Lewat betul Raykal balik hari ini. Sepatutnya waktu-waktu macam ni adalah masa untuk mereka makan malam bersama. Ke mana pula perginya suami aku. Detik hati Wulan.
Jam di dinding dikerling sebelum dia bergerak menuju ke meja makan yang sudah terhidang makanan di atasnya. Wulan tersenyum sendiri melihat hasil masakannya tadi. Payah baginya untuk menyediakan semua ini. Yalah.. dia pun baru nak merangkak dalam mempelajari ilmu memasak ini. Nasib baik ada peningkatan sedikit. Itu pun dengan tunjuk ajarnya Raykal. Tetapi kali ini dia bergerak sendiri tanpa pertolongan suaminya. Entah apalah agaknya reaksi lelaki itu tatkala melihat semua ini. Mesti dia bangga isteri dia dah boleh masak sendiri. Yeah!
Loceng rumah berbunyi menyentakkan lamunan Wulan. Dia berlonjak keriangan kerana yakin pasti itu suaminya.
Dengan debaran di dada, Wulan membuka pintu tersebut. Sebaik pintu terbuka luas, terpampang wajah kacak suaminya.
"Assalamualaikum." Ucap Raykal dengan muka sedikit lesu. Namun, senyuman tetap terhias di bibir buat si isteri.
"Waalaikumussalam. Lambat you balik hari ini." Balas Wulan sambil menyambut salam suaminya. Dahinya dikucup seperti biasa.
"Banyak kerja dekat office tu." Lambat-lambat Raykal menjawab. Tubuhnya yang terasa penat direhatkan di sofa. Dia memejam mata.
Wulan yang melihatnya sudah merasa kasihan melihat keadaan suaminya. Daripada cara lelaki itu menjawab saja dia tahu Raykal kepenatan. Lantas dia melabuhkan punggung bersebelahan suaminya. Lengan lelaki itu diurut-urut, berharap agar kepenatan yang dirasainya berkurangan.
"You're look so tired sayang.." Komen Wulan sambil tangannya masih bekerja di lengan lelaki itu.
Raykal membuka matanya. Wajah isteri kesayangannya di pandang dengan hujung mata sahaja.
"Biasalah tu... dah namanya cari rezeki, mana pernah senang yang."
Wulan senyap tanda dia setuju dengan kata-kata suaminya.
"You mandilah dulu. Lepas tu boleh makan then baru you rehat." Usul Wulan. Lagi cepat Raykal bergerak, lagi cepat untuk dia berehat.
"Hmm.." Itu sahaja respond Raykal. Tanpa banyak soal, dia segera berlalu naik ke atas untuk membersihkan diri.
***
Perlahan-lahan pintu bilik mereka dikuak. Wulan mengambil keputusan untuk naik ke atas setalah lama dia menunggu kelibat suaminya itu turun. Namun hampa. Lelaki itu tetap tidak memunculkan diri untuk makan malam. Sudahnya Wulan naik berhasrat memanggil suaminya itu.
Matanya terpaku pada sekujur tubuh yang sedang terbaring lena di atas katil peraduan mereka. Dia menapak dengan berhati-hati ke arah lelaki itu agar tidak mengganggu lenanya.
Wulan mengeluh lemah. Semangat yang berkobar-kobar untuk menunjukkan masakan pertama hasil tangannya sendiri mati begitu sahaja. Suaminya itu sudah tertidur tanpa sempat menjamah sebarang makanan yang dimasaknya. Dia tahu suaminya itu tidak sengaja tetapi dia juga perempuan yang ada hati perasaan. Dia sedikit terkilan. Tapi tak apalah. Mungkin Raykal sudah terlalu penat. Dan dia sebagai isteri, kenalah faham akan perkara itu.
"Kalau pun you penat sangat, at least makanlah dulu. Tak kan you nak tidur dengan perut kosong macam ni?" Wulan berkata walaupun suaminya sedang enak tidur. Dia membebel macam begini pun Raykal bukannya dengar.
