Bab 46

6.3K 36 0
                                    

MATA kubuka dengan perlahan-lahan. Bila masa aku tertidur? Dan bila pula wajah kacak ini berada sangat dekat dengan wajahku memerhati aku tidur? Dapat kuhidu bau wangian yang dipakainya menusuk ke dalam hidung. Terasa panas wajahku menentang pandang wajahnya yang serius, namun matanya redup memandang wajahku.

"Still sleepy?" Soalnya dengan lembut.

Aku yang semakin tidak keruan terus meraupkan wajah.

"Have we arrived?" Soalku tanpa memandang ke arahnya. Bukan apa, jantung aku dah mula buat hal kerana lelaki ini asyik merenung wajahku! Kelam-kabut aku mencapai beg tangan di atas riba dan bersedia untuk keluar.

"Nope... not yet." Pantas Danial Lee menggeleng.

Dah tu, kenapa berhenti? Aku mulalah rasa pelik. Terus aku memerhati ke arah luar kereta. Gelap aje. Maklumlah, dah malam. Tapi... aku nampaklah juga bukit-bukau dan hutan di kiri kanan jalan. "Kenapa kita berhenti di sini?"

Aku menjeling sekilas wajahnya sebelum memandang bahagian kananku. Hanya hutan sahaja! Gelap pulak tu! Aku berpeluk tubuh. "Seramlah...."

"Seram? Awak takut hantu ke?"

Bulat mataku menjegil ke arah Danial Lee yang sedang tersenyum nakal. "Haip! Jangan sebut!"

"Why? Takut dia dengar?" Duga Danial Lee sambil ketawa nakal.

Dia ni sengaja nak menyakat aku yang memang sedia kala penakut ni. Aku mengemam bibir, menahan geram.

"Tahyul betul!" Getusnya sambil menggelengkan kepala. Tiba-tiba dia bertukar serius. "We have a slight problem."

Alamak! Masalah apa pulak? Aku tak sedap hati.

"Tayar bahagian hadapan kenderaan pancit," beritahunya dengan tenang.

"Hah?! Apa kita nak buat ni? Awak ada spare tire? Macam mana tayar boleh pancit? Awak tahu tak tukar tayar kereta?" Bertalu-talu aku menyoal lelaki ini. Memang aku cemas sangat-sangat. Tayar kereta pancit di kawasan yang berbukit dan berhutan macam ni. Malam hari pulak tu. Siapa yang tak takut?

Danial Lee mengusap lenganku membuatkan perasaan cemasku tadi berganti dengan perasaan aneh yang sukar aku tafsirkan. Dia yang tadinya bersandar di kerusi pemandu merapatkan wajahnya hingga kami bertentang mata. "Cuba bertenang... everything will be okay."

Sumpah, rasa cemas tadi seperti hilang dengan sekelip mata seperti dibawa pergi oleh angin.

"Trust me," ucapnya.

Tanpa aku duga, tangan kananku dibawanya ke bibir dan dikucup lembut membuatkan degupan jantung semakin kuat berdetak. Kelu terus lidahku saat ini. Tanganku masih lagi tidak dilepaskannya.

"Abang dah keluar tadi... memang satu tayar hadapan kereta pancit."

Abang? Ya ampun... memang dah tahap boleh pengsan dah ni! Sumpah, aku memang dah tak dapat fokus dah apa yang dia cakapkan.

"Actually abang salah masuk jalan tadi. Lepas tu terlanggar paku besar."

Kenapa tiba-tiba dia bahasakan dirinya 'abang'? Aku sudah tidak mampu untuk bertentangan mata dengannya lagi. Parah dah ni! Hanya jantung aku sahaja yang galak berkompang.

"Oh... so... so... what... what are we going to do now?" Tergagap-gagap aku bertanya. Dapat kurasakan tanganku yang berada dalam genggamannya diusap lembut.

"Abang tukar tayar kejap. Is it okay for you?"

Kepala kuanggukkan sedikit. "Okey...."

Serta-merta tanganku dilepaskannya. Pintu kereta kemudiannya dibuka.

Kimchi untuk awak!Where stories live. Discover now