul lagi.

"Hei..!" Tegur Raykal apabila Wulan hanya membatukan diri. Tiada respond, tiada gerakan daripada gadis itu.

Akhirnya Wulan memberanikan diri menghadap tubuh tinggi Raykal. Wajahnya ditundukkan.

"Saya rasa lebih baik chef minta tolong dengan orang lain saja. Saya hanya akan mengikut arahan daripada chef Taufik."

Raykal ternganga. Siapa bos siapa ni?

"Kau kerja sebagai pembantu dapur kat sini.. maknanya kau kena ikut arahan daripada semua chef yang ada di dapur ini. Faham ke tidak?"

"Tapi, tugas saya hanya bantu chef Taufik bukannya semua chef kat sini.!"

My Mr. Chef ❤{Completed} Where stories live. Discover now