Bab 48

6.5K 43 1
                                    

JUBAH MANDI yang telah digunakan semalam kuletakkan di dalam bakul baju yang disediakan.

Malu dengan lelaki itu punya pasal, aku bangun tanpa mengejutkannya tadi. Siap bawa beg sandang berisi baju ini ke dalam bilik mandi lagi.

Apabila teringat kisah semalam jantung mulalah buat hal. Huuu... bagaimana nak berhadapan dengan lelaki itu nanti agaknya? Malunya!

Bersama tuala yang melekap kemas di badan, aku membuka beg ini. Kata Danial Lee, bukan ini sahaja pakaian yang dibelinya, tetapi banyak lagi. Ada di dalam bagasi besar di dalam kereta. Lengkap dengan beberapa jenis kot dibelinya untuk aku. Maklumlah musim luruh. Cuaca dingin sudah bertandang di bumi Korea Selatan. Bulan hadapan nanti dah musim sejuk! Tentang saiz baju pula, katanya Juwita yang pilihkan saiz untuk aku.

Lincah tanganku mengeluarkan baju yang dibeli oleh Danial Lee. Gaun labuh yang sangat cantik dan sopan. Ala-ala jubah pun ada juga cuma potongannya seakan-akan dress. Secalit senyuman beraja di bibir. Nasib baik sesuai untuk digunakan ketika bersolat. Maklumlah, aku mana ada bawa telekung ke sini.

Tok! Tok! Tok!

Alamak! Aku belum ambil wuduk lagi. Kelam-kabut aku memasukkan baju ke dalam beg. "Kejap!"

Tok! Tok! Tok!

"Sayang... abang dah tak tahan ni."

"Ala... kejap! Kejap!"

"Seriously, I need to go in."

Dari nada suaranya, kedengaran seperti berada dalam kecemasan. Hah, gerenti sakit perut ni. Mesti dah tak tahan sangat tu. Aku tersengih lucu.

"Saya nak ambil wuduk dan pakai baju." Sebaik sahaja berkata begitu, aku terus mengambil wuduk.

"Please sayang... abang dah tak tahan ni."

Rayuan Danial bergema. Aku yang sudah selesai berwuduk terus membuka pintu bilik mandi bersama tuala di badan. Tak sempat nak pakai baju. Beg sandang yang orang pakai di bahagian belakang badan aku sangkutkan di hadapan badan supaya kelihatan sopan di hadapan lelaki ini.

Danial Lee dengan wajah yang serius mendekati aku. Aku tak jadi hendak melangkah apabila dia mendepakan tangannya. Macam nak main galah panjang pula!

"Where are you going?" Soalnya dengan renungannya yang menggegarkan jiwa.

"Awak cakap tak tahan, kan? Mesti nak buang air ni. Masuklah dalam toilet."

Anak mata kularikan ke arah lain. Mana tidaknya, lelaki ini hanya memakai seluar Bermuda paras lutut sahaja! "Cepatlah masuk. Tadi cakap dah tak tahan sangat."

"Memanglah abang tak tahan..." ucapnya. "Abang tak tahan rindukan Bella."

Bulat mataku menjegil ke arah Danial Lee. Tangannya yang dilekapkan di dinding membuatkan aku secara automatik bersandar pada dinding.

"I miss you..." bisiknya dengan sangat romantik.

Serentak dengan itu, bibirnya semakin rapat dengan wajahku membuatkan aku menekup wajah dengan kedua-dua belah tapak tangan. "Saya ada wuduk!"

"Kan boleh ambil wuduk sekali lagi?"

Bibir itu semakin mendekat. Hati, bertabahlah! Jangan tergoda dengan rayuannya.

Ada senyuman nakal beraja di bibir lelaki ini. Nak sakat akulah tu.

"Danial... kalau awak macam ni, confirm kita sama-sama akan terlepas subuh." Aku cuba berlagak selamba walaupun rasa tak menentu menguasai diri.

Kimchi untuk awak!Where stories live. Discover now