Bab 47

6.4K 41 0
                                    

Assalamualaikum Miza. Aku tak balik tau malam ni. I'm now with my husband. Hari Ahad nanti aku balik. Inform Aini sekali. Take care.

GARA-GARA tidak mahu rakan-rakanku risau, aku menghantar mesej tersebut kepada Miza. Tidak seperti di kawasan yang sedikit berbukit tadi, nasib baik di sini ada network.

Tidak sampai lima minit, Miza membalas mesejku.

Waalaikumussalam. Happy honeymoon... dari aku dan Aini.

Aku tersenyum senget. Telefon bimbit kumasukkan semula ke dalam beg. Aku memerhati lobi rumah tumpangan yang berkonsepkan hanok, iaitu rumah tradisional Korea ini. Tidak pula kutahu berapa bilik yang ada di dalam rumah ini.

"Bella."

Aku yang sedang bersandar pada sofa mendongakkan kepala ke arah Danial Lee.

"They managed to contack the nearest foreman. Esok orang tu akan datang untuk tukar tayar kereta. But...."

"But?" Terjongket sebelah keningku.

"We have another problem."

"What problem?"

"There is only one room available for tonight."

"What?!" Spontan perkataan itu terpacul daripada bibir. Menggambarkan perasaanku yang kalut dan gelisah.

Danial Lee yang kelihatan sedikit letih itu merenung ke arahku seketika. "Well... it's okay. You can have the room to yourself."

Nampaknya, dia tahu apa yang sedang bermain di fikiranku.

"You look so tired. Let's go to the room," ajaknya.

Aku terus berdiri. Eh, kenapalah aku kalut sangat tadi? Sumpah, aku bukan tak sudi berkongsi bilik dengannya aku cuma terkejut. Mana pernah aku berkongsi bilik dengan lelaki. Walaupun aku sudah berkahwin, aku tidak pernah tidur sebilik dengan lelaki ini.

Aku mengikut langkah Danial Lee hingga kami tiba di hadapan bilik bernombor 2015.

"Bella... I'm sorry," ucapnya sebaik sahaja kami melangkah masuk ke dalam bilik yang bersaiz sederhana besar ini.

"Why?" Soalku sedikit pelik.

"This is the only guesthouse yang ada di kawasan ni. Sorry kalau bilik ni too small and not comfortable. Well, as you know hanok concept memang takde katil. Just thin soft mattresses dan a couple of pillows sebagai alas tidur."

Ada riak bimbang terpampang jelas pada wajah Danial Lee sebelum dia meraup wajahnya untuk seketika. Benar, dia nampak sedikit letih. Tidak mahu lelaki ini berasa susah hati, aku terus bersuara. "No problem. Masa kecik-kecik dulu, mana ada saya tidur atas katil. Tilam nipis macam ni la jadi alas tidur. Selesa aje. Awak lupa ye saya ni orang kampung?"

Aku terkenangkan, kak long dan arwah kak ngah ketika kami kecil dulu. Kami bertiga tidur di atas lantai papan berlapikkan tilam.

"Jangan-jangan awak yang tak selesa tidur atas lantai macam ni," tebakku.

Danial Lee merenung ke arahku. "I'll be sleeping inside the car, remember?"

Aku terdiam seketika. Suhu sangat dingin di luar sana. Kalau Danial Lee nak ke keretanya, dia perlu mendaki bukit selama lebih kurang lima belas minit. Sudahlah dia yang memandu ke sini selama dua jam tadi. Kemudian gendong aku lagi. Entah kenapa aku sangat bersimpati kepadanya.

"By the way, boleh abang tumpang mandi sekejap?"

Dengan pantas aku mengangguk. Dah la aku tak kasi dia tidur di dalam bilik ni tadi, takkan dia nak tumpang mandi pun tak boleh? Itu melampau, okey!

Kimchi untuk awak!Where stories live. Discover now