Bab 53

5.5K 34 0
                                    

NASIB baik omma kasi pinjam bajunya kepada aku selepas mandi tadi. Rupa-rupanya aku tertidur di bilik omma semalam. Stres punya pasal, aku tidak balik bilik.

Wajah kukerutkan. Betulkah berita yang disampaikan omma sebentar tadi? Danial Lee demam? Biar betul omma ni. Aku tengok elok aje keadaannya semalam ketika majlis hwanghap papa.

Argh! Apabila teringatkan majlis semalam, rasa seperti darah sudah melonjak naik sehingga ke otak. Sebelah tangan memegang hadiah yang diberikan oleh Minah manakala sebelah tangan lagi kukepalkan dengan kejap apabila terbayang wajah gadis itu.

"Dia tak sukakan you. Dia sukakan Maya. You hanyalah objek untuk dia melepaskan rindu pada Maya. Hatinya masih pada kakak you. Kalau tidak percaya, you boleh bukak wallet dia. The last time I peeked inside, memang gambar Maya yang ada di dalamnya."

Masih terngiang-ngiang kata-kata Yoo Ri di telingaku. Aku bukan cemburukan arwah kak ngah. Aku cuma mahu Danial Lee mencintaiku kerana aku adalah Bella, bukan kerana Bella mengingatkan dia kepada Maya.

Bersama keluhan aku memulas tombol pintu. Suramnya bilik! Terginjat-ginjat aku masuk ke dalam bilik tidur. Macam pencuri! Duffle coat berwarna hitam kutanggalkan dan aku sangkutkan pada kerusi. Kemudian, aku membuka shawl. Rambut yang bertocang kemas kuleraikan ikatannya.

Terkedu aku seketika apabila mata mendarat pada sekujur tubuh yang dibaluti comforter sehingga ke paras dada di atas katil. Betul agaknya kata omma yang Danial Lee demam panas.

Dengan berhati-hati aku menutup pintu. Tidak mahu mengejutkannya dari lena. Dalam cahaya lampu yang malap ini, aku melangkah perlahan-lahan ke arah katil. Tangan kugawangkan seketika di hadapan matanya yang tertutup rapat. Apabila terdengar dengkuran halus keluar dari mulutnya, yakinlah aku bahawa dia telah pun nyenyak diulit mimpi.

Aku duduk di birai katil. Kacak. Inilah wajah yang aku rindu sepanjang malam semalam. Inilah wajah yang dapat lenyapkan rawan di hatiku. Ada rasa rindu membara di dada.

Wajah kuraup perlahan. Bella, sampai bila kau nak seksa jiwa lelaki ini dan jiwa kau sendiri? Tau tak berdosa hukumnya seorang isteri buat begitu pada suaminya?

Kotak hadiah kuletakkan di atas katil. Dengan perlahan-lahan aku meletakkan tangan di dahinya. Aik? Kenapa tak macam demam pun? Tanpa sedar, jemariku mendarat di pipinya pula. Jari telunjuk kularikan pada hidungnya yang mancung dah kemudian berhenti di bibirnya. Ada rasa gerun pula beraja di hati dengan perlakuan beberapa saatku tadi.

Gila kau, Bella! Kau benar-benar dah hilang akal! Nasib baik lelaki ini sedang nyenyak tidur. Kelam-kabut aku ingin bangun dari katil, namun tiba-tiba lenganku disambar. Alamak! Agak-agak dia sedar tak apa yang aku buat kepadanya tadi?

Dengan pantas aku menoleh ke kanan. Dalam cahaya yang malap ini, dapat kulihat sepasang matanya sedang merenung aku.

"Sayang... please stay for a while. I really need you." Rayunya sambil menggenggam kemas lenganku.

"I need to go," tegasku, namun hati di dalam kacau-bilau!

"I know you miss me..." gumamnya dengan senyuman yang lebar di bibirnya. Dia yang tadinya berbaring telentang kini mengiringkan badannya, menghadap aku.

"What?" Aku mengecilkan anak mata.

"I said... you miss me," ulangnya.

"Awak jangan nak perasan," balasku.

"Bella... kenapa ni? Hmmm?" tanya Danial Lee dengan kening yang terjongket sebelah.

Mesti dia ingat aku ni ada split personality. Sekejap okey, sekejap tidak!

Kimchi untuk awak!Where stories live. Discover now