DANIAL LEE kulihat tergamam habis saat ini. Anak matanya merenung aku dari shawl sehingga ke hujung dress labuh floral berwarna pastel di badan ini. Aku mula rasa tidak selesa. Terus aku merapati lelaki yang segak dengan sweater daripada fabrik cashmere wool berwarna hitam di badan ini. "Kenapa? Buruk ke?"
Masih tidak ada jawapan.
Ah, gerenti dia tak suka ni! Tapi, dia dan Juwita juga yang belikan semua baju di dalam bagasi itu untuk aku. Ah! Tukar aje la.
"Bella pakai baju lain aje la ye?"
Baru sahaja ingin melangkah pergi, lenganku disambar lalu Danial Lee memelukku dari belakang.
"Your beauty overwhelms me and no words can describe that. Sangat mempesonakan."
"Bella ingatkan abang tak suka Bella pakai baju ni," kataku dengan selamba, cuba menutup rasa tidak keruan di hati. "So, abang... where are we going?"
Danial Lee merenggangkan pelukannya. "Somewhere."
"Yelah... tapi, somewhere tu kat mana?" Soalku sambil memeluk lengan Danial Lee.
"Somewhere over the rainbow, perhaps?" Bisiknya di telingaku.
Eee... dia selalu macam ni. Semakin aku tak sabar nak tahu, semakin main-main pula dia.
"Abang, please..." rengekku manja.
Danial Lee ketawa kecil melihat gelagatku. "Bella... jangan buat suara macam tu. Nanti takut abang tak sanggup nak keluar dari bilik ni. Dating kat dalam bilik aje sampai esok. Nak?"
Renungan nakal lelaki ini buat wajah aku berbahang. Untuk menutup debaran di dada aku menjelirkan lidah kepada lelaki itu. Tanda protes!
"Bella cuma nak tahu aje ke mana kita nak pergi," kataku dengan serius. Tak berani nak merengek macam tadi. Takut kami betul-betul dating di dalam bilik aje nanti.
Danial Lee menggenggam lembut kedua-dua belah tanganku. "Kita akan pergi somewhere you really wanted to go... and we are going to do something you really wanted to do so badly. Bella memang nak pergi tempat tu dengan abang."
"What?" Aku terkejut besar. Mana ada aku pernah beritahu dia ke mana aku nak sangat pergi dengannya dan aktiviti apa yang aku nak sangat buat tu.
"Abang nak cakap abang ni psikik la ni? Boleh baca fikiran Bella?" Soalku apabila rasa seperti dipermainkan. Pandai betul lidahnya memusing kata. Wajah kumasamkan sedikit.
"Princess... look here."
Daguku diraihnya lembut. Aku mendongakkan kepala memandang wajah tampan lelaki ini. "I can't promise you happiness. But selagi Bella dengan abang, I'll do everything in my power to make you happy."
Kata-katanya itu mampu membuatkan aku 'cair'. Takpe la kalau tak tahu ke mana nak pergi pun... janji dia ada dengan aku.
"Thanks... as long as abang ada dengan Bella, Bella akan happy." Aku tersenyum malu tatkala bertembung pandang dengan matanya yang merenungku dengan romantik sekali.
"Jadi, jangan tanya lagi. Just come with me." Danial Lee menarik lembut tanganku keluar dari bilik ini. "Let me turn all your dreams into reality."
Kami berpimpinan tangan menuruni anak tangga saat ini sehinggalah sampai ke ruang bawah. Wajah kukerutkan seketika. Meriah betul keadaan di ruang bawah ini. Ada rasa kurang senang di hati apabila mendengar ledakan tawa seseorang yang menggegarkan ruang bawah vila ini. Zara! Mata kujulingkan ke atas.
YOU ARE READING
Kimchi untuk awak!
RomanceInsiden terlanggar lelaki kacukan Melayu-Korea, Danial Lee Jae Hwan di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon adalah permulaan kacau-bilau dalam hidup Bella. Hilang terus moodnya untuk menikmati penerbangan kelas perniagaan yang dihadiahkan oleh kak...