Bab 52

22.6K 763 11
                                    

Wulan merehatkan dirinya di sofa setelah lama berdiri melayan para tetamu yang hadir. Dia tidak menyangka begitu ramai tetamu yang hadir di majlis belah Raykal. Sanak saudara Raykal pun nyata lebih ramai daripada dia. Nasib baik semuanya ramah melayan dia. Dia pun tidaklah terlalu kekok berbual dengan mereka.

"Hai cik bulan saya..." Raykal duduk di sebelahnya. Entah dari mana datangnya lelaki itu. Pandai aje tinggalkan aku berseorangan di sini.

"Hai.." Balas Wulan malas.

"Kenapa ni? Penat ke? Atau rindukan saya?"

"Hesy!" Wulan memukul tangan Raykal yang ingin menyentuh bibirnya. Gila apa laki aku ni? Buat benda tak senonoh di tempat terdedah macam ni. Tahu la kita dah khawin tapi hati-hatilah sikit.

"Orang tengok la..." Keras amaran Wulan berikan. Sekali dengan jelingan tajam. Raykal tidak pula mengambil hati sebaliknya tersengih mendengar bebelan isterinya. Satu hari tidak bertemu dengan Wulan, hampir membuatkan dia gila. Siapa yang tak gila wei bila kau terpaksa berjauhan dengan isteri yang baru aje kau nikahi. Nasib iman aku ni masih banyak. Kalau tak, dah lama agaknya aku ajak Wulan tidur hotel. Ada privasi sikit. Ceh!

"I miss you. Miss me?" Soal Raykal menggoda. Matanya tajam menikam anak mata isterinya. Bila bersama Wulan, Raykal seakan tidak sedar dia berada di mana. Dia rasakan hanya dia dan Wulan sahaja ketika ini.

"Miss you too sayang. Tapi, boleh tak awak jangan pandang saya macam tu? Malulah orang tengok. Serupa kita dah lama tak jumpa." Tegur Wulan pada suaminya.

"Sehari dua malam itu lama bagi saya." Raykal tidak mengalah. Tidak dipedulikan sama sekali pandangan sanak saudaranya yang sedang memerhatikan mereka. Fokusnya hanya pada Wulan. Dia rindukan isterinya itu.

"Apa-apa ajelah. Awak dari mana sebenarnya?" Soal Wulan. Sengaja dia menukar topik perbualan mereka. Raykal ni makin dilayan makin menggatal. Sabar ajelah aku.

"Makan." Sepatah Raykal menjawab.

"Awak tak ajak saya pun. Saya pun lapar jugak." Rajuk Wulan dengan mimik wajah yang sedih. Hailah suami aku, dah lupa ke awak dah ada saya sekarang ni? Tahu selamatkan diri dan tinggalkan aku berseorang di sini melayan tetamu.

"Laa... awak lapar ke? Ingatkan dah kenyang tengok saya." Usik Raykal lagi. Serius, dia suka mengusik Wulan. Comel saja rasanya melihat isterinya itu monyok.

Wulan menggigit bawah bibirnya. Tak dapat gigit Raykal, dapat gigit bibir pun bolehlah. Ini geram tahap gaban dah ni.

"Tengok muka awak lagilah buat saya lapar."

"Serius? Nak saya dukung ke bilik tak?"

"Hah?" Wulan terkejut. Dukung ke bilik buat apa?

Raykal tergelak juga akhirnya. Dah tak tahan ni.

"Dah kenapa awak nak bawa saya ke bilik pula?"

"Kata lapar tadi. Saya nak kenyangkan awaklah."

"You!!" Tanpa melengahkan masa, lengan kiri Raykal dicubit kuat. Lelaki itu mengerang kesakitan. Boleh tahan kuat juga Wulan ni mencubit. Boleh lebam lengan aku.

"Angah, Wulan.. apa tak kena dengan kamu dua ni?" Umi tiba-tiba muncul. Dengan wajah yang masih kemerahan, Wulan menoleh ke arah umi. Riak wajah sedih dipamerkan.

"Abang buli Wulan umi..." Adu Wulan.

"Angah ni kan. Dah kenapa buli isteri pulak ni? Tak patut betullah." Marah umi pada Raykal. Pipi menantu kesayangannya itu diusap lembut. Takdir yang Allah tentukan sangat indah. Keinginannya untuk bermenantukan Wulan akhirnya termakbul juga. Dia tidak menyangka yang selama ini anak lelakinya bercinta dengan Wulan.

My Mr. Chef ❤{Completed} Where stories live. Discover now