Bab 3

24.2K 1K 53
                                    

Mata Wulan melilau ke segenap penjuru restoran untuk melihat kelibat si buah hati. Selalunya si buah hati akan keluar untuk menghantar pesanan pelanggan. Memang rules and regulation restoran ini. Makanan yang dipesan akan dihantar oleh chef yang memasak makanan itu sendiri.

Lagi menggembirakan hati perempuan Wulan, pasta kegemarannya disediakan oleh chef si buah hati. Buktinya, dua hari lepas, si buah hati yang menghantar pesanannya. Gembiranya hati yang Tuhan saja yang tahu.

Beruntung badan. Pantas saja dia begitu menyukai Big Beef Pasta kerana hatinya juga terpaut sama kepada si pembuat pasta.

Meja Wulan di datangi dengan seorang pelayan perempuan. Dia membuat pesanan yang sama agar berpeluang untuk berjumpa dengan si buah hati.

Selepas pelayan itu berlalu, telefon bimbit Wulan berdering menandakan ada panggilan masuk.

Kening Wulan dijongketkan. "Mama?"

Dia pelik. Bukankah sekarang waktu bekerja? Mesti mama sibuk. Tapi dah kenapa mamanya tiba-tiba menghubungi dia?

"Hello ma."

"Assalamualaikum.."

Wulan tersengih. Terkena lagi oleh mama. Dah terbiasa nak berhello-hello.

"Waalaikumussalam mamaku sayang."

"Wulan di mana ni?" Soal si mama di corong telefon.

"Restoran. Wulan tengah lunch."

"Lunch? Masih awal lagi Wulan. Baru pukul sepuluh. Lunch kebendanya tu?" Puan Hazira tergelak.

Gelak pulak? Sabar sajalah dengan mama ni.

"Mama ni.. Wulan dah lapar. Tu yang nak lunch sekarang." Wulan memuncung.

Lapar ingin melihat wajah kacak si buah hati...

"Iyalah. Makan sampai kenyang ya sayang. Mama tengok Wulan dah makin kurus." Komen si mama.

Wulan sedikit terkejut. Tubuh badannya ditilik sebentar.

"Wulan dah makin kurus ke mama?" Panik dia bertanya. Wei.. takkan orang kurus inginkan badan yang makin mengurus lagi? Tak nak!

Puan Hazira gelak lagi. Saja nak kenakan si anak.

"Tak kurus mana pun. Mama gurau aje tu."

"Mama ni.." Berderet suara Wulan. Dia memang manja dengan mama dan papanya. Jadi, jangan nak di hairankan sangat.

"Mama buat apa tu?" soal Wulan. Dia bermain dengan rambut panjang separas bahunya itu.

"Mama kat pejabat. Sementara tak ada pesakit datang, mama call anak mama ni." Balas Puan Hazira.

Wulan mengangguk perlahan. Mamanya sentiasa sibuk dengan kerjayanya sebagai seorang doktor. Tambahan lagi, mama sudah membuka klinik sendiri.

"Okeylah sayang. Mama nak sambung kerja lagi. Wulan jangan balik lewat sangat. Jangan nak merayap pi mana-mana lagi."

Wulan tersengih sendiri. Nasihat mama yang acap kali masuk ke telinga kanan Wulan.

"Okey mama. Selamat bekerja. Love you."

"Love you too. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

Wulan mematikan panggilan itu.

Mama.. kita balik rumah lepas jumpa buah hati ya..

Tidak menunggu lama, orang yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba juga membawa pesanan Wulan. Bersinar-sinar mata Wulan apabila si dia semakin mendekat ke mejanya. Rambut panjangnya diluruskan agar kelihatan lebih tersusun.

My Mr. Chef ❤{Completed} Where stories live. Discover now