Bab 30

21.1K 844 43
                                    

"Next, kupas kulit bawang dan hiris."

Riak wajah Wulan berubah masam sebaik saja mendengar perkataan bawang. Alergi sungguh dia dengan bawang selepas kejadian lepas. Tak patut betul. Adakah patut disebabkan pedih mata saja dia boikot nak pegang bawang?

Patut tak patut Wulan tak kisah. Yang penting sekarang, dia kena fikir macam mana nak elak daripada di arah mengupas kulit bawang oleh si chef ini.

"Ala chef... saya tak nak kupas kulit bawang ni. Hiris lagilah double tak nak. Awak suruh ajelah hiris benda lain."

"Benda lain apa kebendanya pula? Semuanya dah kau hiris tadi. Tinggal bawang saja kau tak buat. Ingat sikit erk, bawang ni perkara asas dalam masakan. Kau kena reti nak hiris bawang dan of course kena kupas kulitnya dulu."

"Jangankan kupas dan hiris, pegang bawang pun saya tak nak." Bantah Wulan.

"Habis kalau kau nak memasak, sebiji bawang bersama kulitnya ni kau masukkan dalam kuali? Begitu?" Tempelak Raykal geram. Sabar sajalah dia melayan karenah Wulan ni.

Wulan mengetap bawah bibirnya. Terfikir juga dia dengan kata-kata Raykal tadi. Sampai bila dia nak boikot bawang? Kalau terus boikot, tak adanya dia boleh memasak untuk suaminya nanti. Dah la bakal suami dia tu nak isteri juga yang memasak.

Amboi, sampai ke bulan sudah angan-angan Wulan. Dia termalu sendiri sambil memandang ke arah Raykal, bakal suaminya. Hahaha...

"Apa?" Raykal angkat kening apabila Wulan memandangnya.

"Kalau saya tak belajar bab ini boleh tak?"

"Tak boleh. Kau kena lulus semua ini baru aku boleh ajar kau memasak."

"Fine, saya tak nak belajar memasak."

Raykal terpempan. Terkulat-kulat dia memandang wajah kelat Wulan. Hesy, benar-benar menguji kesabarannya.

"Kenapa tiba-tiba?"

"Awak paksa saya buat benda yang saya tak suka."

"Ya Allah Wulan... hiris bawang aje pun. Bukannya aku suruh kau buat benda tak elok. Kau ni kan.. Senang ajelah kerja aku suruh tu." Raykal mula mengomel perangai tak matang Wulan itu.

"Bagi awak senanglah... tapi bagi saya tak."

Wulan berpeluk tubuh. Dia masih keras hati untuk mengikuti arahan Raykal.

"Peliklah kau ni. Takut sangat dengan bawang tu dah kenapa?" Soal Raykal pelik. Nada suaranya juga semakin mengendur. Dia sedar, perangai Wulan ni boleh dijinakkan secara lembut. Tidak perlu memaksa dan berkasar.

"Saya tak takut bawang. Kan saya pernah kata yang bawang ni memedihkan mata saya. Pedih sangat tau tak?"

"Standard la tu... Itu sebab kau tak biasa lagi. Bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa. Bila kau dah selalu buat, lama-lama mata kau akan berkawan baik dengan bawang. Sure, mata kau tu tak akan pedih lagi. Percaya pada aku."

'Percaya pada aku.'

Dalam sungguh maksud disebalik kata-kata itu bagi Wulan. Dia merenung ke dalam anak mata Raykal. Nampak keikhlasan Raykal dari sinar mata lelaki itu. Raykal ni... suka aku ke?

"Kita teruskan erk? Bawang tu tak makan kau pun." Pujuk Raykal pada Wulan.

"Nanti mata saya pedih macam mana? Confirm airmata berjurai-jurai kat pipi ni hah."

"Aku kan ada."

Aduhai... suka betul dengar dia cakap macam tu. Saya tahu awak selalu ada dengan saya chef... bisik hati Wulan.

