Bab 43

4.4K 30 0
                                    

Sudah sebulan setengah aku dan rakan-rakan menjalani semester pertama untuk tahun akhir di kampus. Hari ini adalah hari yang paling gembira untuk seorang pelajar universiti seperti aku. Mana tidaknya, semua tugasan sudah kuhantar. Dengar khabar, mulai hari ini sehinggalah akhir bulan November nanti, kami tidak akan diberikan banyak tugasan. Semua ini untuk memudahkan kami menumpukan perhatian pada ulang kaji untuk peperiksaan akhir yang akan bermula hujung bulan nanti sehinggalah minggu pertama Disember.

Lepas tu, dapatlah aku 'beronggeng' sakan! Aku mahu mengembara ke beberapa tempat di Jepun selama dua minggu sebelum pulang bercuti ke Malaysia. Selepas itu, aku ada satu lagi semester untuk aku habiskan di universiti ini sebelum bergelar graduan.

"Eee... bestnya! Indahnya hidup!" Tanpa sedar aku menjerit kecil di atas bangku kayu ini.

"Omo... omo. Waeguerae (kenapa kau ni?)"

Aku terus menoleh ke arah Miza yang beriak pelik sambil memegang cawan kertas berisi tteokbokki atau dalam bahasa Melayunya, kek beras. Miza dan tteokbokki memang tak dapat dipisahkan.

"Waeguerae... waeguerae. Kau ni... sudah-sudahlah tu. Kat dalam kelas dah cakap Korea. Kat luar kelas cakap aje la bahasa lain. Bahasa Melayu ke, English ke, Jerman ke, Itali ke... barulah ada variasi!" Sengaja aku menyakat Miza.

Berubah terus muka Miza hingga nak tergelak pula aku melihatnya.

"Pst... share la dengan kita orang. Why are you so happy? Kau dah berdamai dengan suami kau yang hot tu ke?" Aini yang tadinya sedang membaca bersuara dengan teruja.

Terus aku mencekup mulut gadis yang memakai trench coat hitam ini.

"Kau ni Aini... mulut tempayan betullah!" bidasku sebelum meleraikan tangan di mulutnya.

"Aku pun ingatkan kau dah tak sabar nak tunggu majlis resepsi akhir bulan depan tu," sampuk Miza. Sepotong tteokbokii bersalut sambal pedas dicucuk dengan lidi dan dibawa ke mulut.

"Korang ni kenapa? I don't even want to think about that matter. Malas," getusku. Wajah yang tadinya ceria kini bertukar masam. Duffle coat di badan kubutangkan apabila tubuh terasa sedikit sejuk disapa angin musim luruh.

"Ala... sorry la Bella." Miza memelukku dengan sebelah tangannya.

"Bella... janganlah macam ni. Okey, okey. Cuba share dengan kita orang apa yang kau tak sabar sangat tu?" Aini pula bersuara.

"Aku tak sabar nak mengembara dengan korang nantilah." Lambat-lambat aku bersuara.

"It's gonna be really interesting!" Sahut Aini. Bersinar-sinar matanya.

Nampaknya bukan aku seorang sahaja yang tak sabar mengembara ke Jepun.

"Oh... trip ke Jepan tu ke?" Sahut Miza. Sebiji lagi tteokbokki dimasukkan ke dalam mulut.

Blur betul minah ni!

"Duh! Dah tu trip mana lagi?" tempelak Aini.

"Aku pun tak sabar. Korang tahu tak... aku teringin sangat nak ke Kawaguchiko Lake. Dari situ kita dapat tengok pemandangan Mount Fiji dengan jelas dan menarik. Kalau keadaan mengizinkan dan tak berbahaya, kita boleh daki Mount Fiji. Winter view kat atas tu, cantik" celoteh Miza.

Tadi blur sangat. Sekarang nampak macam dia pula yang paling tak sabar nak pergi.

