Wulan duduk termenung di beranda biliknya. Bintang-bintang yang bertaburan di langit menjadi santapan matanya di larut malam.
Dia mengeluh perlahan. Sejak akhir-akhir ini hatinya tidak berapa tenang. Sering sahaja dihantui dengan bayangan chef itu. Entah apa nama dia. Sampai sekarang Wulan masih tidak mengetahuinya.
"Mengapa mesti aku terjatuh cinta dengan dia? Dia sombong. Mulut jahat. Lepas tu dia tak suka aku." Wulan bercakap sendiri. Meluahkan rasa hatinya.
Kedua belah tangannya dilekapkan ke dada. Perlahan-lahan dia memejam mata. Senaman jiwa yang sering kali dia lakukan tika dirinya dilanda kerunsingan terhadap sesuatu perkara.
Kelopak matanya dibuka setelah beberapa minit dia pejamkan. Senyuman tenang terukir di bibirnya.
"Jangan pernah mengalah Wulan! Sikit hari saja lagi chef pasti sukakan kau. Yakin dan teruskan usaha untuk mendekati dia.!" Wulan menanamkan semangat yang teguh.
Dia pasti dia boleh!
***
"Chef.. ada orang nak jumpa dengan chef." Ujar salah seorang pelayan restoran.
"Siapa?" Soal Raykal.
"Awek cantik chef. Katanya ada hal penting yang nak dibincangkan dengan chef."
"Amboi Kal... diam-diam dah jumpa pengganti rupanya." Usik Taufik yang berdiri bersebelahan Raykal.
"Pengganti bapak kau! Aku keluar kejap."
"Okay bos!" Taufik menaikkan ibu jarinya sambil mata menghantar langkah Raykal yang diatur keluar.
***
Dahi Raykal berkerut seribu. Dari bawah sampai ke atas dia renung pemakaian si gadis yang berdiri membelakanginya.
Siapa pula gerangan gadis yang ingin menemuinya? Tengok dari segi pemakaian, pasti gadis ini bukan calang-calang orang. Susuk tubuh dari belakang sahaja sudah cantik. Inikan lagi yang hadapan. Mesti cantik! Puji Raykal dalam hati.
"Cik ke yang nak jumpa dengan saya?" Tegur Raykal terus. Tidak sabar dia ingin menatap wajah gadis itu.
Gadis itu segera menoleh.
Raykal terkesima. Terkelu dia melihat wajah di hadapannya sekarang.
"Hai sayang..." Ucap Wulan dengan riang. Dia merapatkan dirinya kepada Raykal yang masih kaku merenungnya.
"Siapa sayang kau hah?" Soal Raykal kasar. Menyesal puji dia tadi. Kalau aku tahu perempuan gedik ini yang datang jumpa, harap kau nak tengok aku keluar jumpa.
"You la sayang I.." Balas Wulan bersahaja. Langsung tidak terkesan dengan kekasaran lelaki itu.
"Kau buat apa datang sini?" Raykal bertanya lagi sambil menunjukkan muka bengisnya.
"I datang sebab nak jumpa dengan chef Raykal."
Wulan tersenyum.
Akhirnya.. dapat juga dia ketahui nama si buah hati. Tidak sia-sia dia menyuruh pelayan tadi memanggil Raykal. Pelayan itu jugalah yang memberitahu nama lelaki ini. Harapkan Raykal yang beritahu, memang mimpilah kalau jadi kenyataan. Agaknya tunggu bulan jatuh baru dia beritahu namanya.
"Mana kau tahu nama aku?"
"I agak aje. So, memang betullah nama you Raykal?"
Keningnya sengaja dijongket-jongket untuk mengusik Raykal. Masam gila muka dia. Nasib baik muka aku manis. Boleh kurangkan kemasaman muka dia. Chemistry antara kita memang sangat kuat sayang..
"Tipulah. Kau ingat aku percaya kau main teka saja? Kau skodeng aku kan?" Teka Raykal sinis.
"I tak skodeng you la sayang. Salah ke I tahu nama you?"
"Memang salah sebab kau tu perempuan gila!"
"I gila sebab you..!"
"Hah?"
"I cintakan you.." Akui Wulan dengan jujur. Muka tenang ditayang ke arah lelaki itu.
Biar Raykal yakin yang dia serius dalam meluahkan perasaan ini. Dia betul-betul cintakan Raykal. Panahan cinta pandang pertama.
Raykal meraup wajahnya. Kesabaran yang banyak cuba untuk dikumpulkan dalam menghadapi spesis manusia seperti gadis di hadapannya ini.
"Serius aku cakap.. kau memang gila..! apa kes tiba-tiba kau jatuh cinta dengan aku pulak?" Tempelak Raykal berang.
"Okey I mengaku. I terkena panahan cinta pandang pertama dengan you."
Wulan masih lagi dengan lagak tenangnya. Raykal yang memanas sendiri.
Raykal ketawa kuat. Dari planet mana datangnya gadis ini?
"Stressnya jumpa dengan orang gila macam kau..! baliklah sana." Halau Raykal dengan nada suara yang sudah tinggi seoktaf. Lama-lama dia yang terkena angin gila.
"Eh, you nak pergi mana? I belum habis berbual dengan you lagi."
Wulan mula panik apabila Raykal mula menghayunkan langkah meninggalkannya.
Dia berlari mengejar lelaki itu. Kasut tinggi yang dipakai melambatkan lariannya. Sakit kaki yang dirasainya tidak dihiraukan langsung. Fokusnya hanya untuk mengejar Raykal!
"Sayang.. tunggulah.."
Dalam terkial-kial dia mengejar lelaki itu, akhirnya dapat juga dia tangkap lengan Raykal. Langkah lelaki itu serta merta mati.
"Lepaslah perempuan..!"
Raykal menarik lengannya kasar. Tidak lama kemudian, terjadi adegan tarik menarik antara mereka berdua.
"Eee.. rimaslah..!" Dengan sekuat tenaga Raykal melepaskan lengannya daripada dipeluk oleh gadis itu.
"Auchh..!"
Malang tidak berbau. Wulan terjatuh selepas cubaan Raykal untuk melepaskan diri.
Raykal terpaku. Matanya dialihkan pada tangan Wulan yang sedang memegang betisnya. Kelihatan betis gadis itu luka dan berdarah.
Raykal diserang rasa panik. Apa yang dia cuba lakukan ini? Dia sudah mencederakan anak dara orang..
Dia mendekati Wulan yang tertunduk menahan sakit. "Kau okey tak ni?"
Wulan mendongak. Terkedu Raykal melihat air mata yang mengalir di pipi gebu gadis itu.
"Sakit.." Rengek Wulan dengan esak tangisnya.
"Kal, ada apa ni?"
Tiba-tiba Taufik muncul daripada pintu belakang dapur. Terkejut dia melihat gadis yang terduduk dengan luka di betis gadis itu. Matanya silih berganti memandang ke arah Raykal dan gadis yang masih misteri baginya itu.
"Aku bawak dia ke klinik kejap. Kau tolong jaga restoran..!" Arah Raykal pada Taufik.
Tubuh kecil Wulan segera dicempung dan di bawa ke dalam kereta miliknya. Nasib baik dia letak kereta berdekatan dengan kawasan luar dapur restoran mereka.
Taufik terangguk-angguk sambil mata memandang ke arah Raykal sehingga kelibat kereta lelaki itu menghilang.
Dia mula tertanya-tanya gerangan gadis bersama Raykal tadi.
"Lawa gila awek tadi." Komennya walaupun hanya sepintas lalu dia memandang wajah gadis itu.
Much love..
YOU ARE READING
My Mr. Chef ❤{Completed}
RomanceTekadnya hanya satu. Dia ingin mencari calon suami yang kaya raya untuk dijadikan teman hidup memandangkan dia seorang yang tidak suka bekerja tetapi ingin hidup dalam kemewahan. Tak kisahlah calon suami dia anak Tan Sri ke, anak Dato ke.. yang pent...