Kediaman orang tua Raykal dimeriahkan dengan kehadiran tetamu yang rata-ratanya adalah kaum keluarga Raykal sendiri. Tak kira jauh atau dekat, semuanya ada di sini untuk menghadiri majlis kesyukuran sempena kejayaan Raihan membawa naik nama syarikat keluarga mereka.
Wulan berehat selepas ditinggalkan oleh suaminya tadi. Katanya ada tetamu yang ingin ditemui. Mungkin juga teman lama Raykal. Bila bersendirian, mulalah Wulan termenung sendiri. Kandungan yang sudah mencecah tujuh bulan lebih diusap lembut olehnya. Dia tersenyum. Tak lama cahaya matanya bersama Raykal akan lahir ke dunia. Tidak sabar Wulan menantikan detik kelahiran itu walaupun dia sebenarnya ada rasa takut. Tidak sanggup memikirkan kejadian buruk menimpa dirinya.
"Kak ngah.."
Wulan tersentak apabila namanya diseru tiba-tiba. Tatkala dia mendongak, tersenyum-senyum Erin memandangnya lalu duduk bersebelahan dengan Wulan. Wulan balas senyuman itu. Erin merupakan sepupu Raykal yang sangat peramah. Wulan selesa bergaul dengan Erin.
"Buat apa duduk sorang-sorang di sini kak ngah?" Soal Erin.
"Tak adalah. Saja nak rehatkan diri. Kak ngah bosan. Nak tolong apa pun tak boleh. mesti abang ngah tak mau kasi. Dia tu kan over protective!" Sempat lagi Wulan mengata suaminya.
Erin ketawa. Terhibur dengan reaksi isteri kepada abang sepupunya itu.
"Ala.. tu sebab abang ngah sayangkan kak ngah la tu." Balasnya, mengusik.
Wulan cebik bibir. Sejak sarat mengandung, Raykal melarang dia melakukan sebarang kerja yang berat mahupun aktiviti yang memerlukan banyak pergerakan. Kemahuan suaminya itu hanya ingin melihat dia duduk dan berbaring saja. Nak jalan ke mana pun susah. Itu salah ini salah semuanya salah. Lama-lama Wulan jadi stress dengan sikap ambil berat suaminya itu. Dia sebagai isteri tetap merasa lain bila semua kerja Raykal yang lakukan. Dia? Goyang kaki sajalah jawabnya.
"Abang ngah mana?" Soal Erin lagi.
Wulan memuncungkan bibirnya ke depan menunjukkan keberadaan suaminya tika ini. Kelihatan suaminya sedang berbual mesra dengan Dania. Manakala Daniel, Daiyan dan Dahlia pula tidak kelihatan bersama wanita yang dalam diam, sangat Wulan kagumi itu.
"Happy semacam aje abang ngah dengan kak Nia tu ya kak ngah? Lama tak nampak mereka macam tu."
Berkerut dahi Wulan mendengar Erin berkata begitu. Pandangan Erin tertumpu pada Raykal yang masih berbual dengan Dania.
Wulan turut memandang sama. Lama dia memerhatikan riak wajah suaminya. Seperti yang dikatakan Erin tadi, suaminya itu sememangnya kelihatan sangat gembira. Entah apa yang dia bualkan dengan Dania sehingga tawa mereka kedengaran kuat.
"Maksud Erin apa?" Soal Wulan pula.
Erin sengih memandang Wulan. Buatnya Wulan makin tertanya-tanya.
"Kak ngah marah Erin tak kalau Erin buka cerita lama. Tentang abang ngah dengan kak Nia."
"Kenapa dengan mereka berdua?"
"Jawablah dulu boleh ke tak? Baru Erin boleh cerita."
Wulan menarik nafas panjang. Entah mengapa dia berasa tidak sedap hati dengan apa yang bakal Erin sampaikan. Cerita tentang Raykal dan Dania?
"Okey. Kak ngah tak akan marah. Apa saja yang Erin tahu, beritahu kak ngah." Putusnya.
Erin segera membetulkan tempat duduk. Semangat untuk bercerita. Dia memusingkan badan ke arah Wulan menjadikan gadis dihadapannya itu pelik memandangnya.
YOU ARE READING
My Mr. Chef ❤{Completed}
RomanceTekadnya hanya satu. Dia ingin mencari calon suami yang kaya raya untuk dijadikan teman hidup memandangkan dia seorang yang tidak suka bekerja tetapi ingin hidup dalam kemewahan. Tak kisahlah calon suami dia anak Tan Sri ke, anak Dato ke.. yang pent...