"I baru ingat nak makan dengan you. I nak you rasa masakan yang I buat untuk you. Tapi, mesti tak sedap. I pun bukannya pandai merasa. Lidah I ni tak sama dengan lidah chef macam you. You lagi arif bab rasa merasa makanan ni. Tapi rasanya... masakan I tadi macam sedap je tapi entah la... no comment!" Wulan tergelak sendiri. Tetapi tawanya tidaklah terlalu kuat. Dia tidak mahu lelaki itu terganggu. Biar dia meluahkan perasaan sendiri.
"Kesian pula I tengok sayang I. Nampak penat sangat." Wajah lena itu direnung lagi. Keluhan tipis terluah lagi. Janganlah cepat sangat sentapnya.
"Tak apalah Wulan. Bukan rezeki kau lagi hari ini. Yang penting kau dah usaha." Wulan memberi kata semangat untuk diri sendiri. Ibu jarinya yang terluka tadi dipandang sebelum sebaris senyuman tersungging di bibir itu. Inilah dia bukti usaha aku tadi. Sakit memang sakit tapi kira dah okey sikit. Tidak pula dia balut luka itu, risau jika disedari Raykal. Dia tidak mahu suaminya risaukan akan dirinya. Jari aje kut.
Selimut di tubuh Raykal dibetulkan sebelum sebuah kucupan dilabuhkan ke dahi lelaki itu.
"Selamat malam sayang." Ucapnya sebelum meninggalkan bilik itu buat sementara. Dia turun ke bawah semula untuk mengemas apa yang patut. Rasa lapar di perut hanya dibiarkan bila nafsu makannya juga turut mati bersama semangat itu tadi.
***
Raykal tersedar daripada lena. Matanya dikedip-kedipkan banyak kali. Jam berapa sekarang ini? Dia tertidur ke selepas mandi tadi? Macam mana boleh aku tak sedar pula? Rungut Raykal. Ini semua dek kerana kepenatan yang dirasainya.
Dia cuba bangun dan menghidupkan lampu meja. Serta-merta ruangan bilik itu sedikit terang akibat cahaya yang terpancar dari lampu tersebut.
Dialihkan pula wajahnya ke arah isterinya yang sedang lena tidur disebelahnya. Rambut wanita kesayangannya itu sedikit kusut, namun tetap kelihatan cantik pada pandangan matanya. Kata orang, nak tengok kecantikan sebenar perempuan, tengok wajahnya tika dia sedang tidur. Bagi Raykal, semuanya tipu semata-mata. Sedang lena atau bukan, Wulan tetap kelihatan cantik. Comot-comot pun cantik. Alahai... makin hari makin kuat pula rasa sayang aku pada dia.
Wajahnya cuba dirapatkan ke wajah Wulan. Sedikit demi sedikit sehingga bibir mereka bersentuhan. Wulan bergerak sedikit selepas itu. Mungkin terasa diganggu dengan sentuhan itu.
Pipi itu dielus lagi sebaik melihat Wulan kembali tenang. Rindunya dia pada isterinya ini hanya Tuhan yang tahu. Semalam pun tidak sempat dia berbual panjang dengan Wulan. Boleh pula dia tertidur awal.
Kriuk kriuk
Perut yang berkeroncong itu dipegang. Padanlah berbunyi, dia lupa isi semalam. Sebab penat sampaikan perut pun dia lupa untuk isi. Kalau macam tu mesti isterinya makan sendiri semalam. Alahai... terasa kejam pula Raykal berbuat begitu pada Wulan.
"Baik aku pergi makan sekarang. Harapnya ada lauk lebih." Ujar Raykal sendiri. Dia turun dari katil dengan berhati-hati supaya pergerakannya tidak menganggu lena isterinya.
Much love..
YOU ARE READING
My Mr. Chef ❤{Completed}
RomanceTekadnya hanya satu. Dia ingin mencari calon suami yang kaya raya untuk dijadikan teman hidup memandangkan dia seorang yang tidak suka bekerja tetapi ingin hidup dalam kemewahan. Tak kisahlah calon suami dia anak Tan Sri ke, anak Dato ke.. yang pent...