Bab 24

3K 22 1
                                    

SAMBIL membelek surat yang dilipat empat ini, aku mengeluh perlahan. Bella... Bella! Tadi bukan main tergedik-gedik lagi nak baca surat ini, tetapi sekarang apa dah jadi? Ini mesti surat cinta 'samseng' poyo tu kepada arwah kak ngah! Mesti punyalah. Aku berani kerat jari.

Tiba-tiba aku tersenyum lucu. Danial Lee? Menulis surat cinta? Ha ha ha! Bagaimana agaknya kalau lelaki garang itu tiba-tiba jadi sweet? Fuh! Tak dapat kubayangkan. Danial Lee, nasib baik aku ni baik hati tau! Kalau aku ni jahat, dah lama aku baca surat ni dan ketawakan kau kuat-kuat. Ada hati nak jadi sweet kasi surat bagai padahal perangai macam samseng! Terus surat di tangan kumasukkan ke dalam sampulnya.

Bella, kalau surat cinta kenapa di sampul surat ini tidak ada tertulis nama arwah kak ngah? Entah kenapa aku berasa sedikit pelik. Alamat pun takde. Setem? Tak payah cakaplah!

Yelah, kalau kasi by hand takkanlah tak ada nama ditulis di atas sampul ini? Bagaimana kalau ini bukan surat cinta? Bagaimana kalau ini adalah surat lain? Bagaimana kalau ada apa-apa maklumat di dalam surat ini? Contohnya tentang hutang arwah kak ngah ke... atau tentang perkara-perkara lain yang lebih serius? Aduh... peningnya! Nak baca ke tak nak baca ni?

Nafas kutarik dalam-dalam. "Maafkan Bella, kak ngah. Bella terpaksa bukak surat ni."

Tangan lincah mengeluarkan kembali surat yang berada di dalam sampul. Sempat lagi mataku terarah pada pintu bilik yang berkunci rapat. Sumpah, aku rasa sangat gelisah. Memanglah gelisah kalau curi-curi baca surat orang! Tapi... takpe kut!

Aku membuka surat tersebut lalu membaca dengan sepenuh perhatian. "Assalamualaikum,Danial."

Baru membaca di ayat barisan pertama, aku terus mengerutkan dahi. Danial? Mati-mati aku ingatkan surat ini adalah surat cinta Danial Lee untuk arwah kak ngah. Tetapi rupa-rupanya, surat ini adalah untuk Danial Lee. Arwah kak ngah tak sempat berikan kepada Danial Lee ke? Aku sambung membaca surat tersebut.

Honestly, I never wrote any letter before. Not an unofficial one like this. I pun tak tahu sama ada surat ini akan sampai ke tangan you atau tidak.

Well, how do I start yea? Danial, I just wanna let you know that I love you so much. All my life I've never prayed for someone like you. I hanya minta Allah berikan I seseorang yang baik, tetapi Allah hantarkan kepada I seseorang yang terlalu baik. Thank you so much for everything you have done for me and for all those time you stood by me.

Dari Bern ke Interlaken dan kemudian ke Zurich... I tak akan pernah lupa detik-detik manis dan kelakar you mengejar I. Daripada tiada apa-apa perasaan, you buat I jadi terlalu cinta kepada you. Daripada tidak ada ikatan, tinggal sebulan sahaja lagi sebelum kita mengikat tali pertunangan. Thanks for never giving up on me. In fact, I'm very thankful to myself for giving you the chance to know me.

Danial, my only one...

I tak tahu kenapa I tulis surat ni untuk you. I just don't know why. I don't know what I've been thinking lately. I selalu fikir bagaimana kalau apa yang kita rancang tidak kesampaian? Bagaimana kalau kisah cinta yang kita sulamkan selama ini terhenti di tengah jalan? Bagaimana kalau I pergi dulu? Meranakah you? Terseksakah you? Deritakah you? Tolong Danial sayang... tolong jangan ikutkan perasaan. Tolong jangan tangisi suratan takdir kerana I pasti apa yang Allah lakarkan adalah yang terbaik buat setiap hamba-Nya.

Danial sayang...

Ketahuilah yang cinta I pada you adalah tulus. Tidak ada yang lain. Hanya you. Seandainya I tinggalkan you, pastinya kerana I harus pergi ke dunia yang lain. Danial, hubungan kita terlalu istimewa kerana kita menemukan semula papa you dengan keluarga I. Hubungan yang terputus di antara dua negara kini bertaut rapat kembali disebabkan kita. I harap sangat rancangan kita untuk bersatu akan dipermudahkan-Nya. Bukan semata-mata kerana kehendak kita, Danial... tetapi juga kerana keluarga kita. I mahu kegembiraan dan harapan mereka untuk bersaudara terlaksana.

Kimchi untuk awak!Where stories live. Discover now