PELIK! Sekali aje omma 'bahasakan' Danial Lee tadi, lelaki itu terus angkat semua beg plastik yang berat di dalam bonet kereta sebaik sahaja tiba di kondominium ini. Dia yang degil, keras hati dan mempunyai ego yang tingginya mengalahkan Tembok Besar China boleh mengikut arahan omma. Hui... memang ganjil!
Danial Lee kenal atau tidak dengan wanita itu ye? Jika kenal, tak mungkin dia buat bodoh aje masa di dalam pesawat hari itu.
Aku bersandar pada kabinet dapur. Siapa sebenarnya omma dengan lelaki ini? Ibu kandungnya? Bukankah Pak Cik Dani kahwin dengan wanita Melayu? Sah-sah omma bukan orang Melayu.
"Puan Bella..."
Aku terus berdiri tegak apabila seorang wanita cantik muncul di hadapanku. Ini mesti Juwita, pembantu peribadi Danial.
"Puan?" soalku sedikit pelik.
Eh, sekejap! Danial Lee beritahu semua orang yang aku isterinyakah?
Kelam-kabut wanita yang ayu dengan blaus dan skirt labuh tersarung di badannya ini bersuara. "I mean... miss. Miss Bella!"
Matanya diliarkan ke sekitar ruang seperti sedang mencari sesuatu. Kemudian, nafas lega dihembuskannya.
Aku ni nampak macam orang yang dah kahwin ke?
Selepas bersalaman denganku, dia terus bergerak ke bahagian tengah dapur. Aku hanya memerhati gelagat gadis yang sedang mengeluarkan semua bahan yang terdampar di atas kaunter pulau. Kaunter pulau atau dipanggil kitchen island adalah struktur seakan-akan meja besar yang dilengkapi dengan singki, kabinet dan segala peralatan lain dan terletak betul-betul di bahagian tengah ruang dapur.
"Cik ni... Cik Juwita ye?" Dengan perlahan-lahan aku bergerak ke arahnya.
"Yes. Tak payah cik-cik. Panggil aje Kak Juwita."
Lincah aku lihat dia bergerak ke arah kabinet. Besen plastik bersaiz besar dikeluarkannya. Dah la cantik, rajin pula tu.
"Kak Juwita... tak payahlah buat semua ni. Tugas akak untuk supervise saya aje."
Besen bersaiz besar yang berada di tangannya terus kucapai dan aku memasukkan kubis-kubis panjang ke dalam besen ini.
Juwita ketawa kecil. "Supervise?"
"Bos Kak Juwita tu takut saya letak racun agaknya dalam kimchi tu nanti."
Geram betul aku apabila teringat kata-kata lelaki itu tempoh hari. Tanpa sedar, aku memasukkan kubis yang berada di tangan dengan kasar ke dalam besen.
"Kalau ye pun, janganlah kubis tu jadi mangsa..." kata Juwita sambil ketawa perlahan.
Dengar aje kata-kata Juwita, aku mencapai semula kubis tadi. Bersungguh-sungguh aku membelek. Nasib baik tidak lerai dan hancur kubis ini.
"Juwita, have you cancelled all my appointments for today?"
Suara itu! Alamak... jantung janganlah buat hal! Janganlah dia dengar aku menyindirnya kepada Juwita tadi.
"Yes, Mr. Danial. In fact, I have sent you an e-mail regarding that matter," jawab Juwita dengan lancar.
"Thanks."
Aku mengerling dengan hujung mata sahaja kelibat lelaki itu. Nanpaknya, dia sedang membuka peti sejuk. Aku terus bergerak ke singki dan kubis-kubis yang berada di dalam besen kubasuh dengan sempurna.
"Auch...."
Bulat mataku menoleh ke arah Juwita yang wajahnya berkerut seribu. "Kenapa ni Kak Juwita?"
YOU ARE READING
Kimchi untuk awak!
RomanceInsiden terlanggar lelaki kacukan Melayu-Korea, Danial Lee Jae Hwan di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon adalah permulaan kacau-bilau dalam hidup Bella. Hilang terus moodnya untuk menikmati penerbangan kelas perniagaan yang dihadiahkan oleh kak...