Bab 3

3.6K 53 2
                                    

"YA ALLAH... ada enam jam lebih lagi," keluhku perlahan. Baru lima belas minit berada di atas awan, tetapi sudah berkali-kali aku melihat jam di tangan. Mencongak waktu dalam kerimasan yang kian menggunung.

Lelaki Korea yang kerek lagi poyo di sebelah kananku ini sudah tidak sabar untuk blah dari sini. Matanya diliarkan dan tercari-cari krew kabin yang masih tidak berganjak dari tempat duduk mereka. Maklumlah, signal memasang tali pinggang keselamatan masih belum dipadamkan. Masam mencuka sahaja wajahnya seperti jeruk basi!

Encik Faris pula, walaupun tempat duduknya di hujung sana, ada sahaja modalnya untuk berbual. Nasib baiklah perempuan Korea yang berada di sebelahnya tu tidur aje dari tadi. Kalau tidak, pasti mak cik tu rasa tidak selesa. Sudahlah orang yang duduk di ruangan ini memang membayar lebih untuk keselesaan.

"Bella."

Ah... tengok la tu! Ikutkan hati, nak aje aku pura-pura tidur, tapi takut nampak sangat menipunya.

Tangan yang sedang menyelak majalah kini terhenti seketika. Aku menoleh ke kiri dengan wajah yang serius. "Ye, Encik Faris?"

Dia kulihat tersenyum lebar. Aik, aku buat muka serius pun dia masih tersenyum begitu?

"Abang Faris..." betulnya.

Masuk kali ini, tidak kutahu sudah berapa ratus kali dia menegurku tentang perkara ini. Nak panggil dia abang? Memang tak la!

"Saya tak selesa," beritahuku sedikit gugup sambil menggelengkan kepala.

Dia kulihat mengambil nafas dalam-dalam.

"Nanti sampai Malaysia, biar saya hantar awak ke rumah."

Kelam-kabut aku menggelengkan kepala. "Eh... takpe, takpe. Kak long jemput saya kat airport."

Tidak selesa betul nak bersembang dalam keadaan yang begini. Bunyi enjin pesawat yang sedikit bingit memaksa aku untuk kuatkan suara apabila bercakap dengannya.

"Are you sure? Atau awak tak sudi?" duga Encik Faris.

Alamak... dia macam tahulah pulak.

"Bukan tak sudi, tapi memang kak long akan ambil saya nanti," jawabku dengan bersungguh-sungguh. Kemudian, aku terus menyelak semula majalah dengan wajah yang pura-pura seriusnya.

Kak longlah sangat! Padahal, awal-awal lagi kak long dah minta maaf kerana dia tidak dapat menjemputku. Ada urusan penting katanya. Ah, aku pun bukan tak biasa naik teksi balik rumah.

"Emmm... awak pakai nombor apa ye di Malaysia nanti?"

Ah... lagi-lagi suara itu. Mataku masih lagi pada majalah. "Takde!"

Ops! Tak dapat dikawal. Tegas sahaja perkataan itu keluar daripada mulutku. Terus sahaja aku berpaling ke arah Encik Faris yang kelihatan sedikit terkejut. Aku memaksa bibir untuk tersenyum.

"I mean, saya takde nombor Malaysia," jawabku dengan lembut.

Kenapa dia tidak pernah faham? Dari tahun lepas dia mencuba. Kalau aku, dah setahun kut harus berputus asa.

"Habis tu, macam mana saya nak contack awak?" soalnya lagi.

Eee... dia ni! Rasa nak hempuk kepala atas meja saat ni. Belum sempat aku menjawab, dia bersuara lagi.

"By e-mail?" cadangnya. Kedua-dua belah keningnya terjongket ke atas.

"Emmm... tapi, saya jarang check e-mail masa cuti sem," jawabku.

Ada riak sedikit kecewa di wajah lelaki berkemeja biru muda itu. Kata umi, jangan sesekali beri harapan jika tidak suka. Otak pula tercari-cari sebab kenapa dia ingin sangat mendekati aku. Padahal rupa paras dia okey dan ada kerjaya yang bagus. Malah, beberapa orang kakak tahun akhir pun ada menaruh minat dengannya. Kenapa dia harus bikin kepala aku pusing?

Kimchi untuk awak!Where stories live. Discover now