"Wow, hebat.!"
Serentak itu Wulan menoleh ke arah Raykal sebaik mendengar lelaki itu bersuara. Apa yang hebatnya?
"Apa yang hebat?" Soal Wulan pelik.
"Tu..." Balas Raykal menjuihkan bibirnya ke arah kereta Suzuki Swift berwarna merah milik Wulan.
Dahi Wulan berkerut seribu. Masih kabur dengan apa yang cuba Raykal sampaikan.
"Kenapa dengan kereta saya, sayang?"
"Tak adalah. Rasa kagum sikit dengan kau ni. Tak ada kerja pun boleh pakai kereta mahal macam ni."
Wulan menjulingkan matanya. Itu bukan kagum tapi lebih kepada menyindir dia. Kurang asam jawa punya chef!
"Nak perli saya la tu."
"Terasa ke?" Raykal tersenyum nakal. Nampak usahanya untuk mengenakan Wulan.
"Jahatlah awak ni. Kereta ni papa yang hadiahkan pada saya. Walaupun tak bekerja, saya berduit okey. I'm still have my mom and my dad to support me."
"Takkan selamanya kau nak bergantung harap dengan mak ayah kau aje?" Sindir Raykal lagi. Tapi Wulan macam tak ada perasaan saja. Tenang saja raut wajahnya tika ini.
"Taklah selamanya... sebab lepas ni bakal suami saya yang akan tanggung saya. So, my husband to be, be prepare. Awak kena kerja kuat untuk sara hidup saya." Balas Wulan separuh mengusik. Dia tersenyum nakal.
"Kau merujuk kepada siapa ni?" Raykal berpura-pura tidak faham. Walhal dia tahu siapa Wulan maksudkan 'husband to be' itu. Tak lain tak bukan, dialah orangnya.
"Awaklah sayang..."
Kan dah kata...
"Kau nak bersuamikan orang miskin macam aku ni?"
"Awak tak miskin sayang. Awak kaya, kaya dengan kasih sayang."
Wulan ketawa.
Raykal mencebik. Orang serius, dia pi main-main pula.
"Dah baliklah sana. Jangan nak merayap ke mana-mana lagi lepas ni."
"Alaaa..." Rengek Wulan meleret.
"Dah kenapa dengan kau ni?"
"Saya tak nak balik rumah lagi. Kat rumah ada apa? Saya bosan. Lepas ni baru plan nak jumpa kawan lama."
"Dah tahu bosan duduk kat rumah, kerjalah..!"
Wulan mencebikkan bibirnya. Berdesing telinga jika mendengar berkaitan kerja ni.
"Saya tak ready lagilah."
Raykal menatap wajah Wulan. Apabila melihat penampilan Wulan yang begitu cantik hari ini, dia menjadi risau. Risau jika ada lelaki lain yang cuba mengurat kekasihnya itu.
"Kau jumpa kawan lelaki atau perempuan?" Soalnya.
Bibir Wulan terherot senyuman nakal. Lebih-lebih lagi bila mendengar nada suara Raykal yang seolah-olah cemburu terhadap dirinya.
"Kalau lelaki?" Soal Wulan sambil menjongketkan keningnya.
"Aku tak benarkan.!" Keras dan serius sahaja Raykal menjawab.
Wulan ketawa kecil. Tangannya diangkat untuk mencubit sebelah pipi Raykal. Reaksi spontannya.!
"Awak cemburu erk?"
Raykal terpempan. Bukan kerana dia dituduh cemburu oleh Wulan tetapi dek kerana cubitan yang diberikan oleh gadis itu. Tidak sakit, cuma tak sangka. Main tibai saja dia ni.
"Kau selalu ke buat macam ni kat lelaki lain?" Marah Raykal, cemburu. Sedangkan hatinya terusik bila Wulan berbuat demikian, tidak mustahil juga bagi lelaki di luar sana.
"Mestilah tak.! Saya buat kat awak ajelah chef. Awakkan kekasih saya, cinta hati saya. Maaf sebab cubit pipi awak. Awak comel sangat. Tak terkawal tangan saya ni hah." Balas Wulan bersahaja.
Walaupun ada sedikit rasa tidak berpuas hati, Raykal mengukirkan senyuman jua akhirnya.
"Bagus. Buat kat aku saja. Aku tak suka dan tak benarkan kau buat macam tadi dengan lelaki lain."
Mata Wulan membesar. Ada peluang untuk mencubitlah nampaknya ni...
"Serius boleh buat kat awak chef?"
"Hmm...."
"Nak cubit lagi boleh?"
Wulan sudah berura-ura untuk mencubit pipi lelaki itu lagi tetapi pantas ditepis oleh Raykal. Tercegil matanya memandang Wulan.
"Aku tak maksudkan sekarang. Sakit yang kau cubit tadi pun belum kebah lagi, ada hati nak tambah lagi." Marah Raykal.
Wulan tersengih. Terpaksalah dia membatalkan niat untuk mencubit pipi Raykal lagi.
"Okeylah kalau macam tu. Saya jalan dululah chef. Terima kasih sudi temankan saya makan. Kalau macam ni, setiap harilah saya datang ke sini jumpa chef." Wulan berseloroh.
"Kalau macam tu, aku berdoa semoga kau cepat bekerja. Tak larat aku nak melayan sengal kau setiap hari." Balas Raykal dalam niat untuk mengusik Wulan. Ternyata usikannya berjaya membuatkan Wulan menarik muka yang masam.
"Nak merajuklah kalau macam ni."
Wulan segera menarik pintu keretanya. Belum sempat dia masuk ke dalam perut kereta, Raykal menahan.
"Eh kejap, kau keluar nak jumpa siapa lepas ni? Betul ke kawan lelaki?"
"Bukanlah. Kawan perempuan. Bestfriend saya. Namanya Zarina." Dalam membentak tetap juga Wulan menjawab.
Raykal tersenyum nipis. Barulah terasa lega hatinya.
"Baguslah tu. Hati-hati drive." Pesan Raykal.
Wulan tidak membalas. Wajahnya masih cemberut.
"Janganlah buat muka macam tu. Nanti kau tak cantik."
"Whateverlah..!"
"Hah, menjawab pun. Ingatkan dah bisu tadi."
"Eeee..."
Lengan Raykal dicubit sekuat hati. Habis dilempiaskan kesemua sakit hatinya terhadap lelaki itu. Padan muka.!
"Adoi..! habislah tangan aku macam ni dear."
Tanpa sedar, Raykal terpanggil Wulan 'dear'. Tersungging senyuman di bibir gadis itu. Kan dah cakap, panggilan 'dear' saja boleh melembutkan hati dia.
"Jangan marah. Jaga diri. Jaga hati. Jaga iman. Jaga cinta aku."
Wulan terpana. Segera kepalanya ditoleh ke arah Raykal. Dan ternyata lelaki itu menghadiahkannya senyuman yang sangat menawan. Terkesima dibuatnya Wulan.
"I will and you too chef..! I love you..."
Raykal hanya mengangguk perlahan. Isyarat yang menyampai... I love you too Wulan.!
Much love..
YOU ARE READING
My Mr. Chef ❤{Completed}
RomanceTekadnya hanya satu. Dia ingin mencari calon suami yang kaya raya untuk dijadikan teman hidup memandangkan dia seorang yang tidak suka bekerja tetapi ingin hidup dalam kemewahan. Tak kisahlah calon suami dia anak Tan Sri ke, anak Dato ke.. yang pent...