"Kal.." Bahu Raykal ditepuk oleh Taufik dari arah belakang. Tersentak jadinya Raykal.
"Kenapa?" Soal Raykal setelah memusingkan badannya menghadap tubuh Taufik.
"Amy ada kat depan. Dia nak jumpa kau."
"Aku tak nak jumpa dia."
"Takut sangat jumpa dia dah kenapa?"
"Jaga sikit mulut kau tu. Aku bukannya takut tapi benci tengok muka dia. Faham?"
Raykal sedikit berang apabila Taufik berkata sedemikian. Mana pernah dia berasa takut untuk berdepan dengan perempuan. Cumanya, dia risau tidak dapat mengawal rasa amarahnya. Dia panas baran. Bila-bila masa saja tangannya boleh naik ke muka Amy.
"Tapi dia berkeras nak jumpa kau tu. Pergilah jumpa dia dulu. Bincang apa yang patut dibincang."
"Yang kau sibuk suruh aku jumpa dia kenapa?"
"Bro, walau apapun yang telah berlaku antara kamu dua, Amy tu tetap kawan kita. Kita bertiga dah lama berkawan bro." Balas Taufik.
Raykal bercekak pinggang sambil merenung tajam ke arah Taufik. Ada benar juga kata Taufik. Amy tu merupakan kawan baik mereka. Biar hubungan cinta terputus jangan hubungan persahabatan. Ya tak?
Hmm.. tapi macam berat saja untuk Raykal lakukan.
"Jumpa dia aje dulu. Dia macam menyesal tu." Pujuk Taufik.
"Peduli apa aku kalau dia menyesal. Nasi dah jadi bubur. Dan aku bukannya bubur yang boleh dijadikan nasi balik." Balas Raykal dengan tegas.
Taufik ditinggalkan sendiri. Kakinya dibawa melangkah ke dalam restoran.
"Ada hal apa nak jumpa aku?"
Amy mendongak. Wajah serius Raykal terpampang di depan matanya. Lama dia tidak menatap wajah itu.
Rindu.
Hanya itu yang dia rasakan saat ini. Dia begitu rindukan lelaki itu. Lelaki yang pernah menjadi kekasih hatinya dahulu. Kerana kesilapannya, dia kehilangan Raykal. Kalaulah dia berfikir dua kali sebelum melepaskan lelaki itu pergi, tidak mungkin hidupnya akan menjadi huru hara seperti sekarang.
Amy memaniskan wajahnya. Dia tersenyum memandang Raykal.
"Duduklah dulu Kal.."
Raykal menurut. Kerusi di hadapan Amy ditarik dan melabuhkan punggungnya di situ. Wajah Amy dipandang tajam.
Cantik. Dia mengaku Amy sememangnya gadis yang cantik pada luarannya. Rambut separas leher menampakkan gadis itu lebih matang.
"Kau cakaplah apa yang kau nak cakap. Kalau boleh dengan cepat. Aku tiada masa nak duduk hadap muka kau saja."
Amy tersenyum kelat.
"Marah awak masih belum reda lagi Kal?"
"Kau rasa? Lepas apa yang kau dah buat kat aku, marah aku dah reda ke belum?"
Amy terkelu. Daripada layanan Raykal saja dia sudah tahu lelaki itu masih marahkan dia.
"I'm so sorry Kal.. saya tahu semua salah saya. Saya menyesal putuskan hubungan kita. Saya masih cintakan awak Kal.."
Amy mula bermain airmata. Dia tahu, melihat perempuan menangis adalah kelemahan Raykal. Raykal yang panas baran, boleh luntur jika berhadapan dengan perempuan yang menangis.
Tapi, itu Raykal yang dulu. Raykal semasa mereka masih bergelar pasangan kekasih. Raykal yang sekarang dah lain. Airmata Amy langsung tidak memberi kesan kepada Raykal. Dipandang sahaja wajah Amy yang basah dengan airmata.
YOU ARE READING
My Mr. Chef ❤{Completed}
RomanceTekadnya hanya satu. Dia ingin mencari calon suami yang kaya raya untuk dijadikan teman hidup memandangkan dia seorang yang tidak suka bekerja tetapi ingin hidup dalam kemewahan. Tak kisahlah calon suami dia anak Tan Sri ke, anak Dato ke.. yang pent...