"OMMA..."
Suaraku memecah kesunyian ruang pantri Mujigae Kimchi World ini. Jam sudah pun menunjukkan pukul tujuh malam. Kebanyakan staf sudah pun pulang waktu ini. Senyuman yang paling manis cuba kuukirkan buat wanita misteri yang sangat baik hati ini.
"Bella... come in!"
Ada riak gembira di wajah omma apabila terpandang aku di sini. Dia kelihatan sibuk memanaskan makanan dengan ketuhar mikro.
Aku terus melangkah ke arah omma. Apa agaknya reaksi omma dengan berita yang bakal kuberitahu ini nanti? "Omma... Bella tak ganggu omma, kan?"
"No, of course not. Untuk Bella, omma sentiasa ada masa."
Aku ketawa kecil mendengar kata-kata omma. Alhamdulillah... selepas 'episod' yang memenatkan otak pagi tadi, tenang sikit hatiku apabila berjumpa wanita ini.
"How are you? Bella okey?" tanya omma.
"Bella okey." Aku mengangguk perlahan. Tubuh kusandarkan pada kabinet.
Bunyi dari ketuhar mikro membuatkan omma meninggalkan aku seketika. Dia mengeluarkan bekas berisi makanan dari dalam ketuhar mikro tersebut. Setelah itu, dia meletakkan bekas makanan ke atas meja. Mak ai... bermacam-macam jenis makanan ada di sini. Rajin betul omma masak. Bisik hatiku.
"Duduklah Bella," pelawa omma lalu terus melabuhkan punggung ke atas kerusi.
Alamak... macam tak sesuailah pula berbincang ketika ini. Takut selera omma terbantut pula. Lambat-lambat aku melangkah ke meja. Kerusi kutarik dan aku melabuhkan punggung di atas kerusi putih ini.
"I know there's something you want to say."
Nampaknya, riak wajahku memang tidak boleh simpan rahsia. "It's okay. Omma makan dulu. Bella tunggu omma kat luar."
"No, it's okay. Apa yang Bella mahu kongsi dengan omma? Lagipun, makanan ni masih panas. Susah nak makan," kata omma dengan serius, sebiji macam Danial Lee yang semedang aje serius.
Kata-kata omma membuatkan aku rasa serba salah. Nafas kutarik dalam-dalam. Tangan kanan menyeluk poket seluar dan segugus kunci kukeluarkan. Aku meletakkan kunci tersebut di atas meja. "Omma... this is the condominium key."
Omma kelihatan sedikit blur.
"Omma tahu, kan Bella dah mula kelas minggu lepas. Jadi, Bella tak dapat tolong omma di sini lagi. Insyaa-Allah, kalau ada masa terluang Bella akan datang ke sini."
Sumpah, ada rasa sedih beraja di hati. Kalau boleh aku mahu terus bekerja di sini, namun apakan daya. Aku takut tidak ada masa nanti.
"Omo!" Omma kelihatan terkejut. "Omma faham kalau Bella tak mahu bekerja di sini lagi, tapi kenapa harus pindah? Bella tak suka tinggal di situ?"
Soalannya membuatkan aku ketawa kecil. Gila tak suka? Gaji aku RM10,000.00 pun belum tentu aku dapat beli kondo semewah itu di Gangnam.
"Bukan tak suka. Siapa tak suka kondominium mewah tu," ucapku setenang mungkin. "But I think I need to move to somewhere closer to the university. By the way, Bella belum kemas dan pindahkan barang-barang Bella dari situ. Insyaa-Allah, Bella akan buat semua tu as soon as possible."
Alasan yang paling munasabah telah aku fikirkan sepanjang hari untuk kuberikan kepada omma. Tapi, memang betul pun. Seminggu ulang-alik dari kampus ke kondo memang agak meletihkan. Gila tak penat kalau terpaksa ulang-alik dari kampus di Gwanak tu ke Gangnam setiap hari. Empat puluh minit hingga sejam jugalah jarak perjalanan dengan subway.
YOU ARE READING
Kimchi untuk awak!
RomanceInsiden terlanggar lelaki kacukan Melayu-Korea, Danial Lee Jae Hwan di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon adalah permulaan kacau-bilau dalam hidup Bella. Hilang terus moodnya untuk menikmati penerbangan kelas perniagaan yang dihadiahkan oleh kak...