KERETA yang telah ditukar tayarnya pagi tadi kini sudah kembali membelah jalan raya.
Entah berapa kali wajahku berbahang sebaik sahaja kami memulakan perjalanan tadi. Walaupun aku sudah rasmi menjadi milik Danial Lee, aku masih gugup untuk berhadapan dengan lelaki ini. Tambahan pula apabila teringat cerita semalam dan pagi tadi. Automatik jantung terasa seperti hendak melompat keluar dari badan. Pasangan pengantin baru yang lain nampak cool aje. Kenapalah aku macam ni?
Aku beranikan diri memandang suamiku yang sedang fokus ke arah jalan raya. Aku tersenyum sedikit. Tiba-tiba sahaja dia menoleh ke arahku. Kelam-kabut aku memandang ke hadapan.
"You know what, Bella?"
"Hmmm?" Soalku cuba berlagak selamba.
"I love it when I catch you looking at me... then you blush and look away."
Alamak! Dia perasan la pulak!
"Mana ada..." gumamku dengan perlahan. Berbahang rasanya wajah apabila Danial Lee mengusap tanganku untuk beberapa saat sebelum memegang stereng kereta semula.
"I know you miss me. Sabar okey... lagi setengah jam kita akan sampai. I promise I'll give full attention to you afterwards," ucapnya dengan romantik.
"Mana ada. Bella tengok pokok-pokok tu tadi. Bukan tengok abang." Aku menggumam lagi.
Danial Lee ketawa nakal. Aku tahu dia sedia maklum aku sengaja memberikannya alasan.
Kereta membelok ke satu lorong di sebelah kiri.
"Ya Allah... cantiknya!" Aku terjerit kecil memandang ke arah deretan pohon maple yang dedaunnya berwarna oren kemerahan di kiri dan kanan jalan. Daun-daun yang berguguran di atas jalan raya menambahkan lagi keindahan tempat ini.
"You love it?"
"Of course," sahutku dengan pantas.
Bumbung kereta turun dengan perlahan-lahan menambahkan rasa teruja di hati. Kami kini berbumbungkan dedaunan merah yang lebat.
Terus aku memandang ke arah Danial Lee. "Thanks Danial sebab turunkan bumbung kereta untuk saya."
Nampaknya lidahku masih keras dan malu untuk memanggil lelaki ini dengan panggilan abang.
Danial Lee merenung ke arahku dengan pandangan yang memikat jiwa. "Anything for you, princess."
Aku menyembunyikan senyuman. Rasa berbunga-bunga hati. Dipanggil princess oleh seorang putera kacak sepertinya di tempat cantik begini benar-benar membuatkan aku berasa seperti di awang-awangan. Who said life isn't a fairytale?
Aku mendongak, memandang daun-daun maple yang lebat dan berwarna merah yang sedang memayungi kami. Sinaran matahari yang terang semasa musim luruh membuatkan pemandangan di sini bertambah cantik dan mempesonakan.
Tanpa membuang masa, aku mengeluarkan telefon bimbit. Beberapa keping gambar pemandangan musim luruh ini kuambil. Sempat juga aku mengambil sekeping gambar aku dan Danial Lee apabila lelaki itu sedang fokus memandu. Harapnya dia tidak perasanlah.
Gambar-gambar aku WhatsApp kepada kak long. Segala yang terjadi telah aku ceritakan melalui WhatsApp kepada kak long. Kak long turut gembira apabila mengetahui yang aku dan Danial Lee sedang hangat bercinta saat ini.
Laju mata kak long membalas WhatsApp aku.
Untung la... #lovetilljannahsangat!
Aku ketawa kecil. Apabila Danial Lee merenung ke arahku, aku terus tersenyum lebar. Mata memerhati dedaunan maple pada musim luruh ini. "Such a stunning autumn foliage."
YOU ARE READING
Kimchi untuk awak!
RomansaInsiden terlanggar lelaki kacukan Melayu-Korea, Danial Lee Jae Hwan di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon adalah permulaan kacau-bilau dalam hidup Bella. Hilang terus moodnya untuk menikmati penerbangan kelas perniagaan yang dihadiahkan oleh kak...