Bab 55

5.7K 42 3
                                    

Di Korea Selatan, cuaca pada musim luruh memang tidak terjangka. Pada musim ini juga hujan selalu turun dengan sangat lebat berbanding musim panas dan musim sejuk. Tapi, aku bersyukur sangat. Semenjak sampai ke sini semalam, cuaca agak panas dan terang-benderang pada siang hari.

Baru hari ini aku dapat bersiar-siar dalam kawasan resort ni. Aku terbaca dalam laman webnya pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini.

Aku teruja apabila kereta yang dipandu oleh Danial Lee memasuki kawasan taman. Kiri dan kanan jalan dipenuhi dengan pokok epal yang lebat buahnya! Perut aku mula buat perangai. Maklumlah... tadi masa makan aku memang tak berselera langsung gara-gara budak berdua tu.

Yoo Ri, aku tak kisah sangat. Mungkin kerana dia ada pertalian darah dengan Danial Lee. Tetapi, Zara tu... isy, tak berkenan benar aku dengan gaya bimbo dia tu! Tambahan pula bila aku tahu dia memang sedang berusaha untuk mendapatkan Danial Lee, lagi la aku anti dengan perempuan tu.

Tanganku yang disentuh oleh Danial Lee membuatkan aku menoleh ke arah lelaki itu. Hati yang 'berapi' tadi terus bertukar sejuk.

"Princess," panggil Danial Lee.

"Yes, prince. Anything?" Soalku sambil tersenyum.

"Kita dah sampai," beritahu Danial Lee sambil menanggalkan kaca mata hitamnya.

Bumbung kereta yang tadinya dibuka kini dengan perlahan-lahan ditutup semula. Setelah itu, enjin kereta dimatikan. Kemudian, beg sandang belakang berwarna hitam yang berada di kerusi belakang dicapainya.

Aku baru sahaja ingin membuka pintu kereta, tetapi dihalang oleh Danial Lee. "I'll open it for you."

Kata-katanya membuatkan aku mengerutkan wajah. "Abang... Bella dah biasa buka sendiri la."

"Nope. For today, let me do it for you."

Dia terus membuka pintu keretanya. Aku hanya memerhati lelaki bertubuh tinggi yang kacak dengan jean dan trench coat coklat cair itu keluar dari kenderaan. Pintu keretaku dibuka.

"Silakan, princess."

Aku melangkah keluar dengan berhati-hati. Danial Lee meraih jemariku dan kami berpegangan tangan melangkah ke bawah sebuah pokok epal yang rendang. Beg sandang dibuka oleh Danial Lee dan sehelai kain tebal yang dilipat kemas ditarik keluar dari dalam beg tersebut. Lelaki itu kemudiannya menghamparkan kain tebal ini ke atas rumput. "Duduklah. Nak baring pun boleh."

Baring? Aku ketawa kecil. Memang Hindustan la kalau baring dan guling-guling kat sini.

Kasut boot paras buku lali kutanggalkan dan aku terus melabuhkan punggung atas kain ini. Danial Lee turut sama berbuat begitu. Kami sama-sama bersandar pada pokok epal.

Indahnya taman ni. Segar mata memandang. Aku mendongak ke atas. Mak ai, banyaknya buah epal merah bergantungan di atas sana. Meruntun jiwa sungguh! "Lebatnya buah epal kat pokok ni."

"Epal jenis ni is one of the best apples ni South Korea," beritahu Danial Lee.

"Seriously?" Terangkat sebelah keningku.

"Manis sangat," jawab Danial Lee.

Aku mengerutkan dahi. "Mana abang tahu? Macam pernah cuba aje...."

"Mestilah pernah," balas Danial Lee tanpa berselindung.

"Epal kat atas pokok ni? Abang pernah cuba?" Soalku sekali lagi untuk kepastian.

"Of course!" Danial Lee mengangguk.

Aku terus membetulkan posisi dudukku supaya menghadap Danial Lee. "Abang... Bella ni tak la pandai sangat tapi...."

Kimchi untuk awak!Where stories live. Discover now