Sinopsis Hadirnya Mayfarda

21.9K 338 5
                                    

Hello..
@ainhusnira kembali dengan karya terbaru 'Hadirnya Mayfarda'. Cerita baru nak mula, dialu-alukan untuk baca sinopsis dulu. 💕💕

#muchlove




A woman heart is a deep ocean full of secrets.

Kata-kata yang merujuk kepada Mayfarda, gadis manis yang sememangnya cukup terkenal dengan sikap pendiam. Namun, disebalik sikap pendiamnya itu, tersimpan seribu perasaan yang payah untuk dia ungkapkan. Siapa sangka hidupnya menjadi kucar-kacir setelah bertemu dengan Ryan Rizky, si lelaki yang dianggap sebagai punca hatinya tidak tenteram.

"Kalau saya boleh menyusun abjad, saya nak letak U dekat dengan I."

Mayfarda keliru. Mula-mula memanglah semua ayat sweet si Ryan Rizky dianggap sebagai ayat poyo saja. Tetapi dia juga perempuan biasa yang mudah tersentuh dengan kata-kata manis semanis gula daripada lelaki itu. Dan tanpa dijangka mahupun disangka, akhirnya dia terjatuh. Terjatuh cinta dengan lelaki yang bernama Ryan Rizky, si arkitek sengal!

Orang kata kita hanya jatuh cinta sekali saja. Tapi setiap kali dia mendengar suara gadis bernama Mayfarda, dia jatuh cinta sekali lagi!.

"Mei... perasaan saya pada awak bukanlah sekadar persahabatan semata-mata. Perasaan saya pada awak adalah cinta yang tulus. Saya cintakan awak Mayfarda."

Pelbagai cara yang Ryan Rizky gunakan untuk memikat hati Mayfarda. Namun, acap kali juga dia ditolak oleh gadis itu. Jujur dia katakan... dia inginkan Mayfarda menjadi sebahagian daripada hidupnya.

Mengenali gadis itu umpama telah mengubah kehidupannya. Ketika dia rasa berputus asa, Mei ada di samping dia untuk memberi kata semangat. Ketika dia bersedih, Mei ada mendengar luahan perasaannya. Ketika dia gembira, Mei juga ada turut bergembira bersama dia. Pokoknya, di mana ada Ryan, di situ la ada Mei.

"Dear future husband, I'll be good wife after nikah as long you promise for help and accompany me getting me to Jannah."

Di saat dia menghampiri kebahagiaan, dia didatangi pula dengan dugaan. Sebelah akalnya mahukan dia pentingkan diri sendiri. Tetapi, sebelahnya lagi inginkan dia berbuat sesuatu untuk membahagiakan orang yang disayangi.

Bagi Mayfarda.... Cinta hadir kerana perkenalan, bersemi kerana perhatian dan bertahan kerana kesetiaan. Namun, akan terkubur kerana pengorbanan.

My Mr. Chef ❤{Completed} Where stories live. Discover now