"WHAT?! Kimchi?! Biar betul, kak long!"
Bulat mataku memandang kak long. Bukan rahang sahaja yang nak terjatuh, tetapi satu badan rasa nak tumbang ke lantai saat ini. Ingatkan dah seminggu aku ada di rumah, semua masalah dah selesai. Tetapi, nampaknya ada bala baru pulak bakal menjengah! Baru seminggu aku merasa nikmat bercuti, dah ada masalah yang datang.
Kelam-kabut kak long yang berada di atas sofa berhadapan denganku itu menutup fail di tangannya. Terus sahaja dia melompat duduk betul-betul di sebelahku.
"Please, Bella... my beautiful Bella! Tolonglah kak long. Kali ni aje."
Bahuku dipeluk kemas sambil merayu-rayu. Rimas! Terus sahaja aku melepaskan diri dari rangkulannya.
"No. No. No!" Jari telunjuk kuangkat sedikit dan aku menggerakkan jariku ke kiri dan ke kanan sambil menggelengkan kepala.
Kak long menepuk dahinya dengan lembut. Kedua-dua belah matanya dipejamkan rapat.
"Bella bukan tak nak tolong, tapi Bella takut kak long kena buang kerja nanti. Bella mana reti buat kimchi!" Bersungguh-sungguh aku menerangkan kepada kak long. Aku tahu kak long banyak tolong aku. Bukan aku tak mahu bantu, tetapi aku memang betul-betul tidak tahu.
"Tolonglah, Bella. Bukan ke kamu pernah buat benda alah tu dulu?"
Aku mengeluh berat. "Memanglah Bella pernah buat. Tapi, sekali dua aje kut. Tu pun, rasanya 'ke laut'. Kalau kak long nak Bella buat untuk kak long makan, Bella boleh la buatkan. Tapi, ni untuk jamuan tempat kerja kak long. Bella tak sanggup!"
Kak long yang kekalutan terus terjelepok di atas lantai. Kak long kalau bab 'drama swasta' ni... memang nombor satu! Dia kemudiannya mengesot sedikit untuk rapat denganku. Tanganku yang berada di atas riba digenggamnya lembut.
"Ala, Bella... macam mana ni?"
"Macam mana apa?" soalku acuh tak acuh. Pandangan kuhalakan ke skrin televisyen yang sedang menyiarkan drama Melayu. Kemudian aku mengeluh perlahan sebelum berkata. "Isy... kak long, please listen to me. Buat apa susah-susah nak peningkan kepala. Kan ke ada banyak aje restoran Korea kat Penang ni. Kak long bayar aje, confirm diorang akan buatkan sedap-sedap "
Buat apa nak susah-susah kalau jalan yang mudah dah ada di depan mata. Tak faham aku! Alat kawalan jauh televisyen kucapai dan mula menukar saluran lain.
"Masalahnya, Danial Lee Jae Hwan, VVIP yang nak datang nanti tu katanya orang Islam. Kat Penang ni, restoran makanan Korea yang betul-betul halal ada satu aje. Kak long dah tanya kat restoran-restoran Korea yang lain. Kata mereka, kimchi yang mereka buat ada beef stock. Tak halal," terang kak long dengan panjang lebar, siap dengan riak kalut dan risau pada wajahnya.
Memang aku akui, ada restoran yang memasukkan stok daging lembu ke dalam kimchi. Wajah kusut kak long kupandang seketika. "Kak long, kenapa mesti kimchi? Order ajelah makanan lain. Nasi minyak ke, nasi tomato ke, mi rebus ke, sambal belacan ke...."
Kak long menggaru kepalanya dengan kasar.
"Kamu ni banyak tanyalah Bella!" dengusnya. Dia yang tadinya duduk di atas lantai kini melompat kembali ke atas sofa.
Bulat mataku memandang kak long.
"Eh, eh kak long ni. Marah pulak. Betullah. Kenapa nak jugak serve kimchi kalau ada banyak lagi makanan lain kat Malaysia ni? Lagipun Danial tu datang Malaysia, biarlah dia rasa makanan Malaysia," luahku. Inilah masanya untuk kita memperkenalkan makanan tempatan kepada orang luar.
"Sebenarnya, kami memang order banyak jenis makanan. Tapi, arahan diberikan supaya kami sediakan kimchi jugak. Danial tu tak biasa makan takde kimchi," keluh kak long.
YOU ARE READING
Kimchi untuk awak!
RomanceInsiden terlanggar lelaki kacukan Melayu-Korea, Danial Lee Jae Hwan di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon adalah permulaan kacau-bilau dalam hidup Bella. Hilang terus moodnya untuk menikmati penerbangan kelas perniagaan yang dihadiahkan oleh kak...