TIKET bas di tangan kurenung dengan perasaan yang bercampur baur.
"I love you too Yoo Ri and I'm gonna be your number one boyfriend. Forever."
Kata-kata Danial Lee khas buat Yoo Ri tadi terngiang-ngiang untuk kesekian kalinya di telinga dan sekali lagi hatiku hancur berkecai. Inikah rasanya jatuh cinta? Sakit betul!
Nafas kutarik dalam-dalam. Sementara perasaan ini masih baru, sementara hati ini boleh kupaksa untuk melupakan dia, lebih baik aku pergi. Sekarang, aku hanya inginkan kehidupan seperti dulu. Kehidupan seorang pelajar universiti yang tenang dan riang tanpa sebarang masalah. Aku mahu pergi dan tinggalkan segala-galanya di sini.
Bagaimana pula dengan hak kau sebagai isteri? Tidakkah kau berhak mempertahankan hak kau? Taraf isteri membuatkan kau lebih berhak untuk berada di sisi Danial, Bella. Kau tak harus pergi dan mengalah begini.
Ya Allah, kuatkanlah hatiku. Ya Rabb, jalan mana harus kuambil? Akhirnya, aku menyandarkan badan di dinding dan mula memicit kepala.
Bunyi nyaring menandakan ada mesej baru yang masuk membuatkan aku mengeluh. Mesti kak long! Dari tadi tak berhenti-henti telefon ini berbunyi, namun satu pun mesej kak long tidak kujawab.
Bella, kenapa tergesa-gesa nak balik ke Seoul?
Bella okey ke? Kenapa dengan kau ni dik?
Bella, kak long risau.
Bella, Danial tahu tak Bella nak balik ke Seoul?
Itu semua mesej yang kuterima tadi. Apa agaknya kandungan mesej yang terbaru ini? Dengan pantas aku menyelukkan tangan ke dalam poket seluar. Telefon bimbit kukeluarkan dan aku membaca mesej yang tertera di atas skrin.
Bella, Danial buat apa dengan Bella? Cakap dengan kak long. Kak long tumbuk muka dia untuk Bella.
Aduh! Makin kusut rasanya! Laju jemariku menjawab SMS kak long.
Kak long ni... Bella okey la. Don't worry. Jumpa karang kat rumah.
Aku memasukkan semula telefon bimbit ke dalam poket seluar. Baru sahaja ingin melangkah ke perhentian teksi, kedengaran suara asing memanggil namaku.
"Bella?"
Aku toleh ke belakang. Tergamam aku seketika. Apa dia buat di sini? "Yoo Ri."
Dengan penuh gaya gadis itu mendekatiku.
"You ni isteri Danial, kan? Danial ada beritahu I tadi," soalnya dalam bahasa Melayu.
"Errr... awak boleh berbahasa Melayu?" soalku penuh hairan.
"Papa I Chinese. Singaporean Chinese dan sekarang I menetap di Singapura. Mestilah boleh berbahasa Melayu," jawabnya bersama wajah yang masamnya seperti asam jeruk! Tadi masa dengan Danial Lee, bukan main manis lagi wajahnya ini.
"Your mom is Korean?" soalku lagi, ingin tahu.
"Yup but she's dead," jawabnya acuh tak acuh.
Rupa-rupanya Yoo Ri adalah kacukan Korea-Cina. Aku mengangguk perlahan. "Oh... okey."
Yoo Ri menanggalkan kaca mata hitam yang melekat di wajahnya. Melihat gayanya, aku tahu dia tidak senang denganku. Mesti ada sesuatu yang ingin dikatakannya. Matanya memerhati aku atas bawah. Seakan-akan mencari kekuranganku. Kemudian dia menjeling tajam ke arahku. Tidak ada lagi riak manja dan ayu pada gadis cantik ini seperti ketika dia berada bersama Danial Lee tadi. Yang ada di hadapanku kini hanyalah seorang perempuan yang kelihatan kasar dan sedikit angkuh.
YOU ARE READING
Kimchi untuk awak!
RomanceInsiden terlanggar lelaki kacukan Melayu-Korea, Danial Lee Jae Hwan di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon adalah permulaan kacau-bilau dalam hidup Bella. Hilang terus moodnya untuk menikmati penerbangan kelas perniagaan yang dihadiahkan oleh kak...