Bab 56

7.6K 75 25
                                    

AKU masih lagi teragak-agak untuk memanjat. Wajah kudongakkan ke arah Danial Lee yang sudah pun berada di dalam kereta kuda ini.

"Betul ke boleh naik ni? Janganlah main-main." Sekali lagi aku meminta kepastian. Manalah tahu kereta kuda ni bukan untuk kami.

"Bella... abang tak pernah main-main dengan Bella. Climb aboard," bisiknya sambil menghulurkan lengannya.

Lambat-lambat aku memaut lengannya dan sekejapan sahaja aku sudah pun duduk bersebelahan dengannya di dalam kereta kuda ini.

Aku menjeling ke arah Danial Lee yang sedang leka merenung ke arahku. Jantungku tiba-tiba sahaja buat hal. Memang aku lemah dengan renungan jenis ini.

"You are so beautiful, sayang..." ucapnya dengan perlahan.

Aku tak tahu nak pandang ke arah mana dah. Sudahnya, aku mengulum senyum. Tersipu-sipu malu. "Thanks, abang...."

Cawan plastik berisi gula-gula kapas di atas tempat duduk kami dicapainya. Serentak dengan itu, dapat kudengar bunyi tapak kaki kuda yang sedang berjalan membawa kami pergi dari sini.

"Abang... macam mana abang tahu yang Bella pernah..."

Danial Lee melekapkan jemarinya di bibirku. "Syyy...."

Gula-gula kapas di atas ribanya diletakkan di atas ribaku. "You can have this too. And enjoy the ride, my princess."

What a prefect evening. Bisik hatiku. "Thank you...."

Sambil membuka bahagian penutup cawan plastik yang berisi gula-gula kapas ini, aku memerhati pemandangan di kiri dan kanan kami. Selepas kawasan taman yang ditanam dengan pokok-pokok epal tadi, rupa-rupanya ada kawasan taman yang dipenuhi dengan pohon-pohon maple. Daun-daun yang bertaburan di atas jalan memberi pemandangan yang sangat cantik. Dapat kulihat tona merah memenuhi jalan yang sedang kami lalui ini.

Jemari kumasukkan ke dalam bekas gula-gula kapas ini, tetapi kenapa gula-gula kapas yang sepatutnya lembut ini sangat keras seperti besi apabila dicubit? Pantas aku memandang ke dalam bekas manisan ini. Terkejut aku. "Danial!"

Danial Lee yang sedang menikmati keindahan alam musim luruh ini memandang ke arahku dengan sedikit pelik. "Why?"

"A ring." Aku menghulurkan cincin berlian kepada Danial Lee.

Pantas lelaki itu mengambilnya.

"Hmmm? Ring?" Dia juga buat muka pelik. Terkejut agaknya dengan penemuan cincin di dalam bekas gula-gula kapas ini.

"What should we do now?" soalnya sedikit buntu.

Aku dah kalut. Alamak! Entah-entah ini cincin penjual gula-gula kapas tu kut?  "Awak tahu diorang beli cotton candy ni kat mana?"

Dalam kekalutan ini, aku pelik apabila Danial Lee tersenyum lebar dan kemudian perlahan-lahan senyumannya itu bertukar menjadi ketawa.

"Bella... lurusnya!" kata Danial Lee bersama sisa tawanya.

"Apa yang lurus?" soalku, pelik.

Tangan kananku ditariknya lembut. Kemudian cincin yang berada di tangannya disarungkan ke jari manisku.

"Bella, this ring is for you."

Terdiam aku untuk seketika.

"Will you be my wife, forever?" soalnya kemudiannya.

Automatik aku menjadi sedikit emosional. Kedua-dua belah tangan menekup wajah.

"Abang... I'm speechless," gumamku. Tangan masih menekup wajah.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 17, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kimchi untuk awak!Where stories live. Discover now