Wulan kaku. Lidahnya keluh untuk membalas teguran daripada lelaki yang berdiri di hadapannya saat ini. Dia sangat terkejut dengan pertemuan yang memang tidak disangka-sangkakan ini. Baginya ini adalah satu kejutan yang besar bila mengetahui bahawa Raihan, abang iparnya merupakan timbalan pengarah syarikat Shah Group. Eh, kejap! Shah Group? Kalau tak silap nama Shah memang ada pada setiap nama Raykal dan adik beradik yang lain. Raykal Hazizi Shah. Hesy! Kurang asam jawa punya suami. Perkara besar macam ni pun dia tak beritahu aku. Tengok apa jadi sekarang? Bukan main terkejut lagi dia bertemu dengan Raihan hari ini.
"Wulan, okay tak ni?" Raihan menyoal lagi bila sapaannya tadi tidak berbalas. Termenung pula adik iparnya itu.
"Encik kenal dengan Wulan ke?" Zarif tiba-tiba menyoal. Muka Wulan yang sedikit pucat dikerling sebelum beralih pada Raihan. Raihan merupakan wakil daripada Shah Group ini sendiri. Belum pun dia kenalkan Wulan, lelaki itu sudah terlebih dahulu menyapa gadis itu.
"Kenallah. Dia adik ipar saya."
Zarif terlongo. Dia terkelu untuk berkata-kata. Jadi dia ni abang ipar Wulan? Dia tak tahu pun. Wulan pun tidak memberitahunya sebelum ke sini tadi.
"Maaf along. Wulan tak tahu pula along kerja kat sini." Ujar Wulan serba-salah. Zarif pula sudah menghantar pandangan untuk meminta penjelasan padanya. Dia sendiri mana tahu tentang semua ini.
"Wulan tak tahu?" Raihan kelihatan terkejut. Wulan yang tidak tahu menahu langsung hanya mengangguk mengiyakan saja.
"Tentang syarikat ni pun Wulan tak tahu langsung?" Sekali lagi dia disoal. Wulan menggeleng kepala. Dia mula terpinga-pinga. Serius, dia betul-betul rasa keluarga suaminya ada kaitan dengan syarikat ini.
"Angah tak beritahu Wulan lagi ke? Aish, angah ni kan. Nak kena ni."
Wulan tersenyum kelat. Pedih pula dia rasakan bila Raykal menyembunyikan sesuatu perkara daripada dia. Katanya mereka kena berkongsi segala rahsia. Akan tetapi, terbukti hari ini dia juga yang berahsia daripada aku. Tunggulah kat rumah nanti.
***
Mata Wulan melilau mencari bilik pejabat lelaki itu. Berkepul-kepul rasa geram yang dia ada sekarang ini. Raykal menipu dia! Selama ini Raykal bukan hanya seorang chef, tetapi dia juga salah satu pemegang jawatan besar di syarikat ini. Shah Gorup adalah syarikat yang ditubuhkan oleh ayah mertuanya. Dan Raykal tidak pernah mendedahkan perkara ini padanya walaupun dia sudah menjadi sebahagian daripada keluarga itu.
"Siaplah dia nanti!" Wulan berkata dengan geram. Dia mahu menemui Raykal setelah Raihan memberitahunya bahawa suaminya itu berada di sini. Pandai aje mengelak pagi tadi kan? Eee... geramnya ya ampun.
Langkah Wulan terhenti dengan mendadak. Matanya terpaku melihat seorang lelaki yang sedang berbual mesra dengan seorang perempuan. Cantik perempuan itu. Dan yang tak tahannnya bila melihat suaminya menghadiahkan senyuman manis pada perempuan tersebut. Huwaa.. apa ni chef? You pakat nak curang ke? Sabar Wulan sabar. Jangan betindak untuk menuduh melulu.
Wulan beristighfar dalam hati. Dia hanya menjadi pemerhati sehinggalah kelibat perempuan itu berlalu meninggalkan Raykal.
"Sayang!" Panggil Wulan sedikit kuat.
Raykal yang baru berhajat ingin masuk ke bilik pejabat, terus menoleh ke belakang. Dia terkedu melihat sekujur tubuh wanita yang sangat dikenalinya itu mula mengorak langkah mendekatinya. Dia menjadi kalut tiba-tiba. Macam mana Wulan tahu dia berada di sini? Alamak! Aku lupa beritahu along supaya sembunyikan identiti aku dulu. Aduh, mampus kau Raykal!
"Wulan... macam mana awak boleh ada kat sini?" Soal Raykal dalam debarannya. Sungguh dia cuak melihat air muka isterinya yang tegang. Tak lain tak bukan mesti dia tengah marah.
YOU ARE READING
My Mr. Chef ❤{Completed}
RomanceTekadnya hanya satu. Dia ingin mencari calon suami yang kaya raya untuk dijadikan teman hidup memandangkan dia seorang yang tidak suka bekerja tetapi ingin hidup dalam kemewahan. Tak kisahlah calon suami dia anak Tan Sri ke, anak Dato ke.. yang pent...