Bab 68

16.2K 552 2
                                    

Sambil berdiri berpeluk tubuh, Taufik memerhati susuk Raykal dari arah belakang. Kelihatan lelaki itu duduk termenung di taman mini restoran Pasta Delight. Begitulah Raykal sejak tiga hari lalu. Bukannya bekerja tetapi membuang masa dengan duduk termenung begitu. Kadangkala lelaki itu akan bermain gitar sambil melayan perasaan sendiri. Lagu yang dimainkan pula semua lagu yang sedih-sedih belaka. Jiwang gila mamat seorang ni.

"Kal.." Tegur Taufik sambil menyentuh sebelah bahu lelaki itu.

Raykal tersentak. Terbang segala khayalannya sebentar tadi. Cun sangat masa yang diambil Taufik untuk datang menyapanya.

"Eh Fik! Tak ada pesanan ke?" Soal Raykal pada Taufik yang sudah mengambil tempat di hadapannya. Lelaki itu hanya menjawab dengan gelengan di kepala.

"Kal, boleh aku tanya kau sesuatu ke?"

"Tanyalah." Balas Raykal seraya mengalihkan pandangannya ke tempat lain.

"Kau ada masalah ke? Sudah beberapa hari kau kat sini dan buat benda lagha macam sekarang ni. Kau tak kerja ke? Ke... kau tengah perang dingin dengan isteri kau?" Tebak Taufik. Sudah lama dia ingin suarakan soalan itu pada Raykal, tetapi masa yang tidak berapa sesuai untuk dia berbuat demikian. Raykal nampak serabut saja pada penglihatannya.

Keluhan tipis tercetus di bibir lelaki itu. Raykal berfikir untuk menceritakan segalanya pada Taufik. Disebabkan Taufik sudah bertanya, terpaksalah dia jawab juga. Lagi pula dia sudah tidak betah untuk menanggung masalah ini sendiri. Mungkin ada baiknya jika dia meluahkan kepada Taufik, orang yang rapat dengan dia.

"Aku tak tahu la Fik nak cakap macam mana lagi. Yang aku tahu, aku dah letak jawatan dekat syarikat walid aku tu."

Membulat mata Taufik memandang ke arah wajah sugul Raykal. Dia benar-benar terkejut. Patutlah Raykal asyik berada di sini. Rupa-rupanya dah letak jawatan dekat syarikat besar tu. Sayangnya... dalam hati Taufik mengeluh.

"Atas sebab apa kau letak jawatan Kal? Kerja bukan main smart lagi tapi kau buang macam tu aje? Habis, kau nak kerja dekat sini balik? Nak jadi chef balik?"

Perlahan-lahan Raykal mengangguk tanpa membiarkan Taufik menunggu lama untuk dia menjawab. Dia sudah yakin dengan keputusan yang dia buat ini. Jika dengan berbuat demikian mampu mengembalikan kebahagiaan hidup rumah tangganya, dia sanggup untuk bekerja di dapur ini semula. Semuanya dia lakukan demi isterinya, Wulan Raihana.

"Kenapa?" Soal Taufik, bingung.

Raykal mengangkat muka memandang Taufik terlebih dahulu sebelum mulutnya mula bermain dengan bicara.

"Ada kerja smart macam yang kau cakap tadi pun tak ada guna kalau menyebabkan isteri aku tak mesra langsung dengan aku. Dah seminggu Wulan dingin dekat aku Fik."

"Satu minggu kau dan Wulan tak ngam?"

Raykal angguk lemah.

"Aku jadi buntu mencari cara untuk memujuk dia lagi. Dia tu mudah merajuk tapi mudah juga untuk aku pujuk. Tapi kali ini tak mudah seperti biasa. Wulan betul-betul merajuk kat aku sampaikan tengok muka aku pun dia tak sanggup. Sadis betul hidup aku ni. Nak lepas rindu dekat dia pun aku tak dapat." Dalam kecelaruannya memikirkan perihal isterinya, sempat lagi dia merungut.

"Sabarlah Kal. Tapi mengapa Wulan merajuk dekat kau? Dah tu apa kaitan dengan hal kau letak jawatan?"

"Elyana mengaku kat aku yang dia cintakan aku sangat-sangat. Masalahnya dia cakap benda alah tu depan aku. Tu aku boleh terima lagi. Yang tak boleh blah tu bila dia nak jadi isteri kedua aku. Siap merayu kat aku dan Wulan lagi. Apa taknya isteri aku merajuk sampai sekarang." Ujar Raykal bersama sisa rasa geramnya tentang kejadian tak terduga itu.