"Aku pun tak sabar nak ke situ. Satu lagi tempat yang aku nak sangat pergi adalah Shirakawa-Go area. Unesco Heritage Site with thatched roof houses." Aku terbayang-bayang bumbung-bumbung rumah yang diliputi salji di Shirakawa ketika musim sejuk nanti.

"I know. Kat kaki gunung Haku-San, kan? Just pray masa kita pergi tu nanti snow turun dengan sangat lebat. Ya Allah, the view is gonna be so mesmerizing, Bella." Beria-ia Aini bersuara.

"I know! Sebab tu aku tak sabar nak ke situ. Rumah-rumah kat situ dibina dengan stail seni bina gasshozukuri. Bentuk rumah di kawasan perkampungan tu, dari jauh nanpak seperti segi tiga yang comel." Aku ketawa kecil.

"Aku pulak tak sabar nak ke...."

Aku dan Miza tertunggu apa yang bakal diucapkan oleh Aini. Kalau Miza tak sabar nak hiking Mount Fiji, aku nak ke Unesco Heritage Site di Shirakawa-Go, Aini pula nak ke mana?

"Disneyland!" Jerit Aini sambil mengangkat kedua-dua belah tangannya ke atas.

Tergelak kecil aku. "Memang sah kau ni masih 'kanak-kanak ribena'!"

Memang tak sangka itu tempat yang paling Aini tak sabar nak pergi. Padahal dua tahun yang lepas, kami bertiga pernah ke Disneyland di Hong Kong.

Beg sandang Cath Kidston yang terdampar kemas di sebelah kuangkat dan aku berdiri. "Apa-apa pun aku rasa sekarang ni elok aku ke...."

Sengaja aku mengajuk cara Aini bercakap tadi. Aini dan Miza memerhati ke arahku dengan pelik.

"Library! Yeay!" Aku menggawangkan tangan ke atas. Bukan apa, aku sudah memulakan ulang kaji semenjak minggu lepas. Tidak mahu terburu-buru nanti.

"Ceh..." Ada nada kecewa dalam nada suara Aini. Lambat-lambat dia bangun.

"Hampeh betul! Ingatkan nak ke mana tadi," tempelak Miza pula. Dia yang sedang menyandang backpack berwarna merah juga berdiri bersama cawan kosong di tangan. Hanya sisa-sisa sambal tteokbokki sahaja yang ada di dalam cawan kertas itu.

Aku tak jadi nak melangkah apabila terdengar bunyi telefon bimbit yang menjerit nyaring di dalam poket kot. Terkocoh-kocoh aku menyeluk ke dalam poket.

"Suami kau yang hot tu ke call?"

Soalan Aini kujawab dengan jelingan tajam. Geram betul! Mata kufokuskan pada skrin telefon bimbit. "Omma!"

Kaki terus melangkah beriringan dengan Miza dan Aini. "Assalamualaikum omma."

"Waalaikumussalam." Suara omma yang selalunya serius itu kedengaran di hujung talian. "Bella sihat?"

"Alhamdulillah... sihat, omma."

"Bella, I really need your help. Boleh omma jumpa Bella?"

Belum sempat aku menjawab, omma bersuara lagi.

"Bella tinggal di mana sekarang?"

"Bella stay dekat dengan kampus," jawabku. "It's okay, omma. Omma janganlah susah-susah. I know you're such a busy person. Omma cakap aje bila nak jumpa Bella. I'll go straight to your office."

Lambat-lambat aku melangkah, masih tertanya-tanya bantuan apa yang omma perlukan.

"Pukul enam petang nanti? Okey! I'll be there at six sharp. See you, omma." Janjiku dengan bersungguh-sungguh.

"See you my daughter. Assalamualaikum."

Aku tersenyum senang. Gembira apabila omma memanggilku begitu. "Waalaikumussalam."

Setelah talian dimatikan, aku memasukkan kembali telefon ke dalam poket kot.

Omma dah banyak tolong aku. Aku tidak keberatan untuk buat apa sahaja di dalam dunia ini asalkan tidak salah di sisi Islam dan tidak ada kaitan dengan lelaki itu.

Kimchi untuk awak!Where stories live. Discover now