Bab 64

16.5K 552 3
                                    

"Cik Wulan dijumpai pengsan di dalam pejabat. Encik Zarif telah membawa cik Wulan ke hospital."

Tubuhnya keras. Tangannya menggeletar. Malah, lidahnya kelu apabila mendengar khabar yang baru saja dia dapat daripada pembantu peribadi Wulan. Isterinya telah dibawa ke hospital selepas sahaja dia meninggalkan Wulan untuk menghantar Elyana balik. Dia menyesal kerana meninggalkan isterinya bersendirian sedangkan sudah nyata di matanya yang Wulan sememangnya dalam keadaan yang tidak baik sebelum dia berlalu tadi.

Sebaik tiba di hospital, laju kakinya ke arah kaunter untuk bertanya bilik wad yang menempatkan isterinya. Setelah mendapat maklumat tersebut, langkah dilajukan dua kali ganda dari sebelum ini untuk mencari wad tersebut.

Dari kejauhan dia melihat Zarif sedang berbual dengan seorang doktor. Segera dia rapati lelaki itu sebaik saja ditinggalkan oleh doktor tersebut.

"Zarif!" Sapa Raykal. Nafasnya turun naik akibat berjalan terlalu laju agar cepat sampai ke bilik wad yang menempatkan Wulan.

Zarif menoleh. Terkejut dia dengan kemunculan Raykal. Di mana lelaki itu mendapat tahu tentang keadaan Wulan?

"Wulan mana? Dia tak apa-apa kan?" Soal Raykal, gelisah. Pandangan tajam daripada Zarif dibiarkan. Keadaan Wulan lebih penting untuk dia tahu daripada memikirkan tentang wajah tegang lelaki itu.

"Mana kau tahu Wulan ada di sini?"

"Salah ke untuk aku tahu keberadaan isteri aku?"

Zarif terdiam. Memang Raykal berhak untuk mengetahui keadaan Wulan ketika ini. Tetapi dia juga inginkan peluang untuk menjaga gadis itu tanpa gangguan daripada lelaki di hadapannya itu. Malangnya, peluang itu hilang tatkala wajah Raykal muncul di saat ini.

"Wulan ada kat dalam kan? Aku nak tengok dia." Ujar Raykal. Baru sahaja dia ingin membuka langkah, Zarif menahan tubuhnya. Dia bertentangan mata dengan lelaki itu.

"Aku perlu buat perhitungan dengan kau."

Dahi Raykal berkerut.

"Apa dia?" Soal Raykal, malas.

"Kau perlu ingat... sekali kau buat hati Wulan terluka, aku tak akan teragak-agak untuk merebut dia daripada kau!"

Raykal tersentap. Wajah serius Zarif direnung untuk mencari kebenaran pada bicaranya itu. Kelihatan lelaki itu serius dan bukan sekadar amaran yang biasa-biasa. Amaran itu berbaur petanda yang dia ada saingan lain. Saingan untuk mendapatkan Wulan walaupun gadis itu sudah sah menjadi isterinya.

"Jangan risau. Aku tak akan benarkan orang lain termasuklah aku untuk melukakan hati dan perasaan isteri kesayangan aku tu." Balas Raykal. Dia cuba berlagak tenang di depan Zarif.

"Boleh percaya ke cakap kau tu?"

Raykal ketawa yang sengaja di buat-buat. Meluat betullah dengan mamat seorang ni.

"Kau merepek apa ni? Dah la! Tepi sikit. Aku nak masuk tengok keadaan isteri aku." Malas Raykal mahu melayan Zarif. Tiada angin, tiada rebut, tiba-tiba dingin dengan dia.

"Sebab kau... Wulan jadi macam ni." Ujar Zarif dengan wajah yang tegang.

Raykal tersentak. Keinginannya untuk segera bertemu dengan si isteri terbantut dek kerana lelaki yang tiba-tiba meroyan ni.

"Maksud kau?"

Zarif tersenyum sinis. Wajah Raykal yang tampak direnung dengan pandangan yang cukup tajam setajam pisau.

"Tak kan kau tak faham lagi? Aku rasa la kan, kau memang tak layak jadi suami Wulan. Isteri seorang saja, kau tak reti nak jaga."

"Hei!" Jerit Raykal. Kolar baju Zarif dicengkam kuat sehingga tertarik Zarif merapatinya. Nafasnya tidak teratur tenang dek kerana amarah yang mula memarak. Zarif memang tak sayang mulut. Sesedap maggi kari saja dia berkata sedemikian.

My Mr. Chef ❤{Completed} Where stories live. Discover now