AKU terjengket-jengket keluar dari bilik. Mata melirik ke arah biliknya yang berhadapan denganku. Terus sahaja aku meluru ke situ. Telinga kulekapkan pada daun pintu. Memang sunyi. Mungkin belum bangun lagi agaknya.
Selepas insiden di dalam bilik semalam, tidak dinafikan aku rasa sangat malu untuk berhadapan dengannya. Terus aku meletakkan kunci rumah betul-betul di hadapan bilik. Nasib baik ada extra. Hari ini aku masuk kerja pada sebelah petang. Jadi, aku ambil kesempatan untuk joging pada pagi hari.
Aku menuju ke ruang tamu. Aku menggaru kepala yang tidak gatal sebaik sahaja terpandang telefon bimbit di atas sofa. "Bila pulak aku pakai iPhone ni?"
Aku terus mencapai iPhone tersebut. Tidak sedar aku menekan skrin dan aku betul-betul terkejut! Telefon lelaki itu ke? Bersama dahi yang berkerut, jemariku terus melayang di atas skrin. Tergamam aku. Bukan sahaja telefon ini tidak dilengkapi dengan password, tetapi aku dapat lihat ruangan mesej lelaki itu. Kelam-kabut aku memandang ke arah pintu bilik yang masih tertutup rapat. Mata pula membaca bait-bait ayat yang tertera di atas skrin.
Oppa... I miss you.
I miss you too, Yoo Ri. Take care dear. See you soon.
Berapi terasa dada. Bukan setakat berapi, rasa dah terbakar satu badan saat ini. Bella, suami yang cakap dia rindu sangat dengan kau semalam tu bukan hanya rindukan kau seorang!
Bunyi keriukan pintu menyebabkan aku terus mencampak iPhone tersebut ke atas sofa. Dalam sekelip mata Danial Lee yang hanya berseluar pendek muncul di hadapan mataku menyebabkan aku terus melarikan pandangan ke arah lain. Terasa panas mukaku saat ini.
"Morning... where are you going?"
"Joging." Aku terus meninggalkan lelaki itu dan keluar dari apartmen ini. Sumpah, aku sudah tidak ada mood untuk berjoging, tetapi aku rasa macam nak masuk kelas tomoi aje. Ataupun kelas boxing!
Aku laju meluru ke arah lif dengan muka yang masam mencuka. Dari dalam lif aku menyumpah seranah lelaki itu sampailah aku tiba di lobi. Geramnya! Apa tujuan lelaki itu sebenarnya? Mahu mempermainkan perasaan aku? Dia ingat dia banyak duit, boleh sesuka hati jadikan aku permainan dia? Entah-entah dia hanya nak jadikan aku tempat melampiaskan nafsunya sahaja. Maklumlah, Yoo Ri tidak dapat melayannya di sini.
Semakin otakku berfikir, semakin banyak kesimpulan dan prasangka buruk timbul di fikiran. Berombak rasanya dada menahan kemarahan yang tak bertepi.
Aku berlari melintasi kawasan taman yang terletak di bawah blok apartmen mewah ini untuk terus ke trek joging yang tersedia di sini. Tergopoh-gapah aku berlari sehinggalah aku rasa seperti tersepak sesuatu lalu hilang imbangan. Rasa seperti ingin terjatuh, namun ada tangan yang memegang kedua-dua belah lenganku dari belakang.
"Ya Allah, Salsabila...."
Aku menoleh ke belakang untuk melihat pemilik tangan yang menyelamatkan aku dari terjatuh. "Encik Faris...."
"Okey tak ni? Awak tersepak tin minuman tu tadi."
Mataku melirik ke arah tin minuman yang terdampar di atas tanah. "Saya okey."
Baru sahaja hendak menepis tangan Encik Faris yang masih berada di lenganku....
"Bella!"
Encik Faris cepat-cepat meleraikan tangannya dari lenganku. Aku melihat Danial Lee sedang melangkah mendapatkan kami dengan wajahnya yang merah padam. Kecut perut melihat gaya samsengnya itu. Nasib baik trek joging ini kosong.
"So, betullah kau ada boyfriend kat sini? Sebab dia ni kau balik ke sini?" tebak Danial Lee.
Tajam anak matanya merenungku.
"Danial..."
"I've told you before. She is my wife!" kata Danial Lee sambil tajam memandang Encik Faris.