Taufik hanya mampu menggeleng kepala mendengar cerita Raykal. Patutlah kawan dia serabut semacam. Masalah besar dah berlaku rupanya. Dia masih memandang Raykal yang sedang menyisip air ke dalam mulut sebelum menyambung balik cerita yang terhenti tadi.

"Aku tak boleh balas cinta dia Fik. Kau tahulah kan... aku ni cuma tahu cintakan Wulan seorang. Sedangkan cinta untuk Elyana pun tak ada, inikan pula dia nak aku khawin dengan dia. Memang taklah! Betul kuota lelaki ada empat tapi satu aje pun sudah lebih cukup bagi aku. Mungkin dari segi kewangan dan segalanya aku mampu tapi hanya satu aku tak mampu beri Elyana jika dia berkeras juga nak isteri aku iaitu cinta."

"Habis tu Wulam macam mana?"

"Entah la Fik. Berbuih dah mulut aku jelaskan kat dia yang aku tak akan terima Elyana. Aku hanya akan setia pada dia. Tapi dia hanya angguk lepas tu blah macam tu aje."

"Dia terasa hati lagi kut. Elyana tak ada cakap benda yang bukan-bukan ke kat dia?"

Raykal menjongket kedua bahu.

"Yang itu aku tak pasti sangat. Tapi sebelum aku datang, Elyana dah memang jumpa isteri aku dulu. Betul juga cakap kau tu. Mungkin saja Elyana sakitkan hati Wulan dengan cakap benda yang tak betul."

Taufik terdiam. Raykal turut sama mengunci mulut. Hanya otaknya yang lancar memproses bicara yang kemungkinan menyakitkan hati Wulan. Namun, dia tetap tidak dapat menekanya. Apalah agaknya yang isteri aku rajukkan?

"Macam mana erk nak pujuk dia balik? Payah juga sebab dia bercakap pun sepatah aje dengan aku." Keluh Raykal. Tambahan lagi, sejak hari Wulan merajuk, mereka memang tidak makan malam bersama. Apabila Raykal memasak, banyak saja alasan Wulan untuk tidak turun makan bersama. Kenyanglah, dah makanlah, penatlah. Raykal layankan saja memandangkan dia tahu Wulan sedang melancarkan perang dingin dengannya.

Taufik tersengih sambil bagi signal yang dia tak tahu nak cakap apa.

"Wulan dah tahu ke yang kau dah berhenti kerja?" Tiba-tiba terlintas pertanyaan itu di fikiran Taufik.

"Belum lagi. Aku tak sempat nak beritahu dia. Dah dia asyik mengelak daripada aku aje." Balas Raykal dengan cebikkan di bibir.

"Aku pesan kat kau ya... baik kau beritahu Wulan cepat-cepat sebelum dia ingat kau sengaja sembunyikan hal ini daripada dia. Karang tak pasal-pasal rajuk dia tak pulih, malah bertambah dua kali ganda. Hah! Naya kau nak pujuk dia. Sedangkan sekarang pun kau rasa susah!" Pesan Taufik.

Raykal terdiam seribu bahasa. Ada betulnya juga apa yang dikatakan taufik. Baik aku beritahu dia hal sebenar malam ini. Takut terlambat pula sebab Wulan tu boleh tahan sensitifnya.

"Weh Kal! Aku ada cadangan macam mana kau nak pujuk Wulan balik." Ujar Taufik dengan riak wajah yang teruja. Fikir punya fikir, akhirnya Tuhan berikan ilham padanya.

"Apa dia? Cakaplah cepat!" Rayu Raykal tidak sabar.

"Sini." Taufik mengarahkan Raykal mendekati wajahnya. Lelaki itu hanya menurut. Tatkala Taufik sudah menoktahkan bisikannya, Raykal tersenyum lebar. Bijak punya idea!

"Gila la kau Fik bagi aku idea awesome macam tu. Aku harap cadangan kau tu membawakan hasil yang baik."

"Insya-Allah. Kau buat ajelah yang terbaik bro!"

"Kau yakin semuanya akan berjalan lancar?"

Kening Taufik bertaut.

"Yakin seraus peratus! Wulan akan jatuh pada kau semula." Balas Taufik, penuh dengan keyakinan.

Raykal tersenyum. Dan dibalas oleh Taufik. Senyuman mereka bukanlah senyuman yang biasa tetapi sebuah senyuman keji yang penuh dengan muslihat.

Much love..

My Mr. Chef ❤{Completed} Where stories live. Discover now