Bab 51

5.3K 47 24
                                    

MEMANG meriah majlis malam ini. Hwanghap di Korea Selatan adalah majlis untuk menyambut ulang tahun kelahiran seseorang itu apabila dia mencecah umur enam puluh tahun.

Menurut Danial Lee, secara tradisinya mereka menyambut hwanghap untuk menghargai usia yang ada pada seseorang itu kerana pada zaman dahulu, (akibat kekurangan pakar dalam bidang perubatan) tidak ramai yang boleh hidup sehingga ke usia enam puluh tahun. Jadi, apabila umur seseorang itu mencapai enam puluh tahun, mereka akan diraikan dengan meriahnya.

Secara tradisionalnya, majlis hwanghap dan wine tidak dapat dipisahkan. Para hadirin yang datang akan berpesta dan minum wine sepanjang malam.

Dalam alunan muzik tradisional Korea yang merdu, mataku mencari-cari kelibat Danial Lee sebaik sahaja kembali ke dalam ballroom ini. Rata-rata yang hadir merupakan lelaki korporat yang segak dengan kot panjang di tubuh masing-masing. Dan kebanyakannya adalah rakan-rakan niaga papa yang rapat dengannya.

Ramai tetamu telah pun meninggalkan majlis ini. Maklumlah, dah lewat malam. Majlis pun dah nak tamat.

Banyak betul hadiah yang papa terima. Pengamatanku terhadap hadiah-hadiah papa di atas meja utama terhenti seketika apabila aku terdengar suara ketawa yang sangat nyaring di sebelah kananku. Tergamam aku melihat wanita seksi yang sedang bersembang dengan Danial Lee. Meliuk lentok tubuhnya seperti sotong kurita. Geli-geleman pula aku melihatnya. Siapa agaknya dia ni? Skirt pendek separas paha melekat di tubuh manakala kot putih yang tebal berbulu menghiasi bahagian atas tubuhnya. Boot paras lutut pula dipadankan dengan pakaiannya itu.

Nasib baik Danial Lee berdiri jauh daripadanya. Gaya Danial Lee bersembang dengannya pun seperti serius dan formal. Hanya sesekali sahaja lelaki itu tersenyum nipis. Renungan matanya pada perempuan itu juga biasa aje. Tidak seperti denganku. Aku tersenyum senang. Danial, saya ni cemburu orangnya tau!

Baru sahaja ingin melangkah ke arah suamiku dan gadis itu, ada suara yang memanggilku membuatkan langkahku terhenti. Pantas aku menoleh ke belakang.

"Hai, Bella...."

Buntang mataku melihat gadis bergaun pendek merah ini. Kot nipis paras paha membaluti bahagian luar tubuhnya.

"Yoo Ri?" Soalku sedikit hairan. Bila pula dia datang ke Korea?

"Oh, yes... mestilah I ada di sini."

Sinis sekali kata-kata yang diucapkan gadis berusia dua puluh satu tahun ini.

"Danial tukan saudara susuan awak..." sambungku bersama senyuman manis. Aku tetap mahu berbaik dengan gadis ini kerana dia adalah adik Danial Lee.

"Tahu pun!" Bidasnya dengan geram.

Aku mengerutkan dahi sambil berpeluk tubuh. Wajah gadis cantik yang dilapisi dengan solekan nipis ini kurenung dalam-dalam. Kenapa agaknya dia benci sangat dengan aku?

"Dah makan?" Aku berbasa basi. Namun, gadis ini hanya merenung tajam ke arahku. Clutch di tangannya digoyangkan ke kiri dan ke kanan manakala matanya tidak habis-habis menikam mataku.

"Come on, Bella... can't you see how hard Danial is forcing himself to accept you?" Soalnya dengan nada geram. Matanya dijulingkan ke atas.

Eee! Kalau dia ni bukan saudara susuan Danial Lee, mahu sahaja aku korek matanya tu. So, annoying!

"Dia terpaksa... it's not love. It's a sympathy," sambungnya lagi.

Aku ketawa kecil. "Kenapa perlu dia bersimpati dengan saya?"

"Bella... you tak nampak lagi ke?"

Aku hanya menjongketkan sebelah kening mendengar soalan Yoo Ri.

Kimchi untuk awak!Where stories live. Discover now