Bab 13

21K 951 29
                                    

Semuanya kelihatan sibuk dengan tugas untuk mengemas dapur sebelum balik termasuk Wulan. Walaupun tugasnya hanya mencuci pinggan kotor, tapi ringan sahaja tangannya membantu untuk mengemas sekali pinggan-pinggan yang sudah siap dicuci. Lagi pula hari ini hari terakhir dia. Entah bila lagi dia boleh masuk ke dapur ini.

"Cik adik manis menungkan apa tu?"

Wulan tersentak daripada lamunannya apabila Taufik datang menegurnya. Langsung dia tidak perasan kehadiran lelaki itu yang kini berdiri rapat dengannya.

"Tak ada apalah chef.." Balas Wulan ramah.

Suasana dapur menjadi riuh dengan suara Raykal yang sibuk mengarah semua pekerja agar mengemas dapur dengan kadar yang segera. Apabila mata lelaki itu terpandang Wulan yang sedang berdiri dekat dengan Taufik, laju sahaja langkahnya mendekati mereka.

"Lepas habis kemas baru boleh bersembang..!" Tegur Raykal tanpa sebarang isyarat terlebih dahulu.

Terkejut jadinya Wulan. Baru sekejap tadi dia melihat Raykal berdiri di penjuru kanan dapur. Sekarang dah berdiri depan mata dia. Magis sungguh..!

"Relakslah bro.. aku belum habis berbual dengan Wulan lagi ni." Balas Taufik selamba.

Wulan tersengih.

Raykal membuat muka menyampah. Dia masih berdiri berdekatan dengan Wulan dan Taufik.

"Esok awak free tak Wulan?" Soal Taufik.

"Not sure.. kenapa?"

"Saya nak awak keluar. Memandangkan esok cuti, saya tak tahu nak pergi mana. Awak nak tak keluar dengan saya?"

"Err.."

Wulan serba salah untuk menjawab. Di kala itu matanya terarah kepada Raykal. Lelaki itu kelihatan sibuk mengemas. Mungkin tidak terdengar perbualan antara dia dan Taufik.

Sebaliknya apa yang Raykal rasakan kini hanyalah debaran di dada. Berdebar rasanya jika Wulan bersetuju dengan pelawaan Taufik. Habis janji mereka bagaimana?

Eh Raykal, bukan kau kata kau tak janji ke nak keluar dengan Wulan esok?

Alahai.. hatinya ini sibuk pula menggangu dia. Dah la jiwa tengah kacau.

"Saya tak janji. Kalau saya free saya ikut chef." Putus Wulan.

Sebenarnya maksud dia macam ni.. kalau Raykal tak jadi nak keluar dengan saya, baru saya setuju nak keluar dengan awak. Tapi saya harap saya tak free esok. Tak best mana pun nak keluar jalan dengan chef Taufik. Lainlah kalau chef Raykal. Suka sangat!!

"Okey.. nanti awak inform kat saya."

"Baik chef.. malam nanti saya text awak.!"

Serentak itu dapur menjadi bingit dengan bunyi benda jatuh berkecai.

Semua mata tertumpu pada Raykal yang sedang duduk mengutip benda yang dia jatuhkan tadi.

Terpaku Wulan melihat cecair merah yang mengalir di pergelangan tangan Raykal.

Raykal terkena sepihan kaca!


*************

"Macam mana you boleh cuai ni sayang? Pinggan kaca besar macam kepala you pun you boleh jatuhkan? Tak cermat langsung..!"

Raykal perhatikan saja mulut Wulan yang membebel sambil tangan gadis itu sibuk merawat luka di pergelangan tangannya akibat terkena serpihan kaca tadi.

My Mr. Chef ❤{Completed} Where stories live. Discover now