"Alamak...!"
Nada suara Taufik yang sedikit tinggi mengundang perhatian yang berada di dapur ketika itu. Dia menutup semula peti sejuk yang dibuka tadi.
"Kenapa?" Soal Raykal.
Taufik memandang ke arah Raykal. Dia tersengih sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Habislah..!
"Kal... barang basah dah habis."
"Lah, kau tak check awal ke?"
"Dah. Cuma aku lupa nak beli pagi tadi."
Taufik mengetap bibir. Risau Raykal akan memarahinya atas kekhilafannya yang terlupa untuk membeli barang basah.
"Hmm... nak buat macam mana? Langsung tak ada stock ke?"
"Ada lagi tapi tak banyak."
Air muka Raykal tenang. Tiada tanda-tanda yang dia akan marah. Fuh..! Taufik menarik nafas lega.
"Habis, siapa yang nak pergi beli?"
"Aku banyak order la Kal..." Balas Taufik.
Raykal bercekak pinggang sambil merenung wajah Taufik. Taufik mula cuak.
"Tak apalah kalau macam tu. Biar aku pergi beli saja. Lagipun, aku tak boleh nak masak selagi tiada bahan basah tu." Ujar Raykal tenang.
"Kau pergi sendiri?"
"Yalah. Aku beli sikit aje. Esok pagi kau pergi beli lagilah. Beli banyak-banyak."
"Ala Kal... beli sekalilah."
Raykal menjegilkan matanya.
"Banyak kacak muka kau? Itu tugas kau okey. Nasib baik aku baik hati tolong kau hari ini."
"Aku malaslah nak ke pasar. Kau beli sekalilah." Pujuk Taufik lagi.
"Tak nak. Mana aku larat nak bawa barang tu semua ke sana sini. Aku pergi seorang bro..!"
Taufik terdiam. Kemudian dia tersenyum. Idea tiba-tiba menjelma ke kotak fikirannya.
"Kau bawa temanlah untuk beli semua stock kita. Tak juga aku penat esok."
Raykal mengerutkan dahinya.
"Teman? Siapa?"
"Wulan..."
Sebaris nama yang mampu mendebarkan dada Raykal. Membulat matanya merenung Taufik. Biar betul mamat ni benarkan girlfriend dia pergi sekali dengan aku?
"Kau okey kan kalau Wulan gantikan tempat aku untuk beli barang-barang tu semua?"
Raykal melorek senyuman. Tiba-tiba berdebar..!
"Okay je. Tapi dia tu perempuan. Larat ke bawa nanti?"
"Kau risaukan Wulan?"
Dush.!!
Soalan membunuh versi Taufik. Soalan tak boleh blah!
"Mengarut ajelah kau ni..!"
Taufik tergelak kecil.
"Boleh la kan dia gantikan tempat aku?" Soal Taufik lagi.
"Hmm..."
"Kejap ya..."
Mata Taufik melilau mencari gerangan Wulan. Bila melihat Wulan yang baru memasuki dapur, segera dipanggil nama gadis itu.
"Wulan..!"
Wulan menoleh. Kelihatan Taufik sedang tersenyum memandangnya sambil menghantar isyarat meminta dia ke sana.
Err.. Wulan sedikit teragak-agak untuk ke sana. Apa tidaknya, Raykal turut berada di sisi Taufik. Apa lagi dengan mereka dua ini?
"Ada apa?" Soal Wulan sebaik sahaja dia berdiri di hadapan Taufik.
"Boleh tolong?"
"Boleh.. awak nak saya buat apa?"
"Temankan Raykal beli barang basah kat pasar."
"Hah?"
Terkebil-kebil Wulan merenung Taufik.
"Stock barang basah kita dah habis. Saya lupa beli pagi tadi. Awak tolong saya erk?"
Wulan menghela nafas berat. Kecil besar kecil besar saja dia pandang Taufik tika ini. Sudah lupakah lelaki itu pada rancangan mereka?
"Masa berjalan dengan cepat dan aku pun kena cepat ni."
Raykal bersuara. Wulan menjeling sekilas ke arah Raykal yang sedang berpeluk tubuh.
"Tak ada orang lain ke?" Soal Wulan pada Taufik.
"Awak aje harapan saya Wulan.. please.." Taufik merayu sambil membuat mimik muka kesian.
Serba-salah jadinya Wulan. Mahu tak mahu, dia kena turutkan juga arahan Taufik. Keluar bersama Raykal untuk membeli barang basah ke pasar. Macam seronok saja bunyinya? Ah, sudah! Kau kena ingat Wulan, dia dah sakitkan hati kau. Jangan buat baik dengan dia.
"Nak buat macam mana lagi? Terpaksalah.."
"Thanks Wulan. Ini yang buat aku makin sayang dekat kau ni." Ujar Taufik selamba.
"Ehem..!" Raykal berdeham.
Taufik tersengih memandang Raykal. Cemburulah tu..!
"Bila boleh gerak ni?" Soal Raykal sambil mlihat jam di pergelangan tangannya.
"Sekaranglah. Wulan dah setuju nak temankan kau."
Raykal mengangguk perlahan. Wajah cemberut Wulan dipandang sekilas sebelum bibirnya menguntum senyuman nipis.
"Jomlah. Gerak dulu bro..!"
Bahu Taufik ditepuk perlahan sebelum melangkah keluar.
"Hati-hati bro..!" pesan Taufik.
Wulan yang masih kaku berdiri dipandang hairan.
"Wulan.. dia dah jalan tu." Tegurnya.
Wulan mencebik. Wajah Taufik dipandang tajam.
"Awak ni merumitkan keadaanlah. Bukan tambah jauh tapi awak tambah dekatkan saya dengan dia. Benci tau..!"
Taufik ketawa.
"Okeylah tu. Boleh date sekali."
"Date kepala otak kau!"
Dan.. Taufik ketawa lagi. Wulan ni.. comel sangat kalau marah. Nasib baik orang punya dah...
"Dah la tu.. pergilah sana. Kesian Raykal tunggu awak."
"Jahat tau awak ni. Tapi... ini pun kita boleh jadikan sebahagian dari rancangan kita kan?"
Wulan jongket kening. Senyuman nakal terhias di bibir merahnya.
"Rasanya boleh. All the best Wulan. Chaiyok chaiyok!"
Taufik memberi kata semangat.
Wulan... aku harap rancangan kau gagal. biar kau menjadi milikku saja. Bukan lelaki lain, bukan juga Raykal.
Much love..
YOU ARE READING
My Mr. Chef ❤{Completed}
RomanceTekadnya hanya satu. Dia ingin mencari calon suami yang kaya raya untuk dijadikan teman hidup memandangkan dia seorang yang tidak suka bekerja tetapi ingin hidup dalam kemewahan. Tak kisahlah calon suami dia anak Tan Sri ke, anak Dato ke.. yang pent...