EEE!!! Sakit hati! Geram! 'Samseng' ni memang betul-betul menguji tahap kesabaran aku! Sesuka hati dia tarik tanganku masuk ke dalam kereta tadi. Nasib baik aku sempat mencapai beg tangan yang berisi dompet dan telefon bimbit ini sekali.
Gara-gara takut dengan pilihan kedua yang diberikan itu terpaksalah aku mengikutnya. Dibuatnya dia nak berkurung dengan aku di dalam rumah kak long, macam mana? Bertambah harulah jadinya nanti. Aku tahu tidak ada salahnya berkurung di dalam rumah tu kerana dia suami aku tetapi... entahlah! Dengan perkahwinan yang mendadak ini dan dengan layanannya yang sebegini, aku perlukan masa.
Anak mata kularikan ke arah Abang Kimi yang sedang mengisi minyak kereta di luar sana. Telefon bimbit kukeluarkan dari dalam beg dan jariku berlari pada skrin Samsung Note 3 milikku.
Assalamualaikum kak long. Bella keluar kejap tau. Nak buat kimchi kat rumah bos kak long ni.
Butang send pada telefon bimbit kutekan dan aku melemparkan pandangan ke bahagian luar kereta. Keadaan stesen minyak agak lengang. Dengan hujung mata aku kerling pula lelaki yang berada di sebelahku ini. Masih dengan surat khabar di tangannya.
Boleh pula aku dipanggilnya munafik? Memanglah orang yang tak menepati janji itu termasuk dalam kategori munafik. Tetapi, setelah apa yang terjadi sehingga menyebabkan aku terpaksa berkahwin dengannya... tak mungkin dengan senang hati aku akan ke rumahnya pagi ini. Tak masuk akal! Ingat aku ni takde perasaan ke?
Tersentak aku seketika apabila telefon yang aku aktifkan pada 'vibration mode' bergegar saat ini. Tanda aku menerima kiriman SMS.
Waalaikumussalam Bella. Alhamdulillah... dating dengan suami. #LoveTillJannah sangat! Kak long like sejuta kali. :-p
Apa ni! Kak long ni memang over la! Sempat lagi dia perli aku. Ada senyuman terbit di bibir mengenangkan kakakku yang seorang tu.
"Boyfriend kau tu dah boleh terima kenyataan ke? Siap sengih-sengih macam kerang busuk." Tiba-tiba Danial Lee menyindir. Sinis!
Bulat mataku memandang ke arahnya yang masih sibuk dengan surat khabar New Straits Times.
"Excuse me, Mr. Danial. Yang pertama, Encik Faris tu BUKAN boyfriend saya. Yang kedua, saya sengih ni bukan sebab dia la! Saya sengih sebab kak long," tegas aku.
"Alasan! Dulu aku suruh kau kahwin dengan Faris tu, kau tak nak. Tapi... boleh pulak dating dekat depan rumah," bidasnya.
Mana ada aku dating! Eh, eh... dia ni. Kata tidak ada apa yang berubah, tetapi kenapa sibuk nak ambil tahu tentang hal peribadi aku? Aku terus membidas lelaki ini dengan sinis. "Well... well. I thought nothing changed but you told him I'm your wife. Mengaku jugaklah saya ni isteri awak."
Sengaja aku ketawa kecil. Bukan apa, untuk menambah geram di hatinya.
"He has to know so he can stop what he's doing. Listen here carefully...."
Aku lihat matanya berlari ke arah Abang Kimi yang sedang mencapai pemegang pam minyak di luar sana.
"Selagi aku tak ceraikan kau, kau wajib jaga maruah kau sebagai seorang isteri. Aku tak nak perangai buruk kau dating sana dating sini tu jejaskan reputasi aku. Unlike you, I have an image and reputation to maintain. Understand?"
Pedas sekali kata-kata itu menghiris hatiku.
"Dating sana dating sini? Oh dah lebih ni..." gumamku, geram. Tanpa sedar aku menyingsing kedua-dua belah tangan baju. Rasa macam nak cekik lelaki ini.
"Amar saw you with that guy yesterday at the mall."
Terdiam aku jadinya. Ada debaran halus mengisi ruang dada. Entah kenapa ada juga terselit rasa cemas. Apa yang kau takutkan, Bella? Yang pastinya, aku terlalu ingin menerangkan kepada lelaki ini yang kawan-kawanku juga ada sekali cuma mereka ke Toys R Us sekejap waktu itu.
YOU ARE READING
Kimchi untuk awak!
RomanceInsiden terlanggar lelaki kacukan Melayu-Korea, Danial Lee Jae Hwan di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon adalah permulaan kacau-bilau dalam hidup Bella. Hilang terus moodnya untuk menikmati penerbangan kelas perniagaan yang dihadiahkan oleh kak...