"Chef buat apa?" Wulan membalas renungan mata Raykal.

"Aku tolong lapkan airmata kau."

"Oh, so sweet..."

Terharunya kita dengar chef. Sayang awak!

Raykal menolak kepala Wulan dengan perlahan. Mulalah Wulan terpinga-pinga sendiri. Apa kes tolak kepala orang?

"Ini bukan masanya nak bersweeet bagai cik bulan. Dah lewat ni, lebih baik kita teruskan sesi pembelajaran hari ini dengan... kupas kulit bawang..!"

Wulan menceber. Bawang di atas meja dipandang dengan rasa benci.

"Cepatlah cik bulan oii..." Gesa Raykal.

"Tak sukanya chef..."

Wulan mengeluh.

"Apa? Tak suka aku?"

"Eh? Bukan. Saya tak suka bawang." Laju sahaja Wulan membetulkan sangkaan Raykal. Kelihatan lelaki itu tersenyum. Apa senyum-senyum?

"Kiranya kau suka aku la ni kan?" Soalnya nakal.

"Mana bawangnya. Saya nak kupas." Malas Wulan mahu melayan Raykal. Lantas Wulan mengambil tempat untuk mula mengerjakan bawang tersebut. Dia mulakan dengan mengupas kulit bawang itu satu demi satu.

Tidak sampai lima minit pun, matanya mula terasa pedih. Pisau diletakkan ke bawah. Tidak sanggup lagi rasanya untuk meneruskan kerja.

"Chef... mata saya pedih." Rengek Wulan sambil memejamkan matanya akibat kepedihan.

"Sikit sangat lagi kau kupas tu.. pedih sangat ke?"

Macam pedih saja dia tengok si Wulan ni. Apa taknya, airmata gadis itu mula meleleh.

"Tolonglah cuci mata saya ni chef."

"Bukan kau suruh aku lapkan airmata kau aje ke?"

"Cuci sekalilah mata saya ni. Cepatlah..! saya dah tak tahan ni."

"Okey okey... meh sini." Raykal tersenyum buat seketika sebelum menggamit tangan Wulan dan membawanya ke arah sinki. Pili air dibuka dan Raykal menyapu air ke muka Wulan. Dengan cermat dia menolong mencuci mata Wulan yang kononnya pedih tadi.

"Bukalah mata." Arahnya sebaik sahaja selesai mencuci mata Wulan.

Dengan perlahan-lahan Wulan membuka matanya. Jelas terpampang wajah Raykal di hadapannya. Alhamdulillah... Dah tak pedih pun mata.

"Dah okey?"

Wulan mengangguk mengiyakan.

"Thank you chef..." Ucapnya sambil tersenyum ke arah Raykal.

"Most welcome. Kau ni Wulan, buat aku takut sajalah."

Rambut Wulan yang agak berterabur dikuak ke belakang. Kejung tubuh Wulan dibuatnya. Apabila terasa tangan lelaki itu menyentuh kulit telinganya, serta-merta bulu romanya meremang.

"Se.. sebab tu saya tak nak kupas bawang tadi." Balas Wulan sedikit tergagap. Masih terkejut dengan aksi selamba Raykal.

"Maaf sebab paksa kau tadi. Lepas ni tak payah lagilah kau buat kerja macam ni."

Membulat mata Wulan memadang Raykal. Ubah fikiran pula buah hati aku ni?

"Tapi, macam mana saya nak belajar memasak kalau ujian kali ini pun saya tak lulus."

"Kita skip ujian ini." Tenang sahaja Raykal menuturkannya. Demi tersayang, dia sanggup buat apa sahaja selagi tidak melanggar syarak.

"Serious chef?" Tersungging senyuman gembira di bibir merah Wulan.

"Hmm.. lepas ni, biar aku aje yang tolong potongkan bawang untuk kau."

"Maksud chef?"

"Aku kan bakal suami kau. Biar kita masak bersama-sama."


Much love..

My Mr. Chef ❤{Completed} Where stories live. Discover now