Bab 50

5.6K 35 1
                                    

SAMPAI juga kami ke Onida Forest Resort.

Bersama senyuman di bibir aku memerhati kawasan resort ini. "What a beautiful place!"

Aku membetulkan selendang dan gaun labuh yang galak menari ditiup angin. Mata memerhati ke arah deretan vila yang tersergam indah. Aku memusingkan tubuh dengan perlahan untuk memerhati keindahan landskap di kawasan ini. Pohon-pohon musim luruh seperti pokok pine, pokok ginko yang berdaun kuning, pohon chestnut yang berdaun oren dan pohon-pohon maple yang berdaun merah bukan sahaja menghiasi kawasan vila, tetapi juga memenuhi seluruh kawasan resort yang luasnya berhektar-hektar ini. Cantik!

"Sayang..." bisik Danial Lee di telingaku sebaik sahaja dia berada di sini.

Serentak itu juga jantungku mula buat hal. Bilalah jantung ni nak berdamai dengan lelaki ini agaknya?

"Hai...." Aku tersenyum manis.

Mata kami bertautan seketika.

"What do you think of this place?" Tanya Danial Lee.

Bergetar rasanya hati apabila lengan Danial Lee melingkar kemas di pinggangku. Aku cuba berlagak selamba. "It's so serene and beautiful."

"Are you ready to meet papa?"

Aku terus menganggukkan kepala. Dah berbulan lamanya aku tidak berjumpa dengan pak cik Dani. Apa khabar agaknya papa mentuaku itu?

"Jom." Danial Lee menarik lembut tanganku.

Kami berpimpinan tangan masuk ke dalam vila mewah yang mempunyai rekaan yang sangat unik ini. Kelihatan papa sedang rancak bersembang dengan sekumpulan lelaki yang berusia di antara empat puluhan sehingga enam puluhan. Dari pakaian mereka nampak seperti rakan niaga papa. Aku mulalah terasa kekok.

"Annyeong haseyo." Danial Lee membongkokkan badan apabila menegur mereka.

Aku juga turut sama berbuat demikian.

"Jae Hwan!"

Kedengaran seorang lelaki di dalam kumpulan itu memanggil Danial Lee. Sememangnya dia Korea dia dikenali dengan nama Jae Hwan.

Serentak dengan itu juga, bukan main meriah mulut mereka berbicara dalam bahasa Korea. Ada yang bertanya bila Danial Lee sampai, ada juga yang menyuruhnya memperkenalkan aku kepada mereka.

"They're all papa's friends," bisik Danial Lee.

"I see..." sahutku.

Danial Lee memegang kemas tanganku sambil melangkah ke arah papa dan rakan-rakannya.

Setelah memperkenalkan aku kepada mereka, aku terus mendapatkan papa.

"Papa... how are you?" Aku terus mencium tangan lelaki yang kelihatan sangat ceria ini.

"Alhamdulillah, papa sihat. How are you, Bella?" Soalnya dalam bahasa Melayu yang sedikit pelat. Kalau nak dibandingkan dengan omma, wanita itu kurang sedikit pelatnya jika berbual dalam bahasa Melayu.

"Alhamdulillah, Bella sihat. Happy birthday, papa. Bella doakan papa sentiasa berada dalam perlindungan Allah. Sentiasa dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur. Amin..." ucapku.

"Amin... terima kasih Bella." Papa menganggukkan kepalanya berulang kali. Berkerut sedikit wajahnya saat ini. "Kata Danial, Bella sibuk dengan kelas dan aktiviti di kampus. Sehingga terpaksa pulang awal ke Seoul beberapa bulan yang lepas."

Alamak! Aku terkedu sekejap. Kalaulah papa tahu perkara sebenarnya, habislah aku! "Yes, papa. Bella sibuk sangat. Luckily Danial faham."

Kimchi untuk awak!Where stories live. Discover now