Bab 57

19.5K 651 19
                                    


Wulan membelek tubuhnya di hadapan cermin. Tudung yang dipadankan dengan pakaian korporat itu dibetulkan sebelum mencalitkan gincu di bibir. Setelah memastikan dirinya kemas dan bergaya, Wulan segera turun ke bawah untuk bersarapan.

"Wow!" Ujar Wulan spontan tatkala melihat hidangan untuk sarapan pagi di atas meja yang disediakan oleh chef Raykal, suaminya sendiri. Rambang matanya melihat hidangan tersebut. Sungguh la ianya dapat mengecurkan air liur kerana semuanya nampak sedap.

"Morning..." Sapa Raykal sambil tersenyum manis ke arah isterinya.

Terkedu Wulan melihat penampilan suaminya ketika ini. Raykal muncul bersama apron di badan. Di mata bundar miliknya, suaminya itu kelihatan sangat bergaya. So handsome, so hot and so sexy. Ya Tuhan... kuatkan iman aku di pagi hari ini. Aku dah nak pi kerja ni. Sempat pula dia berdoa dalam hati sebelum bibir membalas senyuman suaminya.

"Morning sayang." Balas Wulan seraya mendekati Raykal dan mencium kedua belah pipi lelaki itu.

"Kenapa pandang saya macam tu?" Soal Raykal. Dia pelik melihat isterinya memandang dirinya tanpa berkedip. Bila bibir itu dijuihkan ke badannya, dia tersenyum. Fahamlah dia mengapa Wulan meniliknya sedemikian rupa.

"Lupa pula nak tanggal. So sorry sayang." Raykal segera menanggalkan apron dari badannya. Dia takut Wulan tidak selesa jika dia memakai apron tersebut. Mungkin saja dia kelihatan hodoh jika memakai apron di badannya.

"Alaa... kenapa tanggal?"

Erk? Raykal terkesima. Mulutnya sedikit terlopong.

"Saya nak temankan awak sarapan. Tak kan awak nak saya pakai apron tu juga?" Duga Raykal. Melihat anggukkan daripada isterinya, Raykal jadi semakin pelik.

"You nampak hot sangat bila apron macam tadi. I suka!" Puji Wulan, berterus terang. Siap kenyit mata lagi.

Terkejut Raykal mendengar pujian Wulan. Hot? Pakai apron pun dia kata aku hot? Mata ke apa tu wahai isteriku? Aku ingatkan dia nampak aku hodoh bila pakai benda alah ni. Rupanya aku nampak hot. Cayalah Raykal!

"Merepek ajelah awak ni. Jom makan." Ajak Raykal lalu menarik kerusi untuk Wulan. Isterinya itu terus duduk sambil mata masih memerhatikan dia. Apron tadi dah hilang daripada badan lelaki itu. Cubalah dia pakai lagi. Aduhai...

"Dah! Jangan pandang-pandang. Makan dulu." Raykal terpaksa mengeluarkan arahan apabila mata gadis itu ralit merenung dirinya. Rasa berbahang wajah bila menjadi tatapan terus di mata isterinya.

Wulan sengih malu. Sarapan yang terhidang di depan dipandang dengan wajah yang bahagia. Untungnya dapat suami chef ni. Turun dapur, dah terhidang sarapan depan mata. Namun begitu, Wulan tetap didatangi dengan perasaan yang lain. Sedih bila melihat suaminya melalui saat seperti ini. Bukankah semuanya ini adalah tugas seorang isteri? Dah kenapa suami aku pula yang kena buat? Apa sumbangan kau untuk dia Wulan? Wake up please! Mulalah hatinya memarahi diri sendiri.

"Kenapa?"

"Sayang... you tak penat ke nak masak ni semua?" Wulan mula rasa serba salah. Bila difikirkan balik, di kala dia sibuk bersiap tadi, Raykal pula berperang di dapur untuk memasak. Sungguh tak tahu dek hutang Wulan Raihana ni!

"Saya tak penat la. Benda kecik aje ni yang. Lebih dari ini pun saya boleh buatkan untuk awak."

"Lain kali you tak payah la nak sediakan sarapan macam ni. I kan isteri you. I boleh buat untuk you."

"Satu perkara yang saya nak awak ingat betul-betul." Riak wajah Raykal tiba-tiba bertukar serius. Kecut perut Wulan melihatnya. Husband, I ada salah cakap ke?

My Mr. Chef ❤{Completed} Where stories live. Discover now