Jerkahannya membuatkan aku terus memegang lengan Danial Lee. Konon-konon hendak menenangkannya, tetapi dengan pantas dia menepis.
"Kalau nak pegang sangat perempuan, pergi pegang perempuan lain. Not her!"
Serentak dengan itu, Danial Lee mengacukan penumbuk tepat ke wajah Encik Faris, namun nasib baik Encik Faris sempat mengelak. Dadaku berombak kencang. Memang samseng! Sangat-sangat samseng! Aku terus menyelit ke arah Danial Lee dan Encik Faris.
"Stop! What are you doing, Danial?!" tengkingku.
"Kau yang tak tahu menghargai dia, bro. Jangan salahkan aku kalau aku rampas dia dari kau."
Encik Faris nampaknya masih berani bersuara walaupun dia hampir ditumbuk tadi. Ini seorang lagi. Apa? Nak rampas aku dari Danial? Habis tu, kat mana pula dia hendak campak tunangnya tu? Eee! Serabutnya!
Aku lihat Danial Lee sudah mengepal penumbuknya sekali lagi. Bibirnya diketap rapat tanda ada amarah membara di hatinya. Terus sahaja aku menengking. "Danial! Stop it."
Sungguh aku tidak percaya Danial Lee bertindak sebegitu tadi. Aku lihat dia betul-betul 'berapi' saat ini.
"What's wrong with you? Saya nak terjatuh tadi. Encik Faris yang tolong saya." Beritahuku.
Tidak! Tidak ada langsung riak bersalah atau riak yang menunjukkan dia mempercayai aku ketika ini. Oh... Encik Faris pegang lengan aku, kau marah. Sampai nak bertumbuk. Yoo Ri tu peluk kau takpe pulak!
"You wanted to know so badly why I left? It's because of you. I'm tired of you. Just leave me alone."
Tidak menengking, tidak juga menjerit seperti orang gila. Hanya nada suara yang sangat kecewa kuluahkan saat ini. Tanpa memandang ke arah dua orang lelaki ini, aku terus berlari menjauhi mereka.
"Bella...."
"Bella...."
Suara Danial Lee dan Encik Faris silih berganti memanggilku dari belakang. Sempat aku menoleh ke belakang dan Danial Lee sedang mengejar langkahku.
"Just leave me alone. Please. Kalau tak, saya terjun tasik tu. And yes, I'm dead serious!"
Tiba-tiba sahaja ayat itu meluncur laju daripada mulutku. Yang nyata, aku terus berlari tanpa memandang ke belakang lagi.
Assalamualaikum, Mr. Danial Lee Jae Hwan. Pertama sekali saya nak minta maaf sebab semasa awak baca surat ni, saya dah tinggalkan tempat ni.
Tempat yang saya tinggal ini bukanlah milik teman lelaki saya seperti yang awak fikirkan. Saya masih tahu halal dan haram. Saya tidak sesekali akan curang selagi bergelar isteri awak. Encik Faris has nothing to do with me.
Awak dah ada kebahagiaan awak. Saya juga akan cuba cari kebahagiaan saya. Tentang kita, biarlah masa yang menentukan.
Tolong hantarkan kunci kondo yang ada pada awak tu kepada omma, wanita yang mengajar awak buat kimchi di Mujigae Kimchi World kelmarin. Tempat yang saya tinggal ini adalah milik dia.
This is her e-mail address : kim@mujigae.co.kr
Telephone number : 010-3434 7665
Thanks,
Salsabila Salehuddin.
LEKAS-LEKAS aku meletakkan surat di atas bagasi Danial Lee di dalam bilik ini dan aku terus berlari keluar. Barang-barang aku di sini, nanti-nantilah aku kemaskan dan bawa ke rumah sewa yang baru.
Lirik lagu Mizz Nina kini memenuhi ruang fikiran.
Did you ever fall for someone you know you shouldn't?
Try hard to fight your feelings, but you just couldn't?
You fall deeper with each passing day
But try to hide it in every possible way.
YOU ARE READING
Kimchi untuk awak!
RomanceInsiden terlanggar lelaki kacukan Melayu-Korea, Danial Lee Jae Hwan di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon adalah permulaan kacau-bilau dalam hidup Bella. Hilang terus moodnya untuk menikmati penerbangan kelas perniagaan yang dihadiahkan oleh kak...