AKU tahu omma tertanya-tanya kenapa aku ke sini. Tapi, dia pandai cover line. Cool sahaja wajah wanita ini. Aku mengikut langkahnya menuju ke bahagian atas vila. Kami sama-sama masuk ke dalam bilik di sebelah kanan. Omma yang sudah pun memakai pijama lengan panjang bersama seluar panjang dari kain satin ini tersenyum manis ke arahku.
"Omma... hanbok tu ada dengan Bella tau. I'll return it to you as soon as I wash it nicely," beritahuku sebaik sahaja kami melabuhkan punggung di atas katil.
"Don't worry about that." Omma pantas menggelengkan kepalanya.
Kemudian dia kulihat membuka laci pada meja solek. Sebuah kotak yang dibalut cantik dikeluarkan. Itu mesti hadiah untuk papa. Mungkin omma terlupa membawanya ke majlis tadi. Atau mungkin omma juga takut memberikannya sendiri kepada papa. Yang pelik tu, papa juga tidak cam wanita ini. Tak ke menghairankan?
"By the way, sebelum omma terlupa. This is for you and Danial."
Kotak yang dibalut dengan kertas bercorak floral yang sangat cantik diletakkan di atas ribaku. Dia kemudiannya duduk di sebelahku.
Kotak kuangkat ke paras mata. "Untuk kami?"
"This present is from Min Ah."
Aku ketawa kecil. Terbayang wajah Minah K-pop tu! Nama sebenar, Aminah. Nama manja di Malaysia, Minah. Tetapi bila datang ke Korea, Minah tukar jadi Min Ah! "Untuk apa hadiah ni?"
"Honeymoon gift katanya."
Bengong punya Minah! Ada ke hadiah untuk honeymoon? Sengaja nak menyakat akulah tu. Mana Minah tahu aku dan Danial Lee dah berbaik ye? Mesti omma yang beritahu.
Apa agaknya yang ada dalam kotak ni? Pengamatan aku terhadap hadiah di tangan terhenti apabila omma bersuara. "Are you okay, Bella?"
Dapat kulihat wanita ini memerhati wajahku dengan teliti.
"Okey." Aku mengangguk sambil tersenyum.
"Bella dan Danial nampak sangat loving. I'm sure Danial has finally realized he loves you so much."
Wajah serius itu menguntumkan senyuman mesra. Nampak dia senang sekali dengan perubahan positif dalam hubungan kami.
"Or maybe he misses Kak Maya. Bella tak nak dia jadikan Bella sebagai tempat melepaskan rindu kepada Kak Maya."
Akhirnya, tanpa dapat ditahan aku meluahkan rasa bersama keluhan berat dan kekeliruan yang menggunung.
"Kenapa Bella cakap macam tu?"
"Ada orang beritahu Bella yang Danial..."
Omma segera meraih tangan kananku membuatkan aku tak sempat menyambung bicara. "Bella... before you judge, listen. Before you listen, see. That's why we have eyes and two ears because there are always two sides of every story."
Aku meraupkan wajah beberapa kali.
"Bella tak bolehlah begini. You have to trust Danial. Without trust you won't be having a stable and happy relationship."
Bahagian belakang badanku diusapnya beberapa kali.
"Bella percayakan Danial cuma Bella terfikir... what if...."
Omma menggelengkan kepalanya.
"Bella... listen to me. I want to give you some tips." Omma membetulkan duduknya. "Kalau dia masih sukakan Maya, dia tak akan ingat apa-apa tentang Bella. Your birthday, what do you like to eat, your favourite colours, your favourite movie. Semuanya tentang Bella, dia tak akan ambil tahu. Dia hanya inginkan jasad Bella saja. Itu kalau dia masih sukakan Maya dan anggap Bella sebagai tempat dia melepaskan rindu terhadap Maya."
Aku mengangguk beberapa kali.
"Bella... you need time to find out dan omma yakin, dia benar-benar cintakan Bella. I could see how desperate he was semasa dia minta pertolongan omma tempoh hari."
Kata-kata omma sedikit sebanyak membuatkan aku tenang. Teringat makanan tengah hari tadi. Semua yang dipesannya adalah makanan kegemaran aku. Tapi, bagaimana kalau dia memang jadikan aku tempat melepaskan rindu kepada arwah kak ngah?
"Danial must be looking for you now."
Aku mula rasa nak berlakon. Kepala terus kupicit dengan lembut. "Omma... Bella rasa macam migrain aje ni. Rasa nak pecah kepala. Can I rest here?"
"Baring," suruh omma seraya menepuk ribanya.
"Hmmm?" Soalku sedikit terkejut.
"Biar omma picitkan kepala tu. Baring sini."
Aku terus letakkan kepala di atas riba omma.
"Omma... thanks for treating me like your own daughter." Kepala kudongakkan ke atas mencari anak mata omma.
"You're my daughter, Bella."
Serentak dengan itu omma memicit lembut dahi aku.
"Kan bagus kalau dia seperti Bella."
Walaupun perlahan, aku dapat mendengar dengan jelas apa yang diucapkan oleh omma. Siapakah yang omma maksudkan? Tak mungkin Danial Lee. Adakah Yoo Ri?
"Omma... gadis cantik yang sembang dengan Bella tadi tu... namanya Yoo Ri." Aku mulakan sesi mengorek cerita. "Omma kenal dia tak?"
"She's my daughter. My biological daughter."
"Oh...." Sahutku perlahan. Akhirnya terjawab sudah satu lagi persoalan yang bermain di minda.
"Bella... omma nak ke tandas sekejap. I'll be right back in a short while."
"O... okey." Aku terus mengangkat kepala dari ribaan omma.
Terkebil-kebil aku memerhati omma yang sedang melangkah keluar dari bilik ini.
Kenapa Yoo Ri juga tidak mengenali omma? Malah, Yoo Ri tu siap mengaku yang ibunya sudah meninggal dunia! Siapa yang menipu sebenarnya ni?!
YOU ARE READING
Kimchi untuk awak!
RomanceInsiden terlanggar lelaki kacukan Melayu-Korea, Danial Lee Jae Hwan di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon adalah permulaan kacau-bilau dalam hidup Bella. Hilang terus moodnya untuk menikmati penerbangan kelas perniagaan yang dihadiahkan oleh kak...