Bab 10

2.6K 30 0
                                    

EH? Pelik... pelik! Bila aku beritahu pengawal keselamatan namaku, aku dibenarkan masuk ke dalam rumah 'samseng' itu. Biar betul dia beri kebenaran kepadaku untuk masuk dengan sewenang-wenangnya?

Relaks Bella, relaks! Dengan perlahan-lahan aku menolak pintu kaca yang berada betul-betul di hadapanku. Serentak dengan itu juga tahap risau naik ke paras paling maksima dalam diri. Ruang yang berhawa dingin ini nampaknya tidak mampu menenangkan hati aku. Langkah kaki kuatur kemas menuju ke arah lif.

Mataku melilau di sekitar kawasan ini. Maklumlah, semasa datang dengan kak long tempoh hari aku menonong sahaja masuk ke dalam lif. Tak sempat memerhati kawasan yang disusun atur dengan begitu cantik ini. Nampak mewah dan classy. Anak mata jatuh pada sofa dan kemudiannya pada televisyen serta water cooler yang disediakan untuk memberi keselesaan kepada penduduk di sini.

Aku masuk ke dalam lif dengan perasaan yang bercampur baur. Jari telunjuk terus menekan punat bernombor 12 pada dinding lif. Ya Allah, betulkah apa yang aku buat ni? Aku tidak mahu hanya kerana telefon bimbit, aku atau kak long ditimpa masalah. Rasa seperti hendak turun ke bawah semula pula saat ini.

Aku menarik nafas panjang. Bella, kau dah sampai pun. Kau bukannya nak buat apa kat dalam tu. Ambil plastik kubis dan telefon bimbit, kemudian keluar. Insya-Allah, semuanya akan selamat. Bisik hatiku.

Aku melangkah keluar sebaik sahaja pintu lif terbuka. Sebelum hati berubah, sementara masih berani dan selagi ada keyakinan diri, aku mahu cepat-cepat selesaikan kerja ini. Mataku melilau bersama langkah yang laju. Hanya ada empat unit kondominium di sini.

Langkahku berhenti betul-betul di hadapan unit bernombor 1201. Seram sejuk pula aku. Tidak dapat kubayangkan wajah lelaki itu apabila dilihatnya aku tercongok di sini nanti. Ya Allah, lembutkanlah hatinya. Aku cuma nak ambil barang aku. Itu sahaja.

Punat pada dinding terus kutekan. Tidak lama kemudian, pintu dibuka dari dalam. Tetapi, orang yang berada di hadapanku sekarang bukanlah Danial Lee! Kenapa orang lain pula yang tinggal di sini?

"Bella?"

Aku terdiam seketika apabila lelaki ini bersuara. Mataku tunak memandang wajah lelaki yang sedang tersenyum kacak di hadapanku ini. Eh? Kalau tak salah aku, dia ni tuan punya kereta Lamborghini yang aku jumpa di basement hari itu. Dialah penyebabnya aku memasukkan telefon bimbit ke dalam plastik kubis!

"Bella, right?" soalnya lagi.

Kelam-kabut aku menganggukkan kepala.

"Tadi guard ada maklumkan awak nak datang sini. Tapi, saya tak sangka awak adalah gadis yang bernama Bella tu," katanya sambil tersenyum.

Aku curi pandang ke bahagian dalam unit kondominium ini. Janganlah lelaki itu ada kat dalam. "Errr... awak tinggal sini ke?"

"Nope. My friend tinggal sini," jawabnya sambil matanya berlari ke seluruh wajahku.

"Is Danial Lee your friend?" Sengaja aku menyoal untuk kepastian.

"Yeah..." jawabnya sepatah dengan senyuman yang semakin lebar dari tadi.

"Where is he?" soalku dalam keadaan berbisik. Takut juga kalau lelaki itu ada di dalam.

"He has gone out." Dia juga menjawab dalam keadaan berbisik.

Lucu pula aku melihat gelagatnya itu.

"Perfect!" Aku sangat lega. Seperti baru terselamat dari dikejar harimau!

Lelaki di hadapanku ini buat muka pelik. "Perfect?"

Soalannya tidak kujawab. Aku tidak mahu berlama-lama di sini. Aku hanya mahu masuk ke dalam sekarang dan dapatkan harta aku sahaja.

Kimchi untuk awak!Where stories live. Discover now