"Hana!!" Panggil Wulan sedikit terjerit. Anak perempuannya itu sangat nakal dan sukar untuk dia kawal. Mungkin kerana dia selalu bersikap tegas pada Hana, menyebabkan anak kecilnya itu tidak seberapa menurut akan perintahnya. Tetapi sebaliknya pula yang berlaku pada Raykal. Hana lebih rapat dengan ayahnya berbanding dia. Sekali saja Raykal melarang, tahu pula Hana menurut. Sungguh la... Hana lebih sayang si ayah dari si mama yang garang.
"Hana sayang... mari dekat dengan mama. Tak nak la main tanah. Nanti kotor." Larang Wulan apabila Hana masih bermain di halaman rumah. Habis bunga di taman ibu mertuanya dicabut dan dirosakkan oleh Hana. Nampak dek umi, menangis gamaknya umi. Nak marah mungkin umi tak sanggup. Yalah... Hana tu kan cucu kesayangan umi.
"Hana masih nak main la mama..." Jawab Hana tanpa menghiraukan kelibat mamanya yang masih memerhatikan dia.
Wulan bercekak pinggang dan menyimpan sabar memujuk anaknya. "Main kat dalam ajelah. Kotor tu sayang. Karang ayah nampak, ayah marah Hana."
"Ayah tak garang macam mama. Ayah sayang Hana. Ayah tak berani marah Hana."
Tercegil mata Wulan mendengar balasan daripada anaknya. Ewah... tak padan dengan umur kecil, bercakap macam orang besar saja lagaknya.
"Mama tak kira Hana. Masuk sekarang juga sebelum mama denda Hana lagi. Suka sangat kan tak dengar cakap mama." Wulan mula membebel.
Dengan wajah cemberut, Hana melangkah untuk masuk ke dalam rumah. Tersenyum saja Wulan melihat karenah puterinya itu. Perwatakan Hana banyak turun dari perangai dia. Rupa paras saja lebih berpihak kepada Raykal.
"Sayang... meh dekat mama dulu."
Hana geleng kepala. Matanya jelas menampakkan dia berasa takut untuk dekat pada Wulan.
"Mama tak sayang Hana..." Ujar si kecil itu. Wulan langsung tidak terkejut. Sudah terbiasa dengar Hana kata macam tu.
"Siapa kata macam tu? Mama sayang Hana la. Sayang sangat. Hana tu aje yang tak sayang mama. Apa mama kata, Hana tak nak dengar pun." Rajuk Wulan. Dia buat muka sedih. Si kecil mula memberi respond apabila tubuhnya tiba-tiba dipeluk oleh Hana.
Wulan tersenyum bahagia.
"Hana sayang mama.."
"Mama pun sayang Hana. Mama marah Hana sebab mama tak nak Hana jadi budak nakal. Kalau Hana sayang mama dan ayah, kenalah baik perangai. Jangan jadi budak nakal dan tak nak dengar cakap mama dan ayah. Nanti jadi anak derhaka. Hana tak nak kan jadi anak derhaka?"
Hana menggeleng.
"Hana janji mama. Hana akan jadi budak yang baik. Hana nak mama dan ayah sayang Hana sampailah Hana besar nanti. Lepas ni Hana tak nak nakal dah."
"Betul ni? Kalau dah janji tak boleh buat lagi tau!"
Hana mengangguk faham. Wulan senyum seraya memeluk tubuh anaknya itu semula. Hana ni taklah nakal sangat pun. Budaknya baik.
"Rayhana..." Suara lelaki kesayangan mereka datang menyapa.
"Ayah!!" Jerit Hana dengan kuat lalu berlari mendapatkan Raykal yang baru tiba. Wulan berdiri dan melangkah mendekati kedua anak-beranak itu.
"Uiks? Happy nampak dapat peluk cium ayah ni? Mama marah Hana erk?" Soal Raykal pada Hana. Bila Hana mengeleng, dia segera memandang ke arah isterinya. Masam sahaja wajah gadis kesayangannya itu.
"Mama tak marah Hana. Mama kan sayang Hana."
Kedua kening Raykal bertaut. Anak dan si mama dah berbaik ke? Selalunya gaduh saja kerja mereka berdua.
YOU ARE READING
My Mr. Chef ❤{Completed}
RomanceTekadnya hanya satu. Dia ingin mencari calon suami yang kaya raya untuk dijadikan teman hidup memandangkan dia seorang yang tidak suka bekerja tetapi ingin hidup dalam kemewahan. Tak kisahlah calon suami dia anak Tan Sri ke, anak Dato ke.. yang